BERAKHIRNYA RAMADHAN

SEDIH?ATAU BIASA BIASA SAHAJA?

Lagi beberapa  hari saja lagi,ramadhan akan pergi,di gantikan dengan syawal dan seterusnya bulan2 islam yang lain.
Pantas kan  masa berlalu,sekelip mata....hampir tamat bulan puasa kita.Pejam celik pejam celik....dah habis tempoh makan siang kita.

Semua orang mahu lakukan yang terbaik!semua orang impikan sesuatu dari ALLAH.Rugilah jika kita tak dapat keampunan dari tuhan,bulan inilah keampunan ALLAH berikan pada setiap yang memohon.Rugilah jika dalam bulan ini,kita gagal ubah diri.Rugilah...dalam bulan ini, orang lain mengejar pahala,kita pula leka mengejar dunia.Rugilah....

Lagi beberapa hari sahaja,raya bakal menjelma.Raya menandakan tamatnya tempoh berpuasa dan kita raikan sebagai kemenangan kita menahan lapar dan dahaga.Ikhlas aku nak kata...puasa tahun ini,lebih baik dari tahun2 lalu.Nak tau kenapa?aku berjaya meluangkan masa pergi tadaruss bersama2 rakan seperjuangan yang lain.Bukan pembaca al qur an yang baik,tapi..aku tak malu nak mencuba.Kalau tahun2 lalu,aku rasa berat hati nak melangkah ke masjid.Tahun ini,aku jadikan ianya rutin harian selama aku masih 'bersih.'
Apa komen rakan2,aku buat tak tahu,aku cekalkan hati,walaupun bacaan tidak semerdu Qari,namun...aku tetap mahu mengalunkan suara di tengah2 masjid.Aku tahu...ALLAH pasti mendengarnya.Aku berharap agar ALLAH mengampuni semua kesilapanku,mengampuni kedua ibubapaku ,kedua ibubapa mertuaku,suami ku dan anak2ku.Aku juga berharap agar ALLAH memberi aku peluang untuk bertemu ramadhan di tahun hadapan dan seterusnya.Banyak sungguh kesilapan yang tak tertebus.Aku mohon agar ALLAH memberi peluang untuk aku membaiki diri sebelum bertemu dengannya.Matikan aku dengan iman ya ALLAH.

10 hari terakhir,adalah malam2 penting untuk sesiapa yang berusaha untuk berjumpa Lailatuqadar.Walaupun hati kecil rasa tak layak,tapi..tak salah kita berharap.Semua aku juga berpeluang berjumpa malam penuh barakah itu.Aku akan sentiasa berprasangka baik pada Tuhan,Siapa pun kita....selagi kita mengucap,selagi kita ingat ALLAH,selagi kita lakukan apa yang patut sebagai seorang islam.selagi itulah....kita kena yakin,ALLAH sayang kita,ALLAH akan pandang kita...kalau ALLAH tak tunaikan hajat kita sekarang,pasti dimasa akan datang ALLAH pasti akan tunaikan selagi permintaan kita itu kita berulang kali memohon tanpa jemu.Pohonlah dengan suara yang bergetar,yang lembut seolah2 kita berbicara dengan kekasih,tuturlah dalam bahasa yang kita sendiri faham seandainya bacaan jawi kita cukup lemah!ucapkanlah seribu pujian kepada sang pencipta dan Rasullullah.Berilah pujian melangit jika kita mahu doa kita itu di dengari oleh ALLAH.Dengan suara mendayu,kita mintalah apa sahaja kerana ALLAH maha mendengar.

Di sebabkan masa terlalu pantas berlalu,kita tak rasa terlalu sukar berpuasa menahan lapar dan dahaga di samping mengawal nafsu2 yang lain.Anak2 seawal 5thn pun masih mampu melakukan ibadat ini,tanpa sebarang kemudaratan.Apa yang pasti....doa agar kita dapat melakukan ibadat dengan penuh takwa.

SAHAJA AKU BERPUASA ESOK HARI DI BULAN RAMADHAN KERANA ALLAH TAALA...akan kita ucapkan lagi di tahun hadapan.Apakah kita sempat berjumpa tahun depan?apakah kita masih sihat untuk melakukannya?
Mudah2an...
Kita masih berdiri teguh dan mampu menanti ramadhan yang akan datang.Aamin...



Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?