MENGAJAR ANAK SOLAT

GI SOLAT!CEPAT!

Rasa2nya ramai yang punya pengalaman mengajar anak solat.Seawal 7 tahun,anak di biasakan solat tanpa denda,tanpa kekasaran.Didikan awal hanya mengenalkan sahaja kepada mereka apa itu solat.Mengajar mereka ayat2 yang wajib di baca dalam solat.Mujur aku hantar anak2 ke sekolah agama.Mudah sikit dan aku tak perlu untuk mengajar kerana ustaz dan ustazah telah membantu.
Seawal 7thn di ajar,seawal 10thn...rotan sebagai alat bantuan.

Alif!solat!sekarang ni baru 7thn...tunggulah 10thn....zasss!ibu tak cakap banyak2,tau2 rotan dah kena kat belakang...pesanku pada anak lelaki bongsu ku ini.
Alif faham kerana dia mempunyai asas pendidikan sekolah agama.Adakalanya,dia sendiri yang bercakap dengan aku apa jua yang dia pelajari di sekolah.Ibu,ustaz kata itu ustaz kata ini..
Alhamdulillah sungguh banyak bantuan dari para guru dalam pembelajaran anak2.Mereka sabar mengajar anak2 menghafal berbagai2 ayat Al Qur an,rasanya tak terbalas jasa mereka.
Ibu,saya dah pandai baca surah al fatihah...ibu saya dah pandai baca surah al khafirun....
Ibu,saya dah masuk Qiraati 4,tak lama lagi saya masuk al qur 'an...
Wah!tak sangka kan?pejam celik pejam celik,anak dara kecilku telah berjaya menguasai bahasa jawi dan rumi dengan baik.

Pendidikan awal atau asas agama amat perlu di tanam dalam diri anak2,sebagai ibubapa,jangan lupa bab ni.Bagaimana maju anda,rukun islam rukun iman wajib di suntik dalam diri anak2 kesayangan kita seawal mungkin.Jika kita tak berkemampuan,kita wajib mencari alternatif agar anak2 kita terdidik dalam bab2 islam.

Anak2 ibarat kain putih,kita yang mencorakkanya.Kita yang mengadun warna yang pada awalnya putih bersih,jika kita campakkan hitam,makan hitamlah hingga bila2,sukar nak kita pudarkan jika hitam itu telah terlalu lama melekat di atas kain.

Solat!bangun solat!cepat!cepat!...itulah ayat2 cinta di setiap waktu.Mungkin anak2 tak suka,mungkin anak2 boringgg....tapi sebagai ibu,aku tak peduli!
Ustaz kata jika sayangkan anak2,pastikan anak2 masuk syurga.Jangan heret anak2 ke neraka kerana itu bukan sayang maknanya tapi....menganiaya anak2.
Kita lahirkan mereka ke dunia tapi...kita  biarkan mereka melata tanpa arah tujuan.Kita tak pedulikan agama pada diri mereka.Apabila mereka sesat dan terpesong jauh.Pastilah mereka akan terus di lambung ombak kejahilan.Hingga bila?melentur buluh biar pada rebungnya.Jikalau dah jadi buluh!nescaya akan patahlah dia jika kita cuba membengkokkannya.
Didiklah anak2 sebelum air menjadi beku!
Didiklah anak2 sebelum nasi menjadi bubur!

Aina,Mira,Akif,Alif!solat cepat!
solat itu tiang agama,tanpa solat umpama tiada tiang untuk kita berpaut.Kita akan di pukul ombak kehidupan yang sangat melalaikan.Solatlah anak2...solatlah...
Sayangilah agama kita,jika kita tak sanjung agama kita.Siapa lagi?penganut hindu?penganut budha,penganut kristian dan sebagainya.
Jawapannya jelas2...tidak!mereka tidak akan menegakkan islam di mukabumi ini kecuali kita sendiri.

Alif!solat jom!
Biasanya kanak2 9thn normal,telah tahu mengenai solat dan rukun hakam yang lain.Cuma kita sahaja yang tak ingat2!sebab tu...ada yang sekejap bertudung sekejap buka tudung.Sekejap solat sekejap cuti solat!
Weh!awat hang tak solat?
Malaikat cuti....jawapan paling sempoi.Walaupun nampak sempoi...apa hukumnya?memperlekehkan malaikat.walhal...mana ada malaikat cuti macam kita.Malaikat tak tidur,tak makan,tak minum dan tak berpeleseran macam kita.Malaikat hanya berzikir siang dan malam tanpa henti memuji ALLAH swt.Namun....darjat kita lebih mulia dari malaikat sebab....ALLAH jadikan manusia di mukabumi ini penuh dengan dugaan.Jika kita berjaya melawan dugaan dan nafsu,maka syurgalah selayaknya.Jika sebaliknya.......neraka jahanamlah tempat selayak2nya kita di campakkan.Subhanallah.

Aku tak pandai macam orang lain,tapi...cuba jadikan diri ini sepandai mereka.Aku tak mau jadi tikus,tak tau apa2 sepatah kata Ustaz Azhar Idrus.

Kus,kus....kau tau tak hukum mandi junub?tanya si polan pada sang tikus
Entah!aku tak tau..jawap sang tikus
Menariknya,dah memang le tikus tak tau,Tikus tu kan binatang,pencemar alam.Tau dia hanya makan,minum dan biakkan anak je.
Bayangkan jika kita tak tau apa2.tak macam tikus ke?
Adakalanya,jawapan ustaz terbias di muka.Tapi...selagi ada masa,aku cuba utk memperbaiki diri.Sama macam anak2,jika kita tak salurkan maklumat pada mereka,siapa lagi?

Oleh itu,solatlah anak2,jika ibu mati tengahari tengah malam,solat itu wajib!jika sayangkan ibu dan ayah...solatlah,warisilah agama kami,panjangkan perjuangan nabi.Ikutlah sunnahnya,didiklah cucu cicit kami dengan islam.Jangan lupa itu,islam itu agama terbaik!agama yang hakiki.Tiada agama lain yang wajar kamu2 semua ambil tau.Kekallah dalam islam,kerana ibu akan sentiasa menunggu saat kita di satukan.

Ibu ni..solat je,tadi baru solat,sekarang nak solat lagi!tanya Alif
Mestilah!solat kita kan sehari semalam 5 kali,tadi solat asar,sekarang maghrib...kalau kita tak solat,ular hitam akan mengigit kita masa kita dalam kubur kelak.Allah tak tanya soalan lain Tapi..ALLAH hanya akan tanya bab solat aje.
Jika kita tak buat,jika kita tak ada bekalan kelak.Apa yang bakal kita jawap di hadapan ALLAH.Kita akan malu,muka kita akan merah menyala!di dunia ini,kita lepas..walaupun hidup kita tak di berkati.rezeki di sempitkan..dapatlah berapa banyak pun duit!tetap tak mencukupi.Oleh kerana kejahilan,kita akan terus mencari rezeki sehingga tak sempat mencari diri sendiri.melatalah ke sana ke mari hingga nyawa di hujung halkum!itu baru di dunia,kat akhirat?.......tak tau nak cakap lagi.

Solat ya anak2....solat lah....
Biar kita tak punya asalkan kita punya agama.Biar kita tak moden asalkan dalam hati kita ada NUR ISLAM.

Walaupun banyak ranjau untuk menjadikan kalian manusia berguna,ibu pasti akan begitu selamanya.Bercakap,menasihati,menegur,bercakap perkara yang sama sehingga bila2,sehingga mungkin ibu mati!atau ibu jadi bisu dek ketuaan.

Ikhlas kata,bukan mudah untuk menjadi ibu mithali untuk dunia dan akhirat.Cabaran sangat banyak!celik mata hingga tutup mata.....cabaran akan sentiasa hadir walaupun kita telah menanam islam sedari kecil.Pergaulan anak2,persekitaran...semua memainkan peranan dalam pembentukan jati diri anak2.Mungkin kita beri pendidikan tahaf terbaik!mungkin kawan2 anak2 kita tidak begitu...akhirnya,anak2 kita pasti terpengaruh dengan tuntutan nafsu walaupun ada islam dalam diri.Islam itu umpama yoyo,tenggelam timbul,untuk menjadikan mereka teguh pada islam....kita kena bercakap selalu,menasihati selalu dan pastikan mereka mengaji dan ke kelas agama.Selebihnya....doa dan tawakkal padanya

Ya ALLAH,jadikan anak2ku anak yang soleh dan solehah.Ya ALLAH berkati mereka di dunia dan di akhirat.Ya ALLAH..aku sayang mereka dan tak mau anak2ku menjadi ahli neraka.Aamin...




Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?