BIBIK SUWARNI

BIBIK,AMAH,PEMBANTU merangkap PA kami...

Beliau mula berkerja dengan kakak 13thn yang lalu,masa tu kami ambil untuk tolong urus TASKA.Beliau bertugas sebagai pembantu am dan tidak bertugas sebagai pengasuh.Kenali beliau sejak sekian lama,buat hati tersentuh juga bila dia nak menamatkan tugasan untuk pulang ke kampung.

Bibik nak balik ke?tanyaku
Yalah...anak kita suruh balik jawapnya
Dah banyak duit?tanyaku lagi
Tak de le..tapi..cukuplah,kita ada beli tanah sikit,boleh lah tanam2 cili serai jawapnya penuh yakin.
Terpulang lah bibik,kalau bibik rasa nak datang semula,pintu rumah ni terbuka luas,kalau ibu Zizah tak mahu pun,Bibik boleh kerja dengan aku atau orang lain jawapku lagi
Terima kasih Ibu..(ibu,panggilan mesra utk kami)

Beliau yang aku kenali,amanah,baik dan suka melayan kanak2.Telah bersama anak2 kami dari kecil hingga ke besar.Telah mengadap 3 kematian orang2 yang kami sayangi.Beliau bersama2 membanting tulang membantu apa yang patut dalam mengharungi kehidupan.Suka duka kami,beliau rasai sama.Jika dahulu tidak pandai memasak,setelah 13thn,masakan bibik tak mengecewakan.Asam pedas,kari dan sebagainya telah sebati dengan kami.Walaupun bertindak sebagai pembantu,beliau tetap dapat menyudahkan menu harian dengan perisa yang sama dengan selera kami.Teh tarik,nescafe dan kopi O...Fuh!usah cakap banyak lah!buatan Bibik  adalah yang terbaik!

Bila balik sahaja ke rumah kakak
Ibu nak minum apa?tanyanya selalu
Teh Tarik lah!jawapku.Bibik tau ragamku sebagai pengidap diabetes control.Dia akan letakkan setengah cawan untuk ku minum.
Anak2 juga lebih mesra dengannya,almaklum...sejak umur 2thn beliau telah menjaga mereka di Taska sehingga sekarang anak2 telah menginjak ke remaja.Semua berada di bawah pengawasannya.
Yang paling tak boleh di lupai,suaranya.Kecil dan nyaring!
Masa mula2 jumpa,aku tersenyum tersipu menahan gelihati sebab suaranya pelik semacam.
Kenapa ibu ketawa?tanyanya
Tak de apa lah jawap aku sambil menahan tawa
Alaaaa,kita tau suara kita macam carton kan?kawan2 kita semua cakap macam tu..jawapnya
Bibik cakap ya,aku tak cakap.Tapi memang macam carton lah Bik!derai kami terhambur bersama.

Semasa di Taska,semua keperluan anak2 Bibik lah yang menjaganya,walaupun sebumbung,kami ada tugasan masing2 dan jarang dapat bertemu.Kami hanya berjumpa ketika waktu pulang sahaja.Selebihnya,Bibik lah yang memantau keperluan anak2.Terima kasih Bik...

Banyak kenangan bersamanya,siapa pun beliau,sebagai manusia kita wajar mengingati setiap kebaikan yang di berikan.walaupun kita beri duit dan barangan,tapi..masih tak mencukupi sehinggalah kita mengucapkan terima kasih khas untuk nya.

Bibik,terima kasih sebab tolong jaga anak2 semasa mereka kecil2.Kami akan kenang kebaikan yang Bibik beri buat kami.Insyaallah,jika Bibik nak berkerja kembali,kami sudi menerima seadanya Bibik dala, hidup kami.Pulang lah...anak2 Bibik pun memerlukan belaian kasih Bibik,bila telah bersedia untuk kembali ke Malaysia.Bibik hanya perlu telefon dan semuanya selesai.Semuga Bibik di kurniakan kesihatan yang baik dan dapat menjalani kehidupan di Indonesia dengan lebih sempurna di samping anak2 dan cucu.Kami akan sentiasa merindui Bibik..

WE  LOVE  U  BIK

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK