MOMOK!

ALAM GHAIB

Berhijrah ke utara tanah air,kami dok menyewa je,masa u,Alif berusia lebihkurang 2thn setengah..Rumah sewa tu cantik sangat,warna hijau pucuk pisang,keadaan dalamnya pun kemas dan rapi.Sebelum kami sampai,kami telah datang semata2 untuk mencari rumah sewa terbaik untuk di diami.

Kita sewa rumah elok sikit le,jangan le yang comot!saya takut le....lagipun,jangan le daif sangat..nanti mak sedih tengok keadaan kita saranan aku pada suami.
Kata putus,kami kena jelajah sendiri untuk mencari rumah yang bersesuaian.Tak perlu agen,tak perlu orang tengah,kami susuri sendiri demi kepuasan hati.

Sebaik jumpa,kami terus beri kata putus,setuju!dengan RM800 sebulan,kami telah menjumpai rumah sewa yang paling cantik dan sempurna.
Kami duduk rukun damai sehinggalah pada satu hari......
Ibu,Alif nak ambil Sam kat atas,ibu temankan pinta Alif
Pergilah sendiri,ibu tengah masak ni kataku pula
Tak mahulah!Alif takut..balasnya
Kenapa?tanyaku pelik,selalunya dia akan naik sendiri untuk mengambil barang2 mainan atau apa jua keperluan yang dia mahukan.
Ada MOMOK!jawapnya
Mana ada?JOM!kita pergi ambil kataku pula
Aku pimpin tangannya menaiki tangga,sebaik sampai,matanya terus tertumpu di syiling rumah,masa kami baru2 pindah,syiling tu,tuan rumah buka untuk laluan kucingnya,Bila sampai di tanganku,pastilah aku tutup supaya tampak sempurna.
Aku perhatikan gelagat anakku itu,berjalan seolah2 mengelak daripada sesuatu,dan cuba mencuri pandang ke arah syiling yang di maksudkan itu.
Mula2 aku acuh tak acuh je,pendek kata tak percaya langsung!,tapi..bila lihat dia bersungguh2 takut,sehingga sanggup tidur di luar bilik,aku rasa perlu buat sesuatu.Bukan percaya sangat kat bomoh bagai,cuma ikhtiar...dengan izin ALLAH mungkin kami dapat menyelesaikan masalah alam ghaib ini.Kesian Alif,sejak di terlihat makhluk asing tu yang dia panggil MOMOK,mata dia tak lekang dari memandang ke arah yang di maksudkan sehingga surah yassin ku letakkan di atas mata bagi menghalang padangan matanya asyik memandang ke arah yang sama.Dalam kepayahan,dia tertidur juga,sebagai ibu,bacaan surah yassin berkemundang dalam kesayuan,adakalanya membebel sendirian dgn harapan makhluk yang menumpang itu mendengar dan tak menganggu Alif lagi.
Pergilah!jangan le kacau Alif,kesian,Alif masih kecil...jangan le ganggu dia ...pergilah cari tempat yang sesuai dengan awak...kataku perlahan
Sejak Alif terlihat MOMOK,dia dah tak berani naik ke bilik sendirian,jika naik pasti kami kena temankan sama.
Setelah berbincang,kita mesti  carikan orang bijak pandai dalam bab2 gini,kesian anak,jiwa terseksa!cadangku pada suami.Biasalah lelaki,menurut je...apa yang baik,mereka ikut tanpa bantahan.walaupun tak percaya tak salah kami mencuba.Perkara2 ghaib ini wujud ,cuma kita tak di galakan untuk terus mempercayai sehingga jatuh syirik.

Risik sana sini,Pak Din nama di beri,datang melakukan sesuatu atau lebih tepat memagar rumah tersebut daripada MOMOK yang sangat menakutkan itu.Dengan izin ALLAH,selepas itu,Alif dah boleh melupakan MOMOK yang menghantuinya seketika.Hiduplah kami seperti biasa sehinggalah kami keluar dari rumah itu.

Baru2 ini,aku susuri semula kenangan di sekitar rumah sewa lama kami.
Hei!akak sebelah nak jumpa kau lah!kata Zah sebaik nampak kelibat muka aku
Ada apa hal?tanya aku hairan
Dia nak tanya sesuatu katanya
Dalam hati..ada apa lah pulak?tak kenal tak pernah berbual..tetiba nak beramah mesra.
Kami bersalaman,Kak Zarah bercerita panjang lebar mengenai cucu yang di ganggu MOMOK juga!Ruang atas rumah tersebut...PANAS!ada mahkluk halus sedang menguasai ruang tersebut.
Kenapa akak tak bertindak cepat?Masa anak saya di ganggu,dalam seminggu saya dah minta tolong orang tengok tengok kan,lagi satu,mungkinlah MOMOK yang Alif maksudkan tak menyerupai sesuatu yang hodoh atau menakutkan,sebab tu dia tak menangis,cuma takut je...
Lagi satu,masa Zie duduk sini ada tak dengar orang berkemas rumah malam2 buta?atau dengar bunyi2 pelik?tanya kak Zarah lagi
Tak de kak,cuma anak saya aje yang nampak,kami semua tak rasa apa2 pun kataku lagi
Cubalah akak minta tolong orang pandai tengok tengokkan rumah ni,mungkin MOMOK lama tu datang balik kot?kataku lagi
Yalah,tak boleh biar ni...kata Kak Zarah lagi,seketika kemudian beliau minta diri,sebaik mendengar suara cucu mula berteriak!

Meremang bulu roma bila dengar citer2 seram macam ni,dalam tak percaya,benda2 halus ni memang wujud.Menganggu siapa sahaja yang lemah semangat.Mujurlah Alif tak di apa2kan,jika tidak...
pasti kami akan hidup sengsara seperti Kak Zarah dan cucunya.Hidup berkongsi rumah dengan makhluk asing yang tak faham bahasa!

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK