BILA LAMBAT BANGUN!APTB

ALAMAK!LAMBAT BANGUN...

Sebelum tidur,kunci jam pukul 4.15 pagi.Waktu paling ngam untuk bersiap sedia solat sunat dan sediakan makanan untuk sahur.Untuk suami dan anak2 remaja,pastinya nasi putih dan lauk.Biasanya juga,lauk2 lebihan semalam atau aku goreng sambal sardin (menu paling ringkas)
Untuk anak kecik,ikut permintaan,roti atau bijirin sahaja.

Bila bangun dalam waktu begini,semua urusan mudah dan santai.
Dari awal puasa,inilah rutin hidup seorang ibu demi keluarga.
KRINGGGG!biasanya inilah bunyi yang awal akan kedengaran.Masalahnya,sebaik jam berbunyi ada seorang makhluk Tuhan akan tutupkan.Dalam kegelapan,Aaliya melompat katil untuk menutup bunyi itu.
Bila di tanya kenapa tutup?
Bising,saya tak boleh tidurlah...jawapnya
OOOOooooo...masalahnya,bila di tutup,ibu bakal kelewatan!jawapku dalam hati.

Bila kita bangun dalam keadaan tenang...
Masuk bilik air,berus gigi,cuci muka dan di akhiri dengan air wuduk,semuanya berjalan teratur je...solat pun,santai je..
Bila bangun lambat!
Subhanallah!dah lewat!
Lompat katil,tak sempat nak mengeliat.,tak sempat nak masuk bilik air,turun tangga laju laju,terus panaskan lauk,panaskan nasi,buat air milo O,milo ais dan nescafe.Hidang serba ringkas...Naik ke atas untuk kejut suami dan anak2.Kesudahannya,letih,stres dan mula lah naik darah!

Adakalanya,sang ibu yang lewat hanya mampu minum milo O dan capai sekeping roti untuk alas perut.Bukannya tak de lauk berbaki tapi....tak de mood.Sejak awal hingga akhir,cemas dan stres!Dahi berpeluh2 dek mengejar masa yang suntuk.

Pernah juga,panaskan nasi di tungku dapur,tidur sebentar dan bangun bila terhidu hangit sesuatu.Rumah penuh asap,dan nasi telah menjadi arang!hitam legam ..suami hanya menjeling terkilan.Aku buat muka tak bersalah..apa nak buat,tak kan nak pukul kita kan?tak sengaja.....

Baru2 ini ada terbaca berita di surat khabar,seorang isteri telah dipukul bertubi2 selama 20 minit gara2 tak bangun sahur.Kesian kan?hanya tak sedar untuk sahur,suami tergamak pukul isteri.Sejak 21thn kahwin,walaupun ada beberapa  kali terlajak tidur,suami hanya menjeling je,syukur tangan kaki tak singgah di tubuhku ini.Itulah sebabnya kita kena kahwin dengan suami berakal dan beriman!kalau setakat ada rupa tapi tak berakal dan tak beriman...itulah padahnya!

Sejak anak2 mula berpuasa,cabaran bangun pagi lebih mencabar!tak menang tangan menguruskan semua.Panaskan lauk pauk,hidangkan,buatkan air dan macam 2 lagi.Fuh!letih jadi emak ni,semua benda atas bahu...
Jika tak sedar,kesian anak2..pergi sekolah dengan perut kosong,pasti letih..tapi....
Apa nak dirisaukan,kanak2 kat Afrika tu lagi teruk!puasa bukan 12 jam,tapi...sepanjang hidup.Ok je...walaupun ada kematian dek tak makan,tapi itu adat lah,kalau dah setahun tak menjamah makanan yang berkhasiat.Memang sah lah mati kering,tambah lagi dengan air yang tak bersih,persekitaran yang kotor..pasti segala macam hama,kuman beranak pinak di keliling mereka.

Semuga esok dan esok dan esok....tiada lagi lambat bangun sahur.Kalau boleh nak bangun pukul 3 pagi!banyak perkara baik2 yang aku boleh buat demi ketakwaanku padanya.Semuga aku boleh dapat pengampunan darinya atas semua kesilapan dan dosa2 silam.

Semuga janji pada diri sendiri di tepati dan bukan janji di capati!





Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

MAJLIS KAHWIN