DUNIA MAKIN PANAS!

DUNIA MAKIN HOT!


Sejak awal bulan lalu,kita di suakan  cerita2 penembak tepat mencari mangsa di sana sini.
Mula2 seorang guru agama di tembak di khalayak ramai semasa mengambil anaknya di hadapan sekolah.Wah!semua orang merasa takut dan rasa tak selamat.tapi...hidup tetap kena di teruskan.Itu pasti!hari2 kena keluar juga menguruskan rutin harian.Bayangkan,betapa ngerinya anak atau orang ramai yang menyaksikan kejadian itu.Pasti menjadi igauan ngeri dalam hidup.



TUP!TUP!
Terbaca pula seminggu kemudian seorang guru berbangsa India di tembak semasa pulang dari sekolah.Alahai...terlentuk lembek si mangsa,terkulai layu di sofa kereta.Wah!kecut perut juga lah kita sebentar,termenung sejenak merenung kehidupan di dunia yang semakin hangat.Tiada lagi nilai2 kasih sayang dalam hati penembak tepat,tiada lagi sekelumit belas ihsan si penembak tepat semasa menjalankan tugas menarik nyawa manusia.Sebelum ini,hanya malaikat izrail yang ALLAH tugaskan untuk menarik roh dari jasad,Tapi...sekarang,tanpa perlantikan rasmi,si penembak tepat dengan bergaya memulakan tugasan sebagai pembantu kepada malaikat yang sepatutnya bertugas.Bukan nak perlekehkan malaikat tapi..hakikatnya begitulah.Jika sebelum,kita di intai 100 hari sebelum di panggil pulang.Sekali sekala,malaikat akan memperlihatkan diri namun kita pasti abaikan kerana kita sendiri tak pasti siapakah dia?
Macam kenal,tapi..di mana..hanya ALLAH yang tahu.
TETAPI...sekarang,tak de angin tak de ribut,Tup tup...pang!mati dah satu nyawa di rentap oleh si penembak tepat dengan izin ALLAH jua.Ada hikmahnya juga,ada sebabnya juga....oleh itu.....
Jangan libatkan diri dengan mereka2 yang nakal di luar sana,jangan pinjam Ah Long,jangan berani2 menipu orang lain,jangan sekali kali mengambil hak orang lain.Bila keegoaan tercabar!pasti nyawa jadi taruhannya.


Terbaru....pengasas AmBank pula di tembak..
Ini antara contoh sahaja,sebenarnya banyak lagi cerita mengenainya.Pembunuhan kejam ada di mana2,sejak aku kecil hingga ke tua!bunuh dah jadi cerita biasa.Siapa dan di mana....hanya ALLAH sahaja yang maha mengetahui.Apa yang perlu kita lakukan....berdoalah agar kita bukan mangsa mereka.Jauhilah kita daripada golongan begini.Kita tak perlu layan mereka2 yang bakal memberi masalah pada kita.Undang2 dah tak lut bagi mereka.Undang2 Kat Malaysia dah tak menakutkan mereka.
Apa nak jadi?ramai sungguh penembak tepat berkeliaran di keliling kita.
Kita tak tau siapa mangsa selanjutnya.Mungkin kita mungkin si polan atau si polan?
Apa yang pasti,semua dah tak mustahil.kalau dulu,penjenayah takut pada polis,tapi sekarang......polis dah jadi kamcing dengan penjenayah.Ish,ish,ish.....maksud tersirat...1500 anggota polis terlibat dalam jenayah!
wah!hebatkan?kita harapkan pagar,tapi pagar makan padi.


Kita kena berhati2,semua ini tak mustahi terjadi kat kita,walaupun kita tak salah,mungkin maklumat yang salah juga bakal menarik nyawa mangsa berikutnya.
Siapa?hanya ALLAH sahaja yang maha mengetahui,kita hanya perlu doa agar semua ini tidak terjadi pada kita atau keluarga kita.

Dengar2,upah penembak tepat dah murah sekarang ni,kalau dulu mungkin harga sama nilai dengan nyawa.Tapi sekarang...tak lagi,semurah upah untuk menembak sama juga lah begitu murahnya nyawa manusia.Marah sahaja....tembak mati!sakit hati je.....tembak mati!
Mudah kan?Pang,Pang,Pang.....sekujur tubuh terbaring kaku tidak bergerak dan pendendam senang hati.
Kita juga biasa dengar...
kalau aku ikutkan hati,aku tembak ko!biar mati!senang hati aku....ish!geramnya....HUH!
Biasakan?ayat yang dah senonim dalam masyarakat kita.Marah je tembak mati!habis cerita...

Demi keselamatan kita,hindarkan berkawan dengan orang jahat,elakkan diri dari mereka,kalau boleh tak perlu ada urusan dengan mereka.Biarlah mereka dengan kehidupan mereka.Kita tak perlu pertikaikan...Lantak pi lah!
Tapi...dengar2 semua ini,sebab Ah Long.Kecuali pengasas AmBank tu,dengar2 citer RM300,000 punca utama.Hairan kan?duit sebanyak itu tak tercuit pun untuk mangsa yang kaya raya!tapi...tetap berakhir bila peluru menembusi tubuhnya.
Agak2 lah kan?berapa upah untuk membunuh beliau.RM10k,20k atau Rm100k?
Masa sekarang,pasti penembak tepat sedang bersukaria menikmati hasil kerjanya sebagai pencabut nyawa manusia!

(Oppss!hampir lupa...
Zahid Hamidi kata ini semua salah rakyat!kenapa lak rakyat?hehehe...mudah betul Zahid Hamidi memberi komen,siapa lah yang menyusun atur pentadbiran Negara.Rakyat ke Datok Wehhh?Datok pun apa kurangnya,samseng juga,mengunakan kekerasan pada rakyat yang ada hubungan cinta dengan anak gadisnya.Cuba menghalang cinta mereka dgn penumbok!ganas gila menteri Malaysia.Yang bengkeng yang sombong yang bongkak semua nya ada...cakap sikit,komen sikit...tangkap!mudahnya mereka bekerja,mengunakan kuasa veto hanya utk kepuasan sendiri.)

Mudah2an,kita terhindar dari semua ini,Mudah2an anak cucu kita tak mempunyai bakat sebagai penembak tepat!atau mudah2an anak cucu kita tak terjerumus dalam kancah masyarakat yang paling buruk ini.Apa yang perlu...hayatilah Al Quran dan sunnah Rasul,nescaya kita akan selamat.

Berharap juga,agar PDRM berjaya menangani semua ini,jadikanlah Malasysia negara yang aman sentosa agar kita boleh menghirup udara segar.agar anak2 kita boleh berlari bak kuda liar,boleh bermain dengan gembira bak burung terbang di awan.
Kasian...anak2 generasi mendatang.Hidup mereka tidak seperti kita.Zaman kita...bermain bersuka ria telah  menjadi rutin harian.Kemahiran hidup kita sangat tinggi.Tapi....anak cucu dan cicit kita akan hidup dalam sangkar emas!nampak gah!tapi..jiwa terseksa dan menakutkan..



Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?