BUFFET RAMADHAN

SELAMAT BERBUKA PUASA

Saban tahun,semua hotel2,semua kedai2 makan menyediakan buffet ramadhan.Ada berbagai pilihan,yang murah yang mahal..semua tersedia.Hotel2 5 bintang menyediakan menu yang perbagai,sebab tu harganya pun....melambung hingga kita sesak nafas!
Setakat sekepala RM100,itu dah biasa.Paling kokak pun,harga buffet ramadhan boleh jejak RM50 sekepala.
Zaman muda2 dulu,ada juga lah berbuka di hotel2 yang menyediakan menu yang banyak dan menyelerakan.Sejak dua menjak ni je,sejak kena pantau makan...aku dah tak minat nak berbuffet bagai.Lebih selesa si kedai2 yang biasa dengan menu yang biasa.Tambahan pula anak2 kecil aku ni cerewet sikit bab makan.Itu tak boleh ini tak  boleh...mereka ada menu berbuka tersendiri.

Kali terakhir berbuka gaya begini pada tahun lalu,dengan RM70 sekepala,hampir RM400 kami keluarkan untuk sekeluarga.Kami cuba untuk meletakkan diri di tengah2 keriuhan kawan2 yang lain.Menunya,usah katalah!melambak! macam2 ada...aku rasa hampir 100 jenis makanan yang tersedia. Itu pun aku hanya 'rasa rasa je'...mungkin lebih mungkin kurang,tak pasti.

Kami lewat datang,jadi meja kami agak jauh sedikit dari meja2 buffet itu,bila nak ambil makanan,kena berjalan jauh lah sikit.Kehulu kehilir..beratur panjang untuk ambil sesuatu hidangan.Pergi balik pergi balik...hari pun malam!anak2 kecil yang pastinya tak pandai duduk diam,hilang entah kemana.Habis masa cari anak,ambil makanan,ambil air...jalan2 cari makanan yang kita minat....tau2 maghrib terlepas!

Perut jadi sebu,dek terlewat makan.Bila dah sebu..tau2 aje le,muka pasti macam ayam berak kapur.Rasa mual,rasa seram sejuk dan berbagai2 lagi rasa tak selesa di badan.Apa sudah jadi?RM400 lebur begitu sahaja.Kami tak sesuai makan buffet sebab anak2 kami tak pemakan.Kami hanya makan,apa yang selesa buat kami.

Bila kawan2 tanya,tak makan di hotel?aku akan geleng kepala tanda tidak berminat,sampai satu tahaf.jika ada jemputan untuk buffet ramadhan,aku akan angkat tangan tinggi!
kamu sahaja lah yang pergi..saya dengan anak2 makan kat rumah,walaupun menu kami sambal sardin sekali pun!kami rela....untuk ke buffet ramadhan,belum sampai masanya lagi...
Tunggu lah...anak2 kami dah besar panjang,mungkin kami rasa selesa makan di tengah2 keriuhan manusia.Bukan anti sosial,tapi...tak selesa dan boleh buat kami tertutup nafsu makan.
Bukan tak pernah berbuka di luar,cuma caranya berbeza...cari kedai2 yang biasa,order dan makan dengan hidangan yang kami minat.Itu lebih tenang dan lebih bermakna.Makan tak berebut,tenang dan santai....

Ada juga pergi buffet atas jemputan,kami pergi seperti biasa,cuma agak lewat sikit.Orang dah ramai memenuhi meja.Panjang leher kami mencari meja kosong,tapi...hampa.Akhirnya,menumpang duduk di meja kawan.Aku terpaksa berkongsi dengan si kecil,sehingga aku rasa...sangat tak selesa.Untuk menikmati sebarang juadah,terpaksa beratur panjang meleret2 bak ular.Bila sampai giliran,juadah habis!untuk menunggu juadah sampai...masa dah terbuang begitu sahaja.Alang2 dah beratur,tak kan kita nak keluar dari barisan.Suka tak suka....dok le tercacak di tengah2 dewan.
Lain kali,saya tak mahu pergi tau,baik saya dok makan kat rumah je,kesian bebudak,putus suap...keluh aku pada suami.
Bukan tak bersyukur,tapi...rasa terkilan sikit,kalau nak ajak berbuka puasa,buatlah betul2,plan lah agar para tetamu selesa.Kami bukannya tak mampu nak makan sendiri.Tapi...untuk tak menghampakan jemputan,kami hadir wpun tak minat...jika terlalu ramai,apa lah sangat yang kami mampu makan.Masa berjalan,tau2 dah maghrib,tau2 dah isyak.Untuk mendapat makanan percuma,kami terpaksa menempuh semua ni,aku minta maaf lah...tak sanggup!kami makan jemput2 ikan bilis pun kami rela...asalkan kami selesa.

Seperti biasa,tahun ini juga ada jemputan buffet,siang2 aku dah kata...kamu pergilah,biar saya makan dengan anak2 je...
Seperti biasa juga,suami tak akan pergi kecuali majlis2 tertentu,setakat biasa2,kami akan berbuka di rumah sahaja.
Kelmarin,keluar ke bandar,kami berbuka di restoran..dengan hidangan yang sedikit,kami rasa gembira.Harga pun berpatutan jika di bandingkan makan di buffet hotel tempat kami menginap.Buffet untuk sekepala RM89 untuk dewasa dan RM45 untuk kanak2.Mahal kan?
Tapi...aku akan tetap sama,makan tak puas dan hati tak gembira.Makanan yang banyak dan berlecak buat aku rasa...KENYANG SEBELUM MAKAN.
Tak payah lah makan macam ni,tak sanggup!itulah ayat2 biasa yang sering aku ucapkan.Suami memahami dan kami gembira.Anak2 juga tak pernah meminta,mungkin mereka juga seperti aku,tak selesa.

Ada baik ada buruk buffet ini,kepada yang kaki makan.Aku rasa sesuai dan berbaloi.Kepada yang anak ramai macam aku ni,aku rasa...tak berbaloi,kebetulan anak2 aku tak pemakan,mereka hanya makan...makanan ruji mereka iaitu nasi dan lauk pauk biasa2 aje.Kuih muih atau apa jua makanan yang lain,masih tak dapat membuka selera mereka.Lagi pun.anak2 aku tak akan makan apa pun jika perut mereka dah kenyang!

Tak pandai membazir,tak pandai nak berlagak...kami tetap selesa berbuka dirumah.Walaupun ada hati nak makan buffet ramadhan,bila ingatkan balik suasana,keadaan tempat...
keputusan yang sepakat ialah....
lebih selesa berbuka di rumah bersama keluarga tercinta.

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH