SELAMAT HARI RAYA 1

KUIH RAYA

Aku tak pandai buat kuih,kalau buat pun tak berbaloi!kelengkapan tak ada,modal beli itu ini,dah boleh beli kuih tunjuk!Namun begitu,ada sekali aku buat kuih sendiri,kebetulan ada pembantu,maka boleh lah dia tolong jaga biskut di oven.Aku terap dan di jaga...mudah sikit.

Pengalaman itu buat aku sedar,walaupun nampak mudah!tapi...badan sakit,bahu pun jadi bisa semacam!penat letih dan berkancah rumah!Comot sana sini dengan tepung bagai.Kebetulan,anak2 kecil...untuk menaikkan semangat raya,boleh lah kita cuba wujudkan suasana yang mereka jarang2 dapat rasai.Masa kerja dulu,jangan haraplah dapat buat kuih muih...tak de masa!nak kemas rumah pun tak sempat,apa lagi buat kuih.

Bila lihat kita beli bahan2 buat biskut,anak2 melonjak gembira,walaupun anak2 dan suami kurang minat makan kuih manis2 ni.Namun,aku buat juga untuk menunjukkan pada mereka,bila ada biskut mesti hari raya!
Berbagai2 biskut aku cuba,resepi ringkas yang aku minta dari kakak di Johor.Ramuan asas,tepung gandum,tepung jagung,gula,telur dan lain2 lagi.Hanya yang membezakan rasanya hanyalah bahan2 perasa contohnya kelapa,kacang,blueberry dan sebagainya.Mudah tapi penat!rasanya..tak terdaya nak buat lagi.Cukuplah sekali aku melakukannya...

Tahun 2013,anak2 dah besar panjang,mereka pula yang minat nak buat biskut raya.Berkali2 mencuba,namun gagal!
Mana biskut tadi tanya aku padanya
Dalam tong sampah!jawapnya bersahaja
Amboi...boleh bangkrap tau ayah!kataku lagi
Biasanya dia buat tak tau je.Tak kenal erti putus asa,esok dia cuba lagi dan lagi dan lagi...Si ayah geleng kepala tanda tak setuju.Tapi...untuk dapat kepandaian mesti melalui pengalaman.Maka kami biarkan sahaja..asalkan mereka gembira.

Yang pasti,seperti raya2 yang lalu,tahun ini,aku tetap kena beli biskut raya lagi...Anak2ku belum lulus untuk membuat biskut2 raya yang bermutu tinggi!

Selamat mencuba anak2...zaman ibu nak buat biskut raya dah berlalu.....

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK