Posts

Showing posts from July, 2013

TAK ADA BAJU RAYA!

PELIK DAN TAK MERIAH

Tahun ini,kami tak ada baju raya.Maksud aku baju tradisional.Baju kasual,aku sediakan juga sepasang dua.
Tahun ini tak ada baju raya ya anak2...kata2 amaran dari menteri kewangan.
Habis nak pakai baju apa?tanya mereka
Baju pergi umrah itu hari...jangan membazir,jubah2 tu pakai sekali dua je...masih elok lagi kataku
Ok...jawap anak sulongku
Tapi...belikan lah tudung ke apa ke...katanya lagi
Ok...beli beg atau kasut je kataku lagi

Bukan tak mampu,tapi...rasa membazir pula.Baju kurung lama masih elok tersimpan,ada setengah tu hanya pakai sekali sekala.Rasa bersalah juga,dah takut mendapat kemurkaan ALLAH.Membazirkan amalan syaitan!sebab tu...nak elak dari membazir dengan perkara2 yang tak berfaedah.Anak2 pun sama,setakat baju kurung,masih ada pilihan dalam almari baju mereka.Asalkan bersih itu sudah memadai.

Ibu!tahun ni rasa macam tak meriah kan?tanya anakku
Kenapa pula?tanyaku pelik
Ialah..baju kurung tak ada yang baru...jawapnya
Tak semestinya,baju2 tu masih elok…

BUFFET RAMADHAN

SELAMAT BERBUKA PUASA

Saban tahun,semua hotel2,semua kedai2 makan menyediakan buffet ramadhan.Ada berbagai pilihan,yang murah yang mahal..semua tersedia.Hotel2 5 bintang menyediakan menu yang perbagai,sebab tu harganya pun....melambung hingga kita sesak nafas!
Setakat sekepala RM100,itu dah biasa.Paling kokak pun,harga buffet ramadhan boleh jejak RM50 sekepala.
Zaman muda2 dulu,ada juga lah berbuka di hotel2 yang menyediakan menu yang banyak dan menyelerakan.Sejak dua menjak ni je,sejak kena pantau makan...aku dah tak minat nak berbuffet bagai.Lebih selesa si kedai2 yang biasa dengan menu yang biasa.Tambahan pula anak2 kecil aku ni cerewet sikit bab makan.Itu tak boleh ini tak  boleh...mereka ada menu berbuka tersendiri.

Kali terakhir berbuka gaya begini pada tahun lalu,dengan RM70 sekepala,hampir RM400 kami keluarkan untuk sekeluarga.Kami cuba untuk meletakkan diri di tengah2 keriuhan kawan2 yang lain.Menunya,usah katalah!melambak! macam2 ada...aku rasa hampir 100 jenis makanan yang …

BERAKHIRNYA RAMADHAN

SEDIH?ATAU BIASA BIASA SAHAJA?

Lagi beberapa  hari saja lagi,ramadhan akan pergi,di gantikan dengan syawal dan seterusnya bulan2 islam yang lain.
Pantas kan  masa berlalu,sekelip mata....hampir tamat bulan puasa kita.Pejam celik pejam celik....dah habis tempoh makan siang kita.

Semua orang mahu lakukan yang terbaik!semua orang impikan sesuatu dari ALLAH.Rugilah jika kita tak dapat keampunan dari tuhan,bulan inilah keampunan ALLAH berikan pada setiap yang memohon.Rugilah jika dalam bulan ini,kita gagal ubah diri.Rugilah...dalam bulan ini, orang lain mengejar pahala,kita pula leka mengejar dunia.Rugilah....

Lagi beberapa hari sahaja,raya bakal menjelma.Raya menandakan tamatnya tempoh berpuasa dan kita raikan sebagai kemenangan kita menahan lapar dan dahaga.Ikhlas aku nak kata...puasa tahun ini,lebih baik dari tahun2 lalu.Nak tau kenapa?aku berjaya meluangkan masa pergi tadaruss bersama2 rakan seperjuangan yang lain.Bukan pembaca al qur an yang baik,tapi..aku tak malu nak mencuba.Kalau t…

BINATANG PELIHARAAN KITA..

Image
ANJING ATAU KUCING ATAU LAIN2

Jika dahulu,orang Melayu binatang peliharaannya ialah kucing,orang China,India dan lain2..anjing jadi pilihan.Tapi.......................tu duluuuuuuu....Zaman 2013,keadaan dah berubah.Orang melayu dah ada yang pilih anjing sebagai binatang peliharaan.Orang Melayu sekarang rasa bangga bila peluk anjing dari kucing.Orang Melayu sekarang dah tak dengar perintah ALLAH.Orang Melayu sekarang dah bijak pandai,bagi mereka Islam agama kuno.Tu tak boleh,ini tak boleh.....BORINGGGGG

Rasa terpegun melihat orang Melayu sekarang,maju dan bergaya.Kehulu kehilir...membawa nama,keturunan dan bangsa sebagai ORANG MELAYU ISLAM.Tapi...itu dalam IC je.kat luar...nama Melayu sudah tukar seakan akan orang putih..Rokiah lebih selesa di panggil Rocky.Ismail pula lebih selesa di panggil mell,bergulung le lidah nak menyebutnya.terpusing kiri kanan nak menyebut nama2 moden tu.

Melayu,melayu...mudah sungguh anda melupai asal usul.Dari kecil,kita di ajar..
ALLAH kita satu
Islam agama…

DUNIA MAKIN PANAS!

Image
DUNIA MAKIN HOT!


Sejak awal bulan lalu,kita di suakan  cerita2 penembak tepat mencari mangsa di sana sini.
Mula2 seorang guru agama di tembak di khalayak ramai semasa mengambil anaknya di hadapan sekolah.Wah!semua orang merasa takut dan rasa tak selamat.tapi...hidup tetap kena di teruskan.Itu pasti!hari2 kena keluar juga menguruskan rutin harian.Bayangkan,betapa ngerinya anak atau orang ramai yang menyaksikan kejadian itu.Pasti menjadi igauan ngeri dalam hidup.



TUP!TUP!
Terbaca pula seminggu kemudian seorang guru berbangsa India di tembak semasa pulang dari sekolah.Alahai...terlentuk lembek si mangsa,terkulai layu di sofa kereta.Wah!kecut perut juga lah kita sebentar,termenung sejenak merenung kehidupan di dunia yang semakin hangat.Tiada lagi nilai2 kasih sayang dalam hati penembak tepat,tiada lagi sekelumit belas ihsan si penembak tepat semasa menjalankan tugas menarik nyawa manusia.Sebelum ini,hanya malaikat izrail yang ALLAH tugaskan untuk menarik roh dari jasad,Tapi...sekarang,tan…

MENGAJAR ANAK SOLAT

GI SOLAT!CEPAT!

Rasa2nya ramai yang punya pengalaman mengajar anak solat.Seawal 7 tahun,anak di biasakan solat tanpa denda,tanpa kekasaran.Didikan awal hanya mengenalkan sahaja kepada mereka apa itu solat.Mengajar mereka ayat2 yang wajib di baca dalam solat.Mujur aku hantar anak2 ke sekolah agama.Mudah sikit dan aku tak perlu untuk mengajar kerana ustaz dan ustazah telah membantu.
Seawal 7thn di ajar,seawal 10thn...rotan sebagai alat bantuan.

Alif!solat!sekarang ni baru 7thn...tunggulah 10thn....zasss!ibu tak cakap banyak2,tau2 rotan dah kena kat belakang...pesanku pada anak lelaki bongsu ku ini.
Alif faham kerana dia mempunyai asas pendidikan sekolah agama.Adakalanya,dia sendiri yang bercakap dengan aku apa jua yang dia pelajari di sekolah.Ibu,ustaz kata itu ustaz kata ini..
Alhamdulillah sungguh banyak bantuan dari para guru dalam pembelajaran anak2.Mereka sabar mengajar anak2 menghafal berbagai2 ayat Al Qur an,rasanya tak terbalas jasa mereka.
Ibu,saya dah pandai baca surah al fati…

FATWA MUFTI LAWAN PENDAPAT SI DARA

Image
BOLEH TAK BOLEH?


APA CER?
BOLEH ATAU TAK BOLEH?
BIAR BETUL KALAU BOLEH?
BIAR BETUL SEANDAINYA DI BENARKAN DAN.....
BENARLAH BISIK2 LIAR KEDENGARAN
KELUAR FATWA TAPI.....
SENDIRI TAK MENGHORMATI.
SENDIRI CAKAP SENDIRI BIKIN
SENDIRI BUANG!
HUH!

WALAUPUN BARU URA2,TAK MUSTAHIL FATWA DI LETAK DI TAPAK KAKI.MALU PADA DIRI SENDIRI APABILA FATWA MUFTI BOLEH DIGANTI2,BOLEH DI TUKAR IKUT SUKAHATI!
BERPEGANG TEGUH LAH PADA PRINSIP DIRI, DAH KELUAR FATWA MENGATAKAN TAK BOLEH!MAKA....JAWAPANNYA PASTILAH TAK BOLEH SAMPAI BILA2!SIAPA PUN MEREKA,JANGAN TERLALU SIBUK NAK MENGAMBIL HATI..TERUSKANLAH APA YANG TELAH DI WARTAKAN.ISLAM TAK BENARKAN KECANTIKKAN WANITA DI PERTANDINGKAN,AURAT DI PERTONTONKAN DI KHALAYAK RAMAI.DEK KEJAHILAN.....
TANGGUNGLAG SENDIRI DI AKHIRAT NANTI

AKU TAK CAMPOQQQQ!


SELAMAT HARI LAHIR BUAT SI KECIL

Image
AALIYA DAH BESAR!

24hb Julai 2013,adalah tarikh kelahiran Aaliya Farhah,si bongsu aku yang keletah.Hari2 tanya bila hari jadi saya?kenapa saya lahir lambat sangat?bila nak sambut hari jadi saya?dan macam2 soalan yang berkaitan.

Yang aku kesali,sampai masa,aku lupa!
Bukan main2,bukan suka2....tapi....memang lupa!
Balik dari sekolah.aku terpandang angka 24 di dada akhbar.Dalam hati...24 tu macam ada kena mengena dengan seseorang.

Dik,hari ini hari apa?tanya aku pada si cilik
24 ibu,tadi saya nampak cikgu tulis jawapnya
Dik,hari ini hari jadi adik lah!kata saya
Dia yang terkejut,turut tercopong mulut...sebaik tahu 24hb adalah hari lahirnya.
Saya lupa lah!katanya(Walhal,hari2 dia tunggu detik bersejarah ini,hari2 ini...dia merungut,lambatnya hari lahir saya....bila sampai masanya,tak seorang pun mengingatinya)
Alahai....kenapa aku tak ingat,nampak sangat aku dah tua,pelupa dan dah tak daya nak ingat segala.

Ibu nak bagi saya apa?tanyanya lagi
Ibu mampu bagi doa je,nanti tengahari,ibu baca…

SELAMAT HARI RAYA 3

SHOOPING SAKAN!

Seperti tahun2 lalu,aku beli awal baju2 anak2 agar tak serabut fikiran.Al maklum,anak aku ramai,kalau nak siapkan dalam satu masa.Alamatnya.....pengsan ditengah jalan. Seperti tahun2 lalu juga,baju2 tradisional tetap jadi pilihan,walaupun tak mahal,tetap berganti.Pagi raya sedondon warna,raya ke2 juga dengan tema warna yang lebih kurang.Raya ke 3,biasanya dah pakai baju kasual je.Tak larat nak sediakan baju2 kurung sebab jarang pakai.Kasut,tudung dan lain2 tetap menjadi agenda utama sebelum sambut raya! Seperti tahun2 lalu juga,kuih muih tetap di beli walaupun ala kadar,kuih tat,kuih kacang dan lain2,tetap menjadi tarikan utama sebagai persediaan di pagi raya.
Namun begitu,tahun ini,bukan tak ada bajet tapi sengaja mengambil langkah berjimat cermat. Ibu tak beli baju raya ke?tanya Aina Tak....baju pergi umrah tu kan ada,guna sekejap je....kataku Belilah...pagi raya pun cukup le...rayunya Tak mahu lah!kalau nak beli pun,belilah barangan lain..beg atau persiapan2 yang la…

RATU CANTIK MALAYSIA

Image
ADA2 AJE...

Sebenarnya,aku tak ikuti isu macam ni,bukan apa...tak minat nak ambil tau pun,lagi pun..aku dah lama tak baca paper.Sejak bertahun2 aku dah tak beli paper bagai.Yang aku beli sesekali je paper yang paling santaiiiii...iaitu METRO.Faham kan?beritanya ringan,tak payah banyak fikir...tajuk je dah buat kita kelam kabut nak baca.WANITA CELAKA SUAMI BUNUH,ANAK DERHAKA dan berbagai2 lagi tajuk2 menarik yang saban hari terpampang di dada akhbar itu.Lagi jauh kita dah dapat baca tajuk2 utamanya.Kebanyakkannya...isu masyarakat le..

Dalam pada itu,blog2 di internetlah tempat mencari berita terkini,hiburan sensasi!
Tetiba....bola mata hitamku terbaca isu ini
PESERTA RATU CANTIK PERTIKAI MUFTI!
4 peserta wanita melayu islam telah tersingkir daripada menyertai pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World.Mereka2 itu adalah
Wafa Johanna De Corte,Sara Amelia Bernard,Khatrina Rizuan dan Miera Sheikh.Kesemuanya dalam usia awal 20an.Mereka di gugurkan setelah di tegur oleh Mufti Wilayah Pers…

BERITA TERKINI

Image
ANAK LEMAS DALAM KERETA?



Nampak tak gambar ini?ada terbaca tak berita mengenainya?
Subhanallah kenapa harus jadi begini?
Anak mati lemas dalam kereta sendiri?
Pelik kan?walaupun kita percaya pada takdir ALLAH.Tapi mengapa perkara seperti ini patut terjadi?Masukan anak ke dalam kereta tak kala tengah tidur,kemudian terus ke tempat kerja,dah terus keluar tanpa memeriksa keadaan dalam kereta.Selalunya kita akan memandang kali terakhir kereta kita sebelum pergi kemana sahaja.Aku punya anak 5,semua anak2 aku membesar sewaktu aku sibuk bekerja.Pagi pergi malam baru balik ke rumah.Aku kena hantar 3 anak ke sekolah kebangsaan dan ke sekolah agama dalam satu waktu yang sama dah harus masuk kerja sebelum pukul 8 pagi,sebelum ke tempat kerja inilah rutin harian yang aku kena laku kan setiap hari.kebiasaannya sebelum kita tinggalkan kereta kita akan cuba menarik pintu2 untuk pastikan keselamatan kenderaan kita agar tak hilang di curi orang.Sambil dukung anak yang kecil,sambil bawa beg kiri kanan,…

SELAMAT HARI RAYA 2

Image
RAYA,RAYA,RAYA...Kenangan lama

Kali ini,aku nak imbau balik cara orang kampung sambut raya.Mungkin aku di besarkan dari kalangan orang kebanyakan,tiada persiapan raya yang hebat2,hanya sekadarnya sahaja.Yang pasti...
rumah atok kena mandi minyak,rumah papan atok mesti di sapu minyak untuk menjaga dinding yang di buat dari papan agar tampak hebat dan tahan lama(anai2 tak sudi menyinggah).Tugas ini pastinya abang aku yang kena.Abang akan menyapu minyak di seluruh luar dan dalam rumah,mengecat pagar kayu di bawah rumah dan pastinya mengecat pasu2 bunga.Sebab tu,bila kita lalu di perkampungan lama,pasti nampak pasu2 di cat dan di susun kemas di halaman rumah.Ada berbagai kaler terutama biru muda!



Aku dan kakak,pastinya bertugas di dalam rumah,mengemas rumah dan memasang langsir.Tugas anak gadis tak seteruk abang.kami buat kerja yang sesuai dengan kemampuan kami sahaja.Kerja tambahan hanya membersihkan halaman yang telah di tetapkan untuk kami,tak raya pun,itulah rutin kami tiap minggu.Men…

BILA LAMBAT BANGUN!APTB

ALAMAK!LAMBAT BANGUN...

Sebelum tidur,kunci jam pukul 4.15 pagi.Waktu paling ngam untuk bersiap sedia solat sunat dan sediakan makanan untuk sahur.Untuk suami dan anak2 remaja,pastinya nasi putih dan lauk.Biasanya juga,lauk2 lebihan semalam atau aku goreng sambal sardin (menu paling ringkas)
Untuk anak kecik,ikut permintaan,roti atau bijirin sahaja.

Bila bangun dalam waktu begini,semua urusan mudah dan santai.
Dari awal puasa,inilah rutin hidup seorang ibu demi keluarga.
KRINGGGG!biasanya inilah bunyi yang awal akan kedengaran.Masalahnya,sebaik jam berbunyi ada seorang makhluk Tuhan akan tutupkan.Dalam kegelapan,Aaliya melompat katil untuk menutup bunyi itu.
Bila di tanya kenapa tutup?
Bising,saya tak boleh tidurlah...jawapnya
OOOOooooo...masalahnya,bila di tutup,ibu bakal kelewatan!jawapku dalam hati.

Bila kita bangun dalam keadaan tenang...
Masuk bilik air,berus gigi,cuci muka dan di akhiri dengan air wuduk,semuanya berjalan teratur je...solat pun,santai je..
Bila bangun lambat!
Sub…

SELAMAT HARI RAYA EMAK

KAD RAYA PALING ISTIMEWA

Terfikir nak hantar kad raya paling istimewa buat emak.
Terfikir kad tersebut semestinya hasil kerja tangan aku sendiri.
Terfikir nak buat emak gembira.
Terfikir untuk buat emak bahagia.

"Tolong printkan gambar2 atok masa Umrah tu hari,pilih yang elok2 dan hantar kedai "arahan ringkas untuk anak2.
Sebaik siap,aku pilih gambar2 yang terbaik.

Emak!kita ambilkan gambar..arahan biasa utk mak.Kelazimannya,emak akan mengikut apa jua arahan aku atau anak2nya yang lain tanpa bersoal jawap
Selalunya begitulah,
Emak kita suruh bergambar sana sini,tapi..pernah tak kita terfikir bahawa emak tak pernah melihat gambar2 itu sendiri.Sebab gambar2 itu sekadar di HP kita aje,untuk tatapan kita sahaja.Kalau emak kaki FB!pasti masalah ini tak terjadi.Dengan lancar mak pasti akan meyusuri sesawang untuk mencari gambar2nya sendiri.

Aku tampal elok2 di atas sebuat buku kerja,aku tulis sesuatu yang mungkin akan buat dia gembira.Ku tampal satu persatu dengan hiasan serba sed…

ALVIN DAN VIVIAN

Image
AKHIRNYA..SEPANDAI2 TUPAI JATUH JUGA KE TANAH



Tersenyum manis keduanya,manis sungguh!sehingga tanpa sedar kita di tipu dengan kemanisan wajah mereka.Cuba cari apa yang tak kena kat gambar di atas?
Dah jumpa?amboi...terang sungguh hati kome ya..
Memberi ucapan itu satu sikap yang baik,tapi...meletakkan sup Bak Kut Teh sebagai hidangan yang paling enak dan logo HALAL itulah kesilapannya,kebiasaannya sup tersebut di buat dari daging babi,rempah ratus mungkin halal tapi....dagingnya? Mengapa begitu bebal mereka berdua mempromosi dan mengucapkan selamat berbuka puasa untuk orang2 islam denga hidangan itu?jika mereka ikhlas...mereka masih boleh menukar menu yang lebih senonim dengan masyarakat melayu.Mengapa mereka begitu bebal melakukan kesalahan berulang kali?Aduhai....anak2 muda kita dah hilang sifat mulia untuk menghormati bangsa lain di negara tercinta ini.Salah siapa?ibubapa?atau pentadbir negara?tepuk dada tanyalah selera.Tak nak salahkan sesiapa,mereka berdua sudah besar panjang,mer…

MATI DI KEPIT LIF?

Image
ADUHAI....

Tak kala membaca tajuk berita ini,hati tersentuh sungguh!tak main2 lagi....terasa ngilu perut bila lihat gambar yang tertera.Lihat hujung kasut sekolahnya,lihat tubuhnya yang kaku...hati rasa sayu betul!tak dapat bayangkan betapa sengsaranya Khairul Amir Azri Lani,murid tahun 5 yang menjadi mangsa lif gagal berfungsi.


Mengapa ini harus terjadi?siapa yang harus di pertanggungjawapkan?
Semua diam membisu....
Yang menanggung anak ini,keluarganya,ibubapanya di kala kita hendak berhari raya.Semua ini sangat menyesakkan jiwa.Kita melihat dapat merasai kesedihan ini,apatah lagi keluarganya.Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya.

Subhanallah,ALLAH maha mengetahuinya.Ada hikmah di sebalik kejadian.
Subhanallah,ALLAH menyayangi Khairul dan tak sabar nak berjumpa dengannya.
Subhanallah,terlalu berat untuk ibu Khairul menanggung kesedihan ini,tapi...tak mengapa Puan,Khairul saham akhirat Puan yang tak ternilai.Dia akan menunggu dan membantu Puan kelak.Khairul anak kecil yang t…

PUASA TAPI TAK SABAR

SANGAT MENDUGA HATI DAN PERASAAN

Tanyalah siapa sahaja,Kita semua punya masalah dengan pegawai2 yang bertugas di jabatan2 tersebut.Tanyalah dengan siapa sahaja,masalah itu tak pernah habis! Dari sejak dulu,sebut je pekerja kerajaan.Semuanya walaupun ada yang betul2 mahu bekerja TETAPI kebanyakkannya makan gaji buta je.
Berurusan dengan mereka boleh buat kita sakit jantung! Percakapan mereka,gaya mereka seolah2 tanpa mereka kita akan MATI!
Hello..boleh sambung ke bahagian pengurusan Tunggu sebentar sayup kedengaran suara wanita tua Tunggu punya tunggu punya tunggu....... 3x talian terputus dengan sendirinya Cuba lagi...untuk bercakap dengan wanita tua tu tadi Hello,dah 3x saya call untuk bercakap dengan pihak berkenaan,mengapa tak dapat?tanya saya lagi.Hati dan mula marah! Entahlah Cik,cuba panggil talian terus,xxxxxxxxxx ada 8 talian,Cik boleh cuba..katanya lagi dengan suara yang cukup matang untuk seorang wanita. Aku pun dail lah bagai nak tercabut jari.Tapi talian tu tetap sama,ada …

BILA ANAK2 BERPUASA

PUASALAH ANAK2!

Sebut je puasa,kita pasti akan anggap serius,anak2 sekecil 5thn pun kita ajar berpuasa,lembik longlai anak2 tu kita kerjakan.Mesti puasa!kata kita selalu.
Anak2 yang tak tau apa2,akan menurut kata2 kita,Puasalah mereka,walaupun kita yakin mereka tak faham2 apa2 pun.Sekadar menahan lapar dah dahaga.

Dari anak sulong hingga anak bungsu!mereka ku ajar berpuasa seawal 5thn.Kebetulan,mereka berkait,bila yang pertama puasa,kedua mesti turut serta.Jika kedua tak berpuasa,yang sulong akan memberontak!menrenggek dari pagi sampai waktu berbuka.Itu lebih meletihkan kita melayan mereka.Boleh buat kita ringan tangan atau jadi hantu!
Bila dua2 puasa....rumah senyap tanpa bunyi bising dek keletihan.

Bila anak2 dah besar,mungkin kita tak perlu pantau puasa mereka kerana mereka sudah memahami tujuan dan matlamat berpuasa di bulan ramadhan.Tapi..anak2 kecil,setiap waktu merenggek minta makan.

Ibu,saya nak makan,saya lapar...bisik si kecil
Kenapa?tadikan dan sahur?tanyaku lagi
Saya lapar…

SELAMAT HARI RAYA 1

KUIH RAYA

Aku tak pandai buat kuih,kalau buat pun tak berbaloi!kelengkapan tak ada,modal beli itu ini,dah boleh beli kuih tunjuk!Namun begitu,ada sekali aku buat kuih sendiri,kebetulan ada pembantu,maka boleh lah dia tolong jaga biskut di oven.Aku terap dan di jaga...mudah sikit.

Pengalaman itu buat aku sedar,walaupun nampak mudah!tapi...badan sakit,bahu pun jadi bisa semacam!penat letih dan berkancah rumah!Comot sana sini dengan tepung bagai.Kebetulan,anak2 kecil...untuk menaikkan semangat raya,boleh lah kita cuba wujudkan suasana yang mereka jarang2 dapat rasai.Masa kerja dulu,jangan haraplah dapat buat kuih muih...tak de masa!nak kemas rumah pun tak sempat,apa lagi buat kuih.

Bila lihat kita beli bahan2 buat biskut,anak2 melonjak gembira,walaupun anak2 dan suami kurang minat makan kuih manis2 ni.Namun,aku buat juga untuk menunjukkan pada mereka,bila ada biskut mesti hari raya!
Berbagai2 biskut aku cuba,resepi ringkas yang aku minta dari kakak di Johor.Ramuan asas,tepung gandum,tepu…

JOM TERAWIH!

SOLAT SUNAT DI BULAN RAMADHAN

Sebut je Terawih,semua orang tau solat sunat di bulan ramadhan,walaupun sunat banyak fadilat yang tersembunyi.Namun begitu,pahala puasa atau solat hanya ALLAH yang berhak menilainya.Kita manusia hanya melakukan suruhannya tanpa perlu pertikaikan siapa yang dapat pahala lebih atau kurang.Semua orang perlu jaga diri sendiri dan keluarga terdekat.Mudah2an,ramadhan kali ini yang paling sempurna dalam hidup kita.

Sudah masuk hari ke5 aku solat sunat terawih bersama masyarakat setempat,masjid dengan rumahku agak jauh juga.Lepas berbuka cepat2 kemas meja,solat maghrib dan terus ke masjid.Adakalanya,sampai awal dan adakalanya.....ngam2 je.

Suasana di masjid sama macam tahun2 lalu,ramai sungguh manusia hingga ke tangga!paling menarik hati,ada berbagai bagai ragam manusia kita boleh lihat disini.Ada yang bawa anak2,ada yang datang duduk2 sahaja sambil berborak terutama anak2 dara.Terkekeh kekeh ketawa dek gurauan yang tak sudah!Sesekali bunyi mercun yang kuat!sehin…

BAZAR RAMADHAN

JOM!
Sebut sahaja BAZAR RAMADHAN,fikiran kita pasti tertumpu  pada beranika jenis makanan.Aku jarang ke bazar atas sebab tertentu.Bukan nak mengutuk,tapi..pernah beli sambal udang,tapi...hampa!Udang busuk!mahal je boleh di harap,tapi sebaik sampai rumah!rasa nak terbang pergi gerai tersebut!Rasa nak baling je udang busuk tu!HUH!

Sebut sahaja BAZAR RAMADHAN,pernah beli ayam percik,aromanya memikat jiwa,sebaik sampai di rumah,luar panas tapi isinya dingin dan membeku!sakitnya hati...tak tergamak nak makan,dek takut sakit perut.Akhirnya...ayam tu masuk tong sampah!

Sebut sahaja BAZAR RAMADHAN,pernah beli kuih muih,sampai di rumah...tawar hebih!tak rasa apa2 pun,gula,garam,lemak semua hilang ke laut!tak tau bagaimana peniaga2 ni buat kuih.Kalau setakat nak terima alasan puasa,apa kita peduli?kita dah bayar mahal2,kita tak akan fikir langsung masalah mereka!

Pendek kata,banyak sungguh pengalaman kita semua dengan BAZAR RAMADHAN,indah khabar dari rupa!warna kuih bak pelangi,tapi..tak rasa a…

10HB JULAI 2013...TERAWIH DI HARI PERTAMA

MALAM BULAN RAMADHAN

Kelazimannya,masjid masjid...PENUH!tiada ruang untuk berlunjur kaki,siapa lambat dok kat tangga le jawapnya. Kelazimannya juga,muka2 baru yang tak di kenali mula timbul satu persatu,bersama anak2 kecil maupun besar bersama2 berterawih bersama. Kelazimannya juga,berbagai bagai ragam manusia ciptaan ALLAH melata mencari pahala di bulan Ramdhan.
Seperti tahun2 lalu,AJK masjid akan menjemput hafiz2 muda untuk mengetuai terawih.Berkemundanglah suara lunak membaca surah2 Al Qur an.Hati berbunga2,bila mendengar bacaan mereka.Dalam hati,terdetik juga... Kalau jadi menantu,alangkah indahnya.Kalau anak2 aku yang berjaya menghafal Al Qur an dan mengetuai terawih ini,alangkah bangganya.Tapi..setakat ini,mungkin belum ada rezeki aku untuk itu semua.Hanya mampu beranggan dan mungkin terus beranggan.
Berbalik pada keadaan masjid di hari pertama terawih.Orang ramai berpusu2 untuk solat bersama.Berbagai2 rupa dan gaya,pendek kata semua manusia yang tahu faedah berterawih akan sege…

MOMOK!

ALAM GHAIB

Berhijrah ke utara tanah air,kami dok menyewa je,masa u,Alif berusia lebihkurang 2thn setengah..Rumah sewa tu cantik sangat,warna hijau pucuk pisang,keadaan dalamnya pun kemas dan rapi.Sebelum kami sampai,kami telah datang semata2 untuk mencari rumah sewa terbaik untuk di diami.

Kita sewa rumah elok sikit le,jangan le yang comot!saya takut le....lagipun,jangan le daif sangat..nanti mak sedih tengok keadaan kita saranan aku pada suami.
Kata putus,kami kena jelajah sendiri untuk mencari rumah yang bersesuaian.Tak perlu agen,tak perlu orang tengah,kami susuri sendiri demi kepuasan hati.

Sebaik jumpa,kami terus beri kata putus,setuju!dengan RM800 sebulan,kami telah menjumpai rumah sewa yang paling cantik dan sempurna.
Kami duduk rukun damai sehinggalah pada satu hari......
Ibu,Alif nak ambil Sam kat atas,ibu temankan pinta Alif
Pergilah sendiri,ibu tengah masak ni kataku pula
Tak mahulah!Alif takut..balasnya
Kenapa?tanyaku pelik,selalunya dia akan naik sendiri untuk mengambil b…