JOM TERAWIH!

SOLAT SUNAT DI BULAN RAMADHAN

Sebut je Terawih,semua orang tau solat sunat di bulan ramadhan,walaupun sunat banyak fadilat yang tersembunyi.Namun begitu,pahala puasa atau solat hanya ALLAH yang berhak menilainya.Kita manusia hanya melakukan suruhannya tanpa perlu pertikaikan siapa yang dapat pahala lebih atau kurang.Semua orang perlu jaga diri sendiri dan keluarga terdekat.Mudah2an,ramadhan kali ini yang paling sempurna dalam hidup kita.

Sudah masuk hari ke5 aku solat sunat terawih bersama masyarakat setempat,masjid dengan rumahku agak jauh juga.Lepas berbuka cepat2 kemas meja,solat maghrib dan terus ke masjid.Adakalanya,sampai awal dan adakalanya.....ngam2 je.

Suasana di masjid sama macam tahun2 lalu,ramai sungguh manusia hingga ke tangga!paling menarik hati,ada berbagai bagai ragam manusia kita boleh lihat disini.Ada yang bawa anak2,ada yang datang duduk2 sahaja sambil berborak terutama anak2 dara.Terkekeh kekeh ketawa dek gurauan yang tak sudah!Sesekali bunyi mercun yang kuat!sehingga anak2 dara ini melatah bagai!

Manusia keluar masuk,ada yang terbatal air wuduk,berjalan pantas bagai tak cukup tanah!ada yang berbaju bebek bertali halus berbaju dalam hitam,hanya ditutupi oleh sehelai kain telekung masih juga mampu hadir di tengah2 hiruk pikuk manusia.Ada yang tak mampu solat seperti biasa dan perlu duduk di kerusi ,akan terus duduk bagai tuan besar dari isyak ke solat sunat terawih!ustaz pernah ajar,orang yang tak mampu solat normal,tapi masih boleh berjalan ke sana  kemari tetap kena berdiri di awal solat sehingga selepas rukuk,sesudah rukuk barulah dia duduk sehingga habis solat.Tapi,kawan ni,duduk dari awal hingga akhir!hati ini jadi tak menentu,nak cakap takut orang marah atau aku tak perasan,mungkin dia berdiri atau sebaliknya.Aku bukan ambil tau,kadang2 kita dulu mula solat,adakalanya pula dia yang dulu angkat takbiratuhihram.Jadi kelibat perbuatan itu kita dapat lihat dari ekor mata sahaja.Ustaz pernah ajar,kita kena timba ilmu banyak2,jika tidak....kita macam kera sumbang!orang buat gini kita buat gitu.Nampak sangat kejahilan kita.

Sebentar tadi,aku solat seperti biasa,kiri aku ada 2 orang wanita,di sebelah kanan aku pula,ada beberapa orang jemaah yang lain.kebetulan hari ini,masjid lenggang...saf kami tak terlalu rapat.Persoalannya,orang kiri dan kanan tak berganjak,tiada tanda2 utk merapatkan saf,aku dan seorang jemaah terpaksa mengikut jemaah tepi kerana dia langsung tak mahu bergerak dari tempatnya.Masalahnya,sebelah aku lebarnya boleh muat seorang manusia.Mak cik di sebelah kanan,tetap sama tak berganjak!tetap di kedudukan terawal.Masalahnya,aku tak tau nak ikut siapa,kalau aku rapat kat makcik tu,tentu sebelah sana kosong!hati terdetik....sayang mereka ini,tak berlebih kurang.Dalam rumah ALLAH pun nak tunjuk sombong!mungkin dia kaya raya!tapi...kami orang kebanyakkan tak peduli pun,hukum tetap hukum.
Menarik lagi,belakang kami tinggal seorang wanita solat sendirian,puas di pujuk ke depan,dia buat dek je.....apa hukumnya tu?Pahala jemaah dah tentu LEBUR!pada aku baik dia solat kat rumah je,daripada datang tapi memberi masalah pada jemaah lain.Tak di tegur kita salah,di tegur buat tak tau...apa hukumnya tu?Dah pasti dosa sebab kita tak dapat tarik dia dalam saf,tak tau apa masalahnya,tak tahu hukum atau besar kepala?

Ahh!satu lagi....perkara yang kerap aku  lihat adalah....kaki!sana sini kaki ternampak,aduhai...nak khabor kita pun dalam solat,tawakkal aje le...nak buat macam mana?lain kali peringatan untuk diri sendiri,pakailah stokin agar tak terbatal solat gara2 kaki terjulur keluar dari kain.

Terawih solat sunat yang di tuntut,tak kiralah kita buat 8 rakaat atau 20 rakaat,tak menjadi masalah.Daripada tak buat baik le buat!dapat juga pahala untuk bekalan di hari muka.

Di luar,wah!riuh rendah!Pang! Pong! Pang! Pong!
Bunyi mercun memecah sunyi!Masalahnya,bunyi tu buat kita terperanjat!kita tengah asyik solat,tetiba....OPOCOT!
Dalam hati,kalau aku dapat bebudak yang main mercun tu,pasti aku piat telinga mereka.Susahkan orang je..
Kat balik tabir,kedengaran suara kanak2 berlari gembira,berbual mesra di sulami dengan gelak tawa.Rasa hati nak selak tabir...Oi!boleh diam tak?memekak je!boleh gitu?tak berhemah kan?tapi..sabar manusia ada hadnya...hehehe

Apa pun masalah keliling,solat tetap di teruskan,Suara imam2 muda,kedengaran mengalunkan ayat2 suci al qur an.Walau apa pun yang berlaku,imam2 akan terus sahaja membaca dari satu rakaat ke rakaat yang lain.Akhirnya...dengan masalah yang tak sudah,terawih selesai juga...

Assalamualaikum dan selamat malam

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK