RAMADHAN DATANG LAGI...

RAMADHAN DATANG LAGI....

Seperti tahun2 lalu,ramadhan kami sama seperti terdahulu.Azam cukup tinggi untuk buat yang terbaik.Ustaz kata,puasa yang baik menurut islam ialah bila kita berjaya mengawal 7 pancaindera iaitu mulut,mata,telinga,perut ,tangan, kaki dan yang terakhir sekali kemaluan.Wah!nampak macam simple je kan?tapi...cukup susah untuk mengawalnya.7 pancaindera itu sering buat kita kecundang.Mulut,mata dan telinga sahaja sudah cukup buat puasa kita sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja.Oleh sebab itu,kurangkan menonton hiburan di TV,berbual2 kosong dan mendengar gossip2 liar!terutama gossip Che Ta kita tu yo!

Kalau boleh,perbanyakkan membaca Al-Qur'an atau apa sahaja asalkan tiada kaitan dengan duniawi.
Kalau gitu,baik kita tidur je kan?Oppps!tak boleh juga,tidur akan membatalkan puasa kita.Orang yang tak sedar diri tak layak berpuasakan?Kalau gitu,kita dok diam je le....tak boleh juga,islam tak galakkan kita bermalas malasan,kita kena buat apa saja aktiviti biasa.Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk kita jadi BEKU!

Ustaz pesan lagi,menurut kitab puasa yang baik hendaklah di mulai dengan sahur,niat dan beramal di siang dan malam hari.Ramadhan bulan paling barakah,rugi jika di bulan begini,kita tak dapat pangampunan dari ALLAH.Oleh itu,kurangkan tidur di malam hari terutama 10 malam terakhir.Kita mungkin fikir kita tak layak untuk dapat lailatuqadar,tapi...ALLAH tak begitu,siapa yang berusaha dan rajin,pasti berjumpa dengan malam penuh barakah itu.Asalkan kita ada kemahuan pasti di situ ada jalan.Ustaz pesan lagi...kalau kita tak jumpa lailatuqadar pun,tak salah kita perbanyakkan amal di malam hari,kurang kan tidur,Ramadhan datang setahun sekali,samada kita dapat lagi berjumpa ramadhan akan datang atau pun tidak,itu yang jadi persoalannya.Bersediakah kamu mengadap ALLAH dengan puasa yang yang yok pagi2 dah buka periuk?Bersediakah kamu mengadap ALLAH dengan amal yang sedikit?Bersediakah kamu nak mengadap ALLAH dengan dosa yang bertimbun2 tu?Aduhai......hidup susah!mati pun susah!

Semalam,belajar bab puasa..sejak2 kebelakangan ni,semua ustaz menyentuh bab puasa.Puasa,puasa dan puasa,ustaz kata ilmu agama tiada kesudahan,lagi kita korek jauh kedalam,ianya semakin jauh dan jauh.Pucuk pangkalnya,pastikan anda belajar dengan ustaz bertauliah!

Ustaz kata lagi,jika solat tiang agama,puasa perisai dari kita buat dosa,sedekah pula memadam keburukan dalam hati.Dengan puasa banyak faedah yang kita akan perolehi.Kesihatan dan ketakwaan.Jika kita melakukan puasa dengan bersungguh2,hati kita akan sentiasa tawaduk pada pencipta alam semesta.Dengan berpuasa,kita akan sentiasa menghargai kesusahan orang lain.Puasa juga akan membuatkan kita sentiasa menghargai kesempatan yang di beri dan menjadikan hati kita lembut  daripada orang yang tak berpuasa!

7hb July 2013,ustaz ajak hadirkan diri di majlis ilmu di Segari.Tuan Syeik Nuruddin akan mengetuai upacara itu.Jemput ya Tuan Puan,kita hadir dan meriahkan majlis ilmu sebelum meneropong anak bulan.Seronoknya jika dapat hadir,tapi..dek kesibukan hidup,sah!aku tak dapat turut serta.Tika itu,anak2 juga perlu perhatian kita.ALLAH tau apa yang kita buat,ALLAH melihat apa jua yang kita buat.Bukan alasan kosong!tapi...kenyataan,kena ambil anak2 dari sekolah,di beri makan dan di beri perlindungan agar mereka menjadi orang2 yang berilmu bagi menyambung perjuangan Rasul.Subhanallah!

Ustaz pesan lagi,jadikanlah puasa tahun ini,lebih baik daripada tahun2 lepas.kaji selidik puasa2 lalu,jika ada kekurangan,baiki di tahun ini.Jika boleh,jangan berhibur sangat,banyakkan mengaji Qur'an,banyakkan berzikir,solat taubat dan munajat di malam hari.Mampu kah?aduhai....kenapalah sukar sangat kan?nak kata hasutan syaitan,kebetulan syaitan di ikat sepanjang Ramdhan.Jom muhasabah diri!kaji dan selidik mengapa kita tak mampu untuk lakukan apa yang ALLAH suruh dan tinggalkan apa yang ALLAH tegah kita lakukan.
Kalau boleh ramadhan ini,saya nak terawih penuh!tak de shooping bagai!tak de nak cat2 rumah bagai!cukup apa yang ada!dan jangan banyak cakap!Pang!rasa kena tampar kat pipi....cit!pesan macamlah aku ni tak ingat langsung!Itulah azam kami,hendak lakukan puasa di bulan ramadhan kali ini sebaik mungkin.Mudah2an....

Pesan buat anak2 sekelian....
Puasa ya anak2,jangan tinggal walau sehari!tak perlulah kamu mengkaji mengapa perlu puasa mengikut hukum akal.Dari dulu,kita di didik dengan berpuasa di bulan ramdhan,tak usahlah kamu mempertikaikannya mengapa dan kenapa?ikut sahaja tanpa soaljawap!selagi kamu di beri nafas,selagi itu kamu tak usah mempertikaikan hukum ALLAH.Kita di layan baik oleh yang esa,di beri pinjam udara untuk bernafas,di beri cukup anggota badan untuk bergerak dan melakukan semua yang kita suka.Oleh itu,janganlah engkar dengan arahannya.Mengucaplah dua kalimah syahadat!Solatlah!Puasalah!keluarkanlah zakat dan tunaikanlah haji untuk yang mampu.Semua itu adalah tanda kita bersyukur padanya.ALLAH sayang kita,ALLAH sentiasa mendengar rintihan kita....oleh sebab itu,PUASALAH...
                                             


                                                 BAIKNYA TUHAN KITA....



Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK