BILA ANAK2 BERPUASA

PUASALAH ANAK2!

Sebut je puasa,kita pasti akan anggap serius,anak2 sekecil 5thn pun kita ajar berpuasa,lembik longlai anak2 tu kita kerjakan.Mesti puasa!kata kita selalu.
Anak2 yang tak tau apa2,akan menurut kata2 kita,Puasalah mereka,walaupun kita yakin mereka tak faham2 apa2 pun.Sekadar menahan lapar dah dahaga.

Dari anak sulong hingga anak bungsu!mereka ku ajar berpuasa seawal 5thn.Kebetulan,mereka berkait,bila yang pertama puasa,kedua mesti turut serta.Jika kedua tak berpuasa,yang sulong akan memberontak!menrenggek dari pagi sampai waktu berbuka.Itu lebih meletihkan kita melayan mereka.Boleh buat kita ringan tangan atau jadi hantu!
Bila dua2 puasa....rumah senyap tanpa bunyi bising dek keletihan.

Bila anak2 dah besar,mungkin kita tak perlu pantau puasa mereka kerana mereka sudah memahami tujuan dan matlamat berpuasa di bulan ramadhan.Tapi..anak2 kecil,setiap waktu merenggek minta makan.

Ibu,saya nak makan,saya lapar...bisik si kecil
Kenapa?tadikan dan sahur?tanyaku lagi
Saya lapar.....renggeknya
Oklah!sekali je tau!kataku tanda setuju
Horrey!saya dapat makan!jeritnya.Suara gembira itu buat si abang pula datang dah meminta perkara yang sama.Aduhai...sebab tu dua2 kena puasa!kalau seorang tak berpuasa seorang lagi pasti merenggek minta berbuka awal.
Akhirnya...dua2 menjamu selera tanpa rasa bersalah!sakit hati juga lihat gelagat si abang,umur dah 9thn tapi..masih tetap nak keadilan dan berlawan dengan si adik.

Aku tak bekeras kerana ramai ustaz2 kata...puasa kita titik beratkan,tapi solat?kita pandang sepi.Tak ada paksaan, walhal,solat itu lebih penting daripada puasa,Bila mereka rajin dan tau solat itu tiang agama.Secara semulajadi mereka pasti berpuasa.Jarang orang bersolat tak berpuasa.

Atas sebab2 begitu,aku rasa...biarlah mereka menikmati zaman kecil mereka tanpa paksaan,Sebaik mungkin,setiap perlakuan yang kita ajar turut di susuli dengan penerangan dan sebab musababnya.Tanpa penerangan yang terperinci,anak2 kita akan membesar seperti robot!puasa,solat seperti dah di programkan namun...mereka sendiri tak tau mengapa dan kenapa perlu solat dan puasa di bulan ramadhan.

Bukan mudah nak didik anak2 zaman sekarang.Mereka lebih cerdik daripada kita...jika dulu,ibubapa hanya kerah sahaja,kita lakukan tanpa banyak cakap!sekarang ni,suruhan perlu di sertakan dengan sebab musabab,bukan hanya omong kosong!Tanpa alasan menasabah,mereka akan anggap suruhan kita bagai angin lalu..........Masuk kanan keluar kiri!

Jika sayang anak2,pastikan anak2 kita tak kita seret ke NERAKA!kalau boleh biar kita semua berkumpul di sana nanti dan hidup aman damai.

Puasalah nak,puasalah bila sampai masanya.Ramadhan datang setahun sekali,entah esok entah lusa..kita akan di jemput tuhan,dan kita tak dapat menikmati puasa di bulan ramadhan yang begitu banyak fadhilatnya.Rugilah jika ramadhan ini,kita tak dapat keampunan dari allah atas dosa2 yang lalu.Walaupun kamu semua masih muda,jangan jadikan alasan,muda hanya sekali,tua pasti akan datang kepadamu,Pesan ibu,lakukanlah apa jua yang ALLAH suruh dan tinggalkan apa jua yang ALLAH tegah!ingat ya....

ALASAN PALING SENONIM YANG KERAP AKU KATAKAN IALAH
ORANG KAT AFRIKA TU TAK MAKAN BUKAN 12 JAM!TAPI BERBULAN2,HIDUP JE...TAK ADA APA2 BERLAKU SELAGI ALLAH TAK MENGINGINKANNYA.KAMU HANYA TAK MAKAN TAK SAMPAI 12JAM PUN DAH KECUH!CITTT!

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?