SELAMAT HARI RAYA 2

RAYA,RAYA,RAYA...Kenangan lama

Kali ini,aku nak imbau balik cara orang kampung sambut raya.Mungkin aku di besarkan dari kalangan orang kebanyakan,tiada persiapan raya yang hebat2,hanya sekadarnya sahaja.Yang pasti...
rumah atok kena mandi minyak,rumah papan atok mesti di sapu minyak untuk menjaga dinding yang di buat dari papan agar tampak hebat dan tahan lama(anai2 tak sudi menyinggah).Tugas ini pastinya abang aku yang kena.Abang akan menyapu minyak di seluruh luar dan dalam rumah,mengecat pagar kayu di bawah rumah dan pastinya mengecat pasu2 bunga.Sebab tu,bila kita lalu di perkampungan lama,pasti nampak pasu2 di cat dan di susun kemas di halaman rumah.Ada berbagai kaler terutama biru muda!



Aku dan kakak,pastinya bertugas di dalam rumah,mengemas rumah dan memasang langsir.Tugas anak gadis tak seteruk abang.kami buat kerja yang sesuai dengan kemampuan kami sahaja.Kerja tambahan hanya membersihkan halaman yang telah di tetapkan untuk kami,tak raya pun,itulah rutin kami tiap minggu.Menyabit rumput dan membersihkannya agar rumah atok menarik.

Orang kampung biasanya sambut raya,serba ringkas!kalau ada yang beriya iya pun,hanya segelintir sahaja di kalangan orang yang mampu,kalau setakat kais pagi makan pagi kais petang makan petang!apa lah sangat yang kami boleh lakukan untuk menjadikan hari raya semeriahnya.

Abangku juga mahir dan kreatif,buat mercun buluh untuk meriahkan suasana raya.Mula2 cari buluh,cari tempat yang strategi dan BOM!Buluh tu di tanam di dalam tanah,hanya separuh muncung je menghala ke udara.Hasil bunyi letupan tidak menghampakan,abang dah kawan2 menhabiskna masa yang ada hanya berdentam berdentum je.Bunyinya jangan di perkatakan lagi.
Subhanallah!kuat macam orang perang.Atok bising2 hanya kerana bimbang keadaannya.

Biasanya,hari raya kami tak balik rumah emak,kami hanya beraya dengan atok.Orang kampung macam atok,tak kisah apa2 pun,tukar langsir pun hanya ala kadar je,kalau orang dulu2 kain jojek buat langsir itu perkara biasa.Kain lace pun yang murah2 je,atok beli di bazar2 tepi sungai Muar.Potong ikut saiz tingkap,kelepit dan jahit lurus je,Orang dulu tak guna design langsir orang sekarang.Orang zaman sekarang sangat mewah!orang dulu2..tiada kemewahan langsung!

Makan mewah setahun sekali,hari rayalah baru menyamah lauk pauk yang hebat2,dapat minum air gas(air berkarbonat).Semua rumah pasti ada air gas!mesti ada lengkong kaler merah bentuk ikan emas,mesti ada dodol,wajid,ada kuih koya,ada kuih siput juga,akulah yang mengesel kuih siput di cetak khas .
Ada dodol yang orang kampung buat  secara bergotong raya,ada wajid yang cukup enak dan beberapa jenis kuih2 tradisional yang lain.

Petang raya,kami kena tangkap ayam.Acara paling meriah dan menyeronokkan.Cukup susah nak tangkap ayam2 pilihan.Nampak aje kecil tapi lincah bukan main!Menurut kajian,stres,penat berkejaran antara sebab mengapa ayam kampung liat!Ooooooo.patut le liat semacam,rupa2nya letih berlari!


Antara jerat untuk menangkap ayam yang bakal di gulai buat makan di pagi hari raya.Tali dan taburkan jagung di tengah2 ,Sebaik ayam menjejakkan kaki di dalam lingkungan tali tu,sentap!dan pastinya sebelah kaki ayam akan terikat dek jerat itu.Apa pun yang berlaku,menangkap ayam adalah satu aktiviti yang mencabar!nampak mudah tapi...kalau tak sabar mahu guna senapang!Pang...ayam dah ada dalam genggaman.

Malam raya,seperti biasa...Marhaban bagi lelaki dan memasak bagi perempuan,dulu2 belum ada ketetapan dalam mengira tarikh hari raya,semuanya bergantung pada anak bulan,kalau tak nampak maknanya raya tulat,jika nampak,makanya rayalah esok.Seingat aku,hanya sekali sahaja nampak anak bulan,sebaik tahu  esok raya,emak melompat bak pendekar ke dapur,menganyam ketupat,masak lauk pauk dan sebagainya.Sejak dua menjak ni je,sudah termaktub ikut kiraan hisab.Ianya lebih memudahkan untuk kira merancang aktiviti agar tak sesak nafas.

Esok pagi,lelaki perempuan solat raya.lepas tu baru makan dan ziarah menziarahi.kelazimannya rumah sekitar adalah kaum kerabat aku sahaja.Paling gembira,bila raya maka kami akan raya sungguh2!berjalan kesana kemari mencari duit raya.Dulu2,masih selamat.Tiada perogol bersiri bagai.Kami boleh pergi ke mana sahaja yang kami suka.Raya hanya akan di sambut hanya selama 3 hari sahaja,hari ke 4 dan seterusnya.........Raya habis dahhhh..
Tapi...zaman sekarang,raya hingga habis sebulan!kalau boleh mungkin nak tambah sendiri menjadi 2 bulan!

Yang pasti,Hari Raya perayaan buat kita semua,pakailah pakaian cantik2 walaupun baju lama,pakailah wangi wangian sagar kita segar,jamulah tetamu seadanya.Pendek kata...sambutlah Hari Raya mengikut kemampuan sendiri.Bajet lebih,boleh lah beraya sakan,kepada yang ada masalah kewangan,ala kadar wajib menjadi pilihan.Jangan ikut orang lain agar lepas raya,anda masih boleh tersenyum girang.

SELAMAT HARI RAYA!!




Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK