BAZAR RAMADHAN

JOM!
Sebut sahaja BAZAR RAMADHAN,fikiran kita pasti tertumpu  pada beranika jenis makanan.Aku jarang ke bazar atas sebab tertentu.Bukan nak mengutuk,tapi..pernah beli sambal udang,tapi...hampa!Udang busuk!mahal je boleh di harap,tapi sebaik sampai rumah!rasa nak terbang pergi gerai tersebut!Rasa nak baling je udang busuk tu!HUH!

Sebut sahaja BAZAR RAMADHAN,pernah beli ayam percik,aromanya memikat jiwa,sebaik sampai di rumah,luar panas tapi isinya dingin dan membeku!sakitnya hati...tak tergamak nak makan,dek takut sakit perut.Akhirnya...ayam tu masuk tong sampah!

Sebut sahaja BAZAR RAMADHAN,pernah beli kuih muih,sampai di rumah...tawar hebih!tak rasa apa2 pun,gula,garam,lemak semua hilang ke laut!tak tau bagaimana peniaga2 ni buat kuih.Kalau setakat nak terima alasan puasa,apa kita peduli?kita dah bayar mahal2,kita tak akan fikir langsung masalah mereka!

Pendek kata,banyak sungguh pengalaman kita semua dengan BAZAR RAMADHAN,indah khabar dari rupa!warna kuih bak pelangi,tapi..tak rasa apa2 pun!sayangnya duit,bila tengok kuih2 tu terpaksa di buang ke dalam tong sampah!

Untuk permulaan,hari pertama puasa,kami merancang untuk ke BAZAR RAMADHAN,setiap kami akan membeli apa yang kami ingin makan.Suami pilih kambing briani,anak sulung pilih ikan bakar,anak bujang pilih Roti John,anak2 kecil pula memilih KFC!sementara aku...hanya memilih untuk berkongsi makanan dengan mereka.

Berbungkal plastik kami usung pulang ke rumah.Sebaik sampai di rumah,penuh satu meja!tak tahu nak makan apa selepas azan nanti.Tunggu je le..

Bila azan berkemundang di udara,kami terus menjamu selera dengan hati gembira.Makan dan terus makan,sehingga satu tahaf,perut dah tak boleh terima makanan lagi.Kami tak banyak makan sebenarnya,tapi dek nafsu menguasai akal!maka..pembaziran telah berlaku.Banyak makanan akhirnya masuk tong sampah!nak simpan esok,siapa  pula nak makan?Kalau ada bela ayam,pasti kita boleh jamu ayam.Tapi..orang dok bandar macam kami ni,mana lah nak cari ayam bagai.Akhirnya kami terperangkap dengan nafsu sendiri.Hari pertama,kami telah gagal membendung nafsu makan kami,perbuatan kami pasti mendatangkan kemurkaan pada ALLAH.Pembaziran amalan SYAITAN!kata emak saban kali nampak kami beli macam2 sempena ramadhan.

Hari ini,kami lebih berhemah,beli sikit je,bukan kedekut tapi menyekat nafsu mata.Semalam beli mertabak 4 keping,hari ini 2 je...jika semalam beli kuih talam 4 keping,hari ini 2 je....cukup le tu..kata saya
Mungkin hari2 seterusnya,suruh suami je pergi seorang,lebih baik daripada aku meredah BAZAR RAMADHAN,melihat beranika makanan buat jiwa terseksa!
lebih baik tunggu sahaja apa yang ibu masak!jangan banyak songeh ya..kang pergi BAZAR beli entah apa2 tapi tak makan....

Opps!sebelum terlupa,Ustaz dalam rancangan Tanyalah Ustaz ada kata...pergi BAZAR RAMADHAN boleh buat pahala kurang!
Dengar tu bu...Pergi BAZAR boleh kurangkan pahala!kata Alif bersahaja.
Kenapa pulak?
Ustaz kata campur lelaki perempuan,buang masa dan membazir!
Dengar tu bu...jangan pergi lagi BAZAR kalau tak mahu pahala hilang!kata Alif lagi...Kebetulan anak2 aku ni cerewet sikit,tak suka asap ayam percik,tak suka lihat jalan berlecak,tak suka lihat makanan yang dia tak makan...BUSUK!katanya

Selain menahan lapar dan dahaga,kita juga berpuasa daripada menahan nafsu serakah!
Kalau setakat ayam percik!bubur bagai!kuih muih tapi tawar!udang besor tapi busuk!baik le kita berbuka dengan sebiji tamar....ikut sunnah nabi dapat pahala,daripada bagi kat deme duit untuk jadi kaya raya!kita yang merana....huhuhu





Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?