TAK ADA BAJU RAYA!

PELIK DAN TAK MERIAH

Tahun ini,kami tak ada baju raya.Maksud aku baju tradisional.Baju kasual,aku sediakan juga sepasang dua.
Tahun ini tak ada baju raya ya anak2...kata2 amaran dari menteri kewangan.
Habis nak pakai baju apa?tanya mereka
Baju pergi umrah itu hari...jangan membazir,jubah2 tu pakai sekali dua je...masih elok lagi kataku
Ok...jawap anak sulongku
Tapi...belikan lah tudung ke apa ke...katanya lagi
Ok...beli beg atau kasut je kataku lagi

Bukan tak mampu,tapi...rasa membazir pula.Baju kurung lama masih elok tersimpan,ada setengah tu hanya pakai sekali sekala.Rasa bersalah juga,dah takut mendapat kemurkaan ALLAH.Membazirkan amalan syaitan!sebab tu...nak elak dari membazir dengan perkara2 yang tak berfaedah.Anak2 pun sama,setakat baju kurung,masih ada pilihan dalam almari baju mereka.Asalkan bersih itu sudah memadai.

Ibu!tahun ni rasa macam tak meriah kan?tanya anakku
Kenapa pula?tanyaku pelik
Ialah..baju kurung tak ada yang baru...jawapnya
Tak semestinya,baju2 tu masih elok lagi,jangan membazir....tak baik,jawapku pula

Apa pun yang terjadi,keputusan telah di buat.Tak Ada Baju Baru!
Suami pastinya individu paling gembira dengan pengumuman ini.

TAPI.......
Sebagai ganti,saya nak beli perhiasan rumah,nak tukar balang kuih yang 20thn tu,nak beli bunga bungaan di SSF,nak beli alas kaki kat Parkson,nak beli barang2 dapur kat KLCC dan bla,bla,bla...

Pulak dah!kalau macam ni,baik tukar baju baru!jawapnya pantas!

Keh!keh!keh!...
oklah tu,gilir2,tahun ini beli barangan rumah,tahun depan tukar baju!jawapku pula...

SUKA HATI!jawap suami.
Akhirnya...
Kami susuri jalan meredah hutan belantara menuju ke kota,membeli belah sempena hari raya!
Seronoknya,bila dah ada tujuan,hanya kedai2 seumpamanya sahaja aku jejaki,kedai baju,kedai kasut...langsung tak jeling.
Jalan laju menuju ke bahagian rumah tangga sahaja.

Seronoknya dapat membeli belah begini.Untungnya CT Nurhaliza kahwin orang kaya,pasti duit CT makan tak habis!pasti CT nak beli apa pun boleh,pasti....CT tak perlu berkira2 semasa membeli belah atau untunglah Rosmah Mansur,Sri Perdana dah macam mahligai.Pasti barangan di dalamnya yang terbaik!yang terhebat! ...untungnya mereka.
Tapi...aku untung juga,walaupun rumah kecil,perhiasan biasa2 je,tapi...aku tak di bebani dengan persoalan di akhirat nanti.Orang kaya akan di soal berkaitan hartanya,kemana hartanya di salurkan,dari mana dapat harta melimpah ruah dan berbagai2 lagi.Jika kita orang kebanyakan hanya di tanya mengenai solat,puasa dan lain2.Orang kaya....akan di soal lebih pada hartanya.Masa tu...mungkin CT akan megeluh..alangkah baiknya aku jadi orang tak punya daripada jadi orang ada2.Begitu juga Rosmah,penyesalannya pasti tak sudah.Apatah lagi jika beliau termakan harta kami rakyat jelata.Payah2...bila itu terjadi,pasti terkeluar ayat...

MATI SUSAH HIDUP PUN SUSAH!

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

THAQIF