SELAMAT HARI RAYA EMAK

KAD RAYA PALING ISTIMEWA

Terfikir nak hantar kad raya paling istimewa buat emak.
Terfikir kad tersebut semestinya hasil kerja tangan aku sendiri.
Terfikir nak buat emak gembira.
Terfikir untuk buat emak bahagia.

"Tolong printkan gambar2 atok masa Umrah tu hari,pilih yang elok2 dan hantar kedai "arahan ringkas untuk anak2.
Sebaik siap,aku pilih gambar2 yang terbaik.

Emak!kita ambilkan gambar..arahan biasa utk mak.Kelazimannya,emak akan mengikut apa jua arahan aku atau anak2nya yang lain tanpa bersoal jawap
Selalunya begitulah,
Emak kita suruh bergambar sana sini,tapi..pernah tak kita terfikir bahawa emak tak pernah melihat gambar2 itu sendiri.Sebab gambar2 itu sekadar di HP kita aje,untuk tatapan kita sahaja.Kalau emak kaki FB!pasti masalah ini tak terjadi.Dengan lancar mak pasti akan meyusuri sesawang untuk mencari gambar2nya sendiri.

Aku tampal elok2 di atas sebuat buku kerja,aku tulis sesuatu yang mungkin akan buat dia gembira.Ku tampal satu persatu dengan hiasan serba sederhana.Hampir setengah hari aku mengerjakannya.
NAH!sudah siap dan boleh dikirim ke esokkan harinya.

Nak tau hantar pakai apa?hahaha POS LAJU!HARI INI POST ESOK PASTI ADA DALAM GENGGAMAN MAK.Cepatkan?itulah kebaikan POS LAJU MALAYSIA.

Mak dah dapat ikan bilis tu?tanya aku
Dah...terima kasih sebab bagi mak ikan bilis dan kad tu...ikan bilis tu mahal,mak nak yang biasa2 je.Kad tu buat mak sebak,mak tak boleh baca..Misha yang bacakan untuk emak terima kasih,kalau mak mati,kamu buka beg putih tu,ada berbagai2 pusaka dan memori bersama kamu semua katanya dalam sendu.
(Aku tau,dalam beg putih tu hanya ada surat2 lama dari kiriman kami juga,Kad2 itu di simpan rapi.bersama segala macam memori yang lain.Bukan emas bukan belian atau bukan wang ringgit tapi sekadar...kertas lapuk yang di simpan untuk kenangan kami.)
Aku yang jauh pun tarasa sedih.Itulah emak aku,penyedih,suka nangis,pemalu walaupun cukup lantang dalam isu politik!
Kita tau...mak tak pernah lihat gambar2 tu,kita tau emak tak de kenangan masa buat Umrah itu hari,sebab tu kita terfikir nak bagi mak gembira tu je..Kataku lagi
Terima kasih...jawap emak

Perbualan kami berakhir dengan sendu yang panjang.Semuga emak di panjangkan usia,di beri kesihatan yang baik agar tahun depan atau seterusnya emak akan bersama kami.Tapi...emak dah cukup tua untuk bertahan,dalam usia 73thn,apa sahaja yang kita boleh harapkan.Kita juga tak mau mak menongkat langit,kita juga tak mahu emak hidup dalam keletihan yang berpanjangan.Jika ALLAH menjemputnya,kami redha kerana mak akan pergi dalam kebahagian,emak bertuah kerana anak menantu amat menyayanginya.Emak juga beruntung kerana dapat melihat kesempurnaan hidup anak2.
Mungkinkah kami akan bernasib baik seperti emak?mudah2an...kebaikan yang kami beri pada emak akan ALLAH balas untuk kami kelak.Semuga anak2 kami akan menghargai kami seperti mana kami menghargai emak.Insyaallah.

*(Ustaz pernah kata,Opps!bukan ustaz kata tapi..kitab kata,tak salah kita mengharap setiap kebaikan kita di balas oleh ALLAH.Tak salah setiap sen yg kita keluarkan dari kocek kita di ganti dengan yang lain.Tak salah kita mengharapkan ALLAH membalas setiap kebaikan kita,tapi..dengan syarat kita hanya berharap dengan ALLAH sahaja.Dengan syarat,kita tak menunjuk2 dengan manusia,tapi...kita bagitau ALLAH sahaja.
Ya ALLAH,kau tau kan?tadi aku beri si polan sekian banyak,aku harap kau ganti dengan yang lain Ya ALLAH.Aku ingin membantunya tapi.aku tak daya Ya ALLAH.....berilah aku rezeki yang lebih banyak daripada yang aku keluarkan tadi semuga aku boleh membantu insan yang lain pula...AAMIN..)

Walaupun orang kata,orang tua ibarat Qur'an buruk tapi ternyata...ianya amat bernilai.

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH