SELAMAT HARI RAYA 3

SHOOPING SAKAN!

Seperti tahun2 lalu,aku beli awal baju2 anak2 agar tak serabut fikiran.Al maklum,anak aku ramai,kalau nak siapkan dalam satu masa.Alamatnya.....pengsan ditengah jalan.
Seperti tahun2 lalu juga,baju2 tradisional tetap jadi pilihan,walaupun tak mahal,tetap berganti.Pagi raya sedondon warna,raya ke2 juga dengan tema warna yang lebih kurang.Raya ke 3,biasanya dah pakai baju kasual je.Tak larat nak sediakan baju2 kurung sebab jarang pakai.Kasut,tudung dan lain2 tetap menjadi agenda utama sebelum sambut raya!
Seperti tahun2 lalu juga,kuih muih tetap di beli walaupun ala kadar,kuih tat,kuih kacang dan lain2,tetap menjadi tarikan utama sebagai persediaan di pagi raya.

Namun begitu,tahun ini,bukan tak ada bajet tapi sengaja mengambil langkah berjimat cermat.
Ibu tak beli baju raya ke?tanya Aina
Tak....baju pergi umrah tu kan ada,guna sekejap je....kataku
Belilah...pagi raya pun cukup le...rayunya
Tak mahu lah!kalau nak beli pun,belilah barangan lain..beg atau persiapan2 yang lain kataku lagi
Tak best lah!katanya lagi
Jangan kufur nikmat,dosa...baju umrah tu kita pakai masa kat Mekah je,bila lagi nak di pakai kalau tak pagi raya nanti...berbaloi le ibu beli baju2 tu...terangku panjang
Dengan muka masam dia berlalu....perbualan terhenti begitu sahaja.Dalam hati,TEKAD...tiada baju2 baru kecuali baju2 kasual sahaja.Itu pun sekadar nya sahaja.

Sebelum puasa,semua persiapan anak2 dah kami sediakan bagi mengelak kesesakan.
Dalam leka membeli persiapan anak2,aku terlupa diri sendiri.Dalam hati...tak pe lah,baju pun banyak.Apa lagi lah yang aku hendak kan?baju2 ni setiap masa keluar  fesyen baru,tak mahu jadi hamba baju,maka aku ambil keputusan TIADA BAJU BARU UNTUK RAYA INI!

Bila fikir kesusahan orang lain,terbayang betapa beruntungnya aku kerana dalam tak kaya,baju tetap berganti.Tetap baru tetap cantik di pagi raya.Sejak dari dulu,apa pun yang berlaku,persiapan anak2 kami dahulukan.Kami tak berganti,kami tak kisah asalkan anak2 berganti dan tak terasing.

Minggu ini,turun KL untuk membeli persiapan2 yang berkaitan dengan hiasan rumah,Dah lama tak pergi SSF,dah lama tak pergi Jalan TAR,dah lama tak melangkah mencari bekas kuih yang lebih moden daripada yang aku miliki sekarang.Aku beli bekas kuih awal 90an,dah masih utuh hingga ke hari ini.Orang dah tak pakai balang2 macam tu,aku masih mengunakannya.Sayang nak buang,sayang nak abaikan.Tapi...tahun ini,aku kena ubah juga.Aku kena cari balang kuih yang baru dan yang lebih moden!

Susuri KLCC,cari barangan yang berpatutan,Kebanyakkan nya mahal2 belaka.Terpandang sepasang suami isteri membeli belah.Amboi.....banyaknya duit dia,beli sejambak bunga dalam balang kaca dengan harga lebih RM500!Banyaknya duit dia,beli sudu garpu beratus2 ringgit hanya untuk 6 setiap satu.Garpu ada 6,sudu ada 6 ..pendek kata...semuanya hanya ada 6 sahaja.
Sementara menunggu mereka membayar,menconggak juga di fikiran...agak2nya,apa lah kerja suami dia kan?duit banyak sungguh!

Tapi...aku juga bersyukur,aku pun mampu  beli walaupun sekadar set sudu harga paling rendah!itupun dah di potong 50%!bersyukurrrrr..
Jalan2 lagi,susuri lagi jalan berliku...akhirnya aku membeli juga sekadar yang terdaya.Syukur...aku masih mampu menukar perhiasan rumah walaupun sekadar alas kaki.
Seronok membeli belah,seronok memiliki barang2 baru...pasti aku akan berhias sebaik mungkin dengan barangan2 yang termampu di miliki oleh rakyat seperti aku.

Beli apa?tanya suami
Biasa je,tapi habis juga duit kataku
Oklah...jawap suamiku yang baik budi tu
Awal perkahwinan kami tak semewah orang lain,orang kata...baru nak hidup.masih ingat,bila sambut raya...bonus tak dapat.Cukup sekadar menukar tayar kereta untuk berjalan jauh.Daripada beli baju,lebih baik kami tukar tayar kereta.Pernah suami belikan hanya 20 kuntum bunga tulip sebagai persiapan hari raya tanpa persiapan lain.Syukur....ada juga benda baru yang aku miliki sempena hari raya.
Semua tu satu kenangan paling indah,hidup berdikit2 bersama,mengharungi kepayahan hidup berdua...
Teringat kata2 mak mertua....
Hutang banyak tak peeee......asalkan setia...
Itu sahaja pesanan ringkas yang aku pegang dalam hidup.Sekaya mana pun,jika tak setia,rumah tangga tetap berantakkan!
Bila kita setia,semuanya akan jadi mudah!hutang banyak kita bayar sikit2 lama2 jadi bukit.

2013,raya paling ringkas....mungkin tiada rumah terbuka.Tak sanggup nak buat,tak sanggup nak kelola semua kerja.Tak daya nak uruskan dari A hingga ke Z.Tapi....itu hanya rancangan,hakikatnya....hanya tunggu masa,jika terima asakan teman2,mungkin terpaksa di buat juga.Kami berhijrah jauh dari selatan,bila dok di utara...kawan2 itu sahajalah yang menjadi saudara paling rapat.Walaupun tak ramai,memadai daripada tiada langsung!

Apa pun yang kita miliki,terimalah keadaan itu seadanya.Jika kita mampu beli baju sepasang RM50,bersyukurlah....kerana hanya itu yang telah ALLAH tetapkan buat kita.Redha dengan kemampuan sendiri.Ukur baju di badan sendiri,jangan ukur di badan orang lain.kelak binasa badan.
Pernah terjadi pada seorang jiran,dek nak beraya sakan.Habis raya...mula mencari akal meminjam sana sini.Amalan yang paling merugikan.

Terdetik di dalam hati,semuga ramadhan kali ini,akan menjadikan aku seorang yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang ALLAH berikan selama ini.

Terima kasih ALLAH,aku sentiasa akan berprasanka baik pada mu.Apa sahaja yang datang kepadaku adalah pemberianmu.Apa sahaja,yang aku miliki juga adalah dari ihsanmu.

TERIMA KASIH YA ALLAH
SEMUGA SYAWAL INI,AKU DI BERI NYAWA UNTUK MENYAMBUT AIDIL FITRI BERSAMA INSAN2 YANG TERSAYANG.AAmin...

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH