ANAK KECIL KITA TIMANG,SUDAH BESAR?HUH!

KISAH IBUBAPA DAN ANAK

STATUS INI,AKU KUTIP DARI FB,CUKUP SEKADAR RENUNGAN BERSAMA:(
Kepada bakal-bakal jemaah haji yg menjadi pembimbing warga tua baik ibu bapa sendiri mahupun mertua, sedarlah bahawa jemputan untuk menjadi tetamu Allah datang melalui org tua kita. Tanggungjawab kita adalah tersangat besar kepada mereka. Kita harus menggalas usaha yg berganda. Kita harus pastikan org tua kita dapat melakukan hajinya dgn sebaik disamping kita berusaha untuk diri kita sendiri juga.

Pastikan org tua kita juga tahu bagaimana menjaga kebersihan diri dan bersuci dgn sempurna. Jangan ambil sikap sambil lewa. Ini soal ibadah. Kalau org tua kita tak mampu, kita yg harus mengikut ke tandas utk flush toilet atau membersihkan dia dan sebagainya. Jangan dimarah-marah, diherdik-herdik dan dipukul org tua kita. Sedih sangat. Kita di tanah suci Allah. Masihkah kita rasakan diri kita hebat? 

Seboleh-bolehnya, jangan diserahkan org tua kita kepada pihak tabung haji sepanjang waktu kemuncak haji di Arafah, Mudzalifah dan Mina kecuali atas perkara-perkara yg tak dapat kita elakkan macam sakit atau sebagainya. Bukankah dapat menunaikan ibadah haji bersama org tua kita adalah anugerah Allah yang paling indah? Jangan kerana terkejarkan pahala untuk diri sendiri, dosa sebaliknya yang kita dapat. Wallahualam.

Bukan tujuan untuk membuka aib sesiapa tetapi sekadar peringatan sesama sendiri agar kita tak tersasar dari tujuan utama iaitu mendapatkan haji yg mabrur dan keredhaan Allah pastinya. 

Bila baca status kat atas,rasa terkilan dengan sikap anak2.Kecil mereka kita tatang bagai menatang minyak yang penuh!dah besar panjang....inikah sikap yang patut mereka tunjuk pada ibubapa?Semasa kecil,setiap tumbesaran mereka ibubapa perhatikan,mencatat dalam fikiran..anak ini pandai berjalan tika umur sekian,tumbuh gigi umur sekian...bila dah besar,patutkah sikap begini yang mereka tunjukkan?Sedihkan?ibubapa tersebut mesti sedih,mesti kecewa,mesti menrintih dalam hati.Anak yang kita jaga sekian lama,melayan kita umpama sampah!Wajarkah?

Kepada anak2 sekian,siapa pun ibubapa kamu.Hargailah mereka.walaupun tiada harta,tiada rupa dek ketuaan,jangan pandang mereka sebelah mata,mereka adalah insan yang telah menjaga,mendidik dan memberi kasih sayang sehingga kamu selamat dan membesar dalam persekitaran yang selamat.Cuba bayangkan, anak2 yang di campak dari flat tinggi,di sumbat dalam tangki najis,di bunuh atau di campak di mana2...Bayangkan jika ibubapa kamu tak mahu melihat wajah mongel kamu,tak sudi menyusukan kamu atau membiarkan kamu sendirian di kala kamu sendiri tak mengerti apa2 pun...Cuba letakkan diri kamu dalam keadaan itu,kamu sendiri akan sedar,kehidupan kamu adalah yang terbaik bersama ibubapa yang telah ALLAH tetapkan sejak azali lagi.

Setiap ibubapa tidak pernah memikirkan balasan,cukup sekadar kamu membesar menjadi insan berguna di dunia dan di akhirat.Menjadi insan yang berakal dan beriman serta menjadi anak2 yang soleh dan solehah.

Jangan jadi seperti anak di atas,dia telah mencampakkan dirinya sendiri ke dalam api neraka.Membiarkan dirinya sendiri menempah kesusahan di akhirat kelak.Hanya dengan sikap acuh tak acuh kepada ibubapanya sendiri,dia lupa pada janji ALLAH.Syurga di bawah tapak kaki ibu.Memandang muka seorang ibu pahalanya sama dengan memandang kaabah!Jika kita tak kesempatan memandang kaabah,kita boleh tukarkan dengan memandang wajah tua seorang ibu yang telah mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari.Usahlah di herdik atau di jengkelkan,kerana hati mereka cepat terusik.Lahirnya kita di dunia,umpama mendapat harta bergunung!walhal...lahirnya kita di dunia,secara tak langsung telah menambah kerja mereka,menambah belanja rumahtangga mereka dan menganggu kehidupan santai mereka.Oleh itu,hargailah ibubapa selagi mereka ada,jika tidak....kamu akan menyesal di kemudian hari!BF dab Gf boleh di cari,ibubapa tiada galang gantinya.
Fikir fikirkanlah...

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK