TAMAN SYURGA

TETIBA TERINGAT RAUDHAH(TAMAN SYURGA)

Perasan tu tiba2 terpacul di fikiran,bila baca pengalaman Umrah kawan2 di group Pengalaman Haji dan Umrah.Rasa rindu dihati tak tertahan,kalau ada upaya pasti aku nak mengunjunginya lagi.Sebelum sampai,berbagai2 citer kita dengar,kita baca tapi...bila Raudhah di depan mata,bila lihat makam nabi tersergam indah!lidah kelu,mulut terkunci dek terpegun.Macam tak percaya masa tu.Subhanallah,betul ke aku ada kat sini?

(Teringat pesan Ustaz Don,kalau kita di Raudhah,kita baca je apa doa2 yang kita tau,dalam bahasa apa je.Ustaz galakan kita baca ayat pendek dari surah An Nisa ayat 64,tapi,kalau tak hafal,tak payah!walau,walau...takut kena halau terus dengan wanita Arab!Ustaz ada pesan juga,baca doa jangan mengadap makam nabi.Takut di libas dengan sejadah oleh penjaga masjid..Haram!haram!hajjah!haram!)

Pagi tu,aku dan kumpulan dari Tabung Haji memulakan langkah menuju ke pintu 25(babu Salam),kami datang berkumpulan di ketuai oleh  seorang petugas Tabung Haji,kami sembahyang tahyatul masjid dan berjalan perlahan menuju ke destinasi.Peringkat pertama,kami di kumpulkan di satu kawasan di mana kebanyakkannya jemaah dari Asia,sejam di sini,kami beralih ke peringkat ke dua,kami di galakan solat sunat,mengaji atau apa2 jua amalan sunat yang kami fikir perlu.Namun,kebanyakan jemaah leka dengan urusan sendiri termasuk lah aku.Sejam kemudian,kami dipanggil untuk masuk ke kawasan lapang mengadap masjid nabi yang merupakan tempat letaknya makan nabi dan 2 sahabatnya.Sementara menunggu,kami di galakan berselawat dan berzikir serta mengaji(semua bergantung pada diri sendiri).Tidak lama kemudian ,kami di panggil untuk berada betul2 di pinggiran banggunan yang bakal kami jejaki.Tak lama kemudian,kami di benarkan untuk memasuki kawasan masjid.Subhanallah,air mata mengalir tiba2,tanpa di paksa,air mata tak terbendung lagi,meleleh membasahi pipi,nak baca doa pun sambil menahan sendu.Keadaan di dalamnya?subhanallah......jangan fikir kita hanya seorang yang rindukan nabi,ramai!sangat ramai dan sangat menyesakkan dada.Kita terpaksa melawan untuk masuk.Sambil menyusur perlahan...mulut kumat kamit memberi salam pada rasulullah.Pergerakan kita bukan atas kaki sendiri tapi...hanya mengikut tolakan orang dari belakang,kiri dan kanan.Sangat sukar sebenarnya,tetapi...semua orang mahukan Nabi,semua orang yang datang mahukan syafaat Nabi,semua orang mahu menyampaikan salam dari rakan taulan khas untuk Nabi.Oleh kerana itu,kita tak boleh nak marah2,kita tak boleh nak pertikaikan perbuatan orang lain.Ada mata pandang,ada telinga dengar.Mulut?zip!jangan kata apa2.

Sambil jalan mata asyik memandang ke bawah,wah!karpet hijaulah!terus cuit anak dan mak,solat!karpet hijau....inilah Raudhah!hati berbunga2,akhirnya aku dapat menjejakkan kaki di Taman syurga.Terima kasih Ya ALLAH.Aku rasa sangat gembira.

Dalam kepadatan manusia,kami berpeluang juga untuk solat sunat,walaupun tak sempurna.Kami sempat berdoa walaupun dengan asakan manusia.Keadaan tambah huru hara,bila jalan untuk masuk di situ juga jemaah nak keluar.Itulah antara punca mengapa Raudhah jadi tak teratur.Jika semua orang berdisiplin. Tak pula kita jumpa keadaan begini.Tapi..perasaan kita tak boleh di sembunyikan,sebaik nampak makam nabi,subhanallah,perasaan hiba melanda jiwa.kalau lah Nabi ada masa ini,Nabi pasti bangga..umatnya ramai melaut,umatnya sanggup bersusah payah datang menziarahinya.Umatnya sanggup berasak2 untuk menunjukan kecintaan padanya.Subhanallah...subhanallah....hati berzikir tak putus!berselawat tak habis!
Selesai solat dan berdoa,hati terdetik..kalau ikutkan hati,tak mahu keluar..nak duduk diam2 je,tapi..kita tak boleh tamak!kat luar tu,masih ramai menunggu giliran.Tambahan lagi,jam telah menunjukan pukul 11 pagi,anak2 kat Hotel,entah apa khabar?dah makan dah minum...semua itu tugas yang menunggu.Dalam hati,Nabi suka kita mengunjunginya,tapi..Nabi tak suka jika kita jadi ibubapa yang cuai!
Akhirnya kami menapak pulang ke hotel.Hati rasa puas!hati rasa kembang berbunga2.
Sebelum balik,aku pasti akan masuk lagi,waktu yang lain,kami tak berpeluang dek tuntutan masa yang cukup lama di sini.Dalam hati,lain kali..mungkin kami akan pergi berdua sahaja.Masa tu,tiada apa lagi yang kami perlu kami fikirkan,hanya memikir perut sendiri sahaja.

Pada hari ke4,kami telah di beri arahan untuk keluar menuju ke Mekah pada pukul 10 pagi,lepas subuh,kami ambil keputusan untuk masuk ke Raudhah.Kami jalan menyusur ke dalam masjid,kami duduk setia menanti,dalam hati..apa kata kali ini aku cuba ikut orang2 Turki tu.Mereka merupakan group pertama yang bakal memasuki Raudhah!Wah!sesekali melawan arus aku kira tak menjadi dosa.Aku susur perlahan....kedengaran suara penjaga masjid Hajjah!Hajjah!...sana!sana!...aku buat dek je,aku terus memasuki group orang2 Turki.Dok diam2 tanpa memperdulikan arahan.Sebaik pintu di buka....semua orang berlari laju,aku pun sama..aku heret anak,pimpin mak menyusur bersama group wanita2 sasa ini.Sampai di hadapan makan nabi,kami kena tunggu juga..seandainya aku bersendirian,pasti pergerakan aku tak terbatas!tapi dek bawa mak dan anak2,aku kena pastikan mereka selamat bersama2.
Kali ini,walaupun lambat...setidak2nya tak sampai 3@4jam!Dan apabila dapat sahaja masuk,keadaan lebih dahsyat dari hari permulaan.Orang2 asing ini,lebih ganas dan agresif.Meraung2 dan seolah2 tak mempedulikan orang lain.Nak solat pun tak dapat!Anak gadis cilik aku dah tersepit!aku tak dapat buat apa2,keadaan sangat membimbangkan.
Ibu jaga atok,Mira bawa adik keluar...kata anak ku
Ok..Mira tunggu kat luar sekejap.Ibu nak jaga atok...jawapku
Aku pimpin mak,untuk mencari ruang kosong.Tetiba..ternampak ruang yang cukup sempurna.Kami terus solat.masuk rakaat ke 2,kumpulan manusia telah merempuh aku dan emak,sehingga mak tak berdaya untuk bangun.Pengawal terus menjerit2 dalam bahasanya bila lihat keadaan kami.Aku tarik mak,tapi..asakan manusia ini cukup kuat.Tanpa aku sedari aku telah menjerit kuat
Jangan tolak!sabar!sambil menahan mereka dengan tangan.Dek terkejut mungkin,mereka memperlahankan langkah.Emak berjaya aku papah berdiri.Aku pimpin..tak boleh lah mak solat,bahaya..kataku,mak ngangguk je,kami menyusur keluar.Walaupun tak dapat solat sunat,setidak2nya kami puashati sebab tetap dapat memasuki Raudhah untuk mendapat keberkatan.
Di sebab marah sangat dengan perbuatan mereka,dari mulut,terpacul...dahlah!busuk!ganas pulak tu!...subhanallah!ampun Ya ALLAH,aku tak sabar dengan sikap mereka yang telah melanggar emak.Mujur dapat bangunkan mak,kalau tak mungkin keadaan lebih buruk bakal kami terima.Syukur..
Emak,dosa tak kita sebut macam tu?tanya aku pada emak
Dosa memang dosa,Tuhan tak suruh kita hina orang lain,tapi..diaorg salah sebab langgar mak,nasib baik mak dapat bangun,jawap mak
Hati tak senang,keluar sahaja dari kawasan Raudhah,terus sembahyang taubat,mohon keampunan dari ALLAH.Takut juga dengan balasannya.

Masa keluar dari Madinah,hati sayu..bilalah dapat datang lagi.Tekad kat hati,nak simpan duit banyak2,nak pergi lagi.Nak buat haji,nak buat umrah selagi nyawa di kandung badan.
Nanti kita pergi lagi tau,kataku pada suami
Buat haji je lah jawapnya
Tapi...haji kita tahun 2028!lama lagi tu..jawapku pula
Boleh buat rayuan kan?kita cuba lah...jawap suami lagi
OK...lemah suaraku,tapi...kita pergilah lagi,setidak2nya sebelum dapat Haji kita datang lagi...pintaku sayu
Ok...jangan membazir,simpanlah duit,jawap suami
Dalam hati bertekad,aku pasti datang lagi...pasti!





Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK