PUASA TAPI TAK SABAR

SANGAT MENDUGA HATI DAN PERASAAN

Tanyalah siapa sahaja,Kita semua punya masalah dengan pegawai2 yang bertugas di jabatan2 tersebut.Tanyalah dengan siapa sahaja,masalah itu tak pernah habis!
Dari sejak dulu,sebut je pekerja kerajaan.Semuanya walaupun ada yang betul2 mahu bekerja TETAPI kebanyakkannya makan gaji buta je.

Berurusan dengan mereka boleh buat kita sakit jantung!
Percakapan mereka,gaya mereka seolah2 tanpa mereka kita akan MATI!

Hello..boleh sambung ke bahagian pengurusan
Tunggu sebentar sayup kedengaran suara wanita tua
Tunggu punya tunggu punya tunggu.......
3x talian terputus dengan sendirinya
Cuba lagi...untuk bercakap dengan wanita tua tu tadi
Hello,dah 3x saya call untuk bercakap dengan pihak berkenaan,mengapa tak dapat?tanya saya lagi.Hati dan mula marah!
Entahlah Cik,cuba panggil talian terus,xxxxxxxxxx ada 8 talian,Cik boleh cuba..katanya lagi dengan suara yang cukup matang untuk seorang wanita.
Aku pun dail lah bagai nak tercabut jari.Tapi talian tu tetap sama,ada nada tapi tak de seorang pun yang sudi mengangkatnya.
Dail dan dail...sehingga hampir 10x!masih tetap sama.
Hati dah mula marah!
Cuba lagi....untuk bercakap dengan penyambut tetamu yang memiliki suara kurang mengoda tu.Kali ini,bukan hati je marah!tapi kepala,otak dan semua deria rasa dah mula naik darah!
Hello...saya nak tanya,jabatan awak tutup pukul berapa?tanya saya
Oooo..macam ni dah balik Cik.kita tutup pukul 4.30 petang sayup2 je aku dengar suara itu
Tapi..saya telefon dari pukul 4 tadi,kenapa tak angkat?tanya saya dengan suara yang dah tahaf meroyan tapi..masih cool
Entahlah Cik,mungkin mereka dah balik katanya lagi
Hello!dengar sini,kamu2 semua ni,bonus hendak tapi pemalas!
Dammmm!!!
Telefon bukan di letak tapi di hentak!Marah hati bukan kepalang!buang masa berurusan dengan mereka.Kalau ada sakit jantung dah ke hospital le jawapnya.Perangai mereka sejak dulu hingga kini tetap sama,tiada perubahan langsung.
Bab duit,terjojol mata!tiap2 tahun pihak CUEPACS hanya tahu minta bonus bagai,tapi..pekerja?APTB!bab kerja...sendi kaki tangan semua macam orang demam kura2,jam belum tunjuk pukul 12.00 tengahari atau 4.30 petang,semua pekerja dah tak minat nak layan panggilan walaupun sesaat cuma.Bagi mereka sesaat mereka sangat berharga walaupun sesaat lalu,mereka berniaga,ada yang bersembang dan ada yang tidur...wajar kah hidup berkira?

Hidup akan berkat jika kita amanah pada kerja atau apa juga tugasan yang di beri.Cuba belajar menjadi orang yang amanah dan patuh pada jadual kerja yang di beri.Setiap perkerja telah berikrar dengan majikan sebaik sahaja di ambil bekerja.Maka..anda kena belajar untuk menjadi pekerja yang amanah dan jujur agar anda tak makan gaji buta!









Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH