KECANGGIHAN ZAMAN

TELEFON BIMBIT

Dek kecanggihan dunia,semua aktiviti kita tampak mudah dan pantas!
Telefon bimbit umpama nyawa,kalau tertinggal telefon sama macam tak pakai baju.Mesti cepat2 balik,hanya untuk ambil telefon bimbit kesayangan.

Di mana sahaja,kita akan nampak manusia berkomunikasi dengan telefon.Masa makan,masa borak2 dengan kawan2 pun  mata menjeling tajam kat skrin telefon.Seolah2,banyak betul pesanan ringkas yang penting!dari segalanya.

Aku mungkin tergolong dalam ketegori begini,tapi..ada masa juga lah.Kalau tengah2 borak2 selalu telefon di senyapkan dan masuk dalam beg.Jika ada hal,baru aku akan keluarkan.Lagi satu,aku ni pelupa,takut tertinggal..tu je.

Paling aku pantang 7 keturunan,jika suami ajak minum,tapi...sepanjang itu juga telefon di tangan.Kadang2 naik hantu juga...
Kalau setakat nak ajak minum tapi...sibuk dengan telefon baik tak payah!pesanan terakhir bila lihat dia terus leka dengan telefonnya.
Selalunya,dia akan simpan sekejap dan pegang lagi tak lama kemudian.
Grrrr..makan hati,makan hati...

Gelagat anak2 pun 2x5 je,masa makan,masa apa pun...telefon tetap di tangan.
Selalunya,sebelum makan atau sebagainya..dah bagi amaran,sila simpan telefon anda sebelum kena rampas!masing2 akan cepat2 simpan takut kena rampas oleh si ibu yang selalu stress!

Bila tengok gelagat orang yang sibuk dengan telefon bimbit,rasa macam nak sepak je,macam le bagus sangat!macam orang jual saham pun ya,sibuk tak kira tempat!
Kamu ni sms kawan cepat je,kalau nak sms dengan ALLAH lambat je...kalau janji dengan kawan,ingat tak perlu alarm..kalau nak tunai janji dengan ALLAH berkira!itulah ayat2 yang selalu mereka dengar bila lambat solat.
Kamu ni...bil2 telefon tu ibubapa yang bayar!tapi..nak sms sebaris ayat dengan ibubapa pun payah!berkira2!kalau dengan kawan....entah apa2 aje yang di tanya..membazir!leteran biasa bila lihat bil tinggi!

Pernah masa buat saie,nampak orang bersms...tak tau samada dia baca doa atau dia sibuk menyembang,kalau baca doa mungkin hanya tenung skrin,tapi..kalau tangan dah rancak atas keyboard,apa lah yang kita boleh andaikan,smslah kan?
Hati sedih lihat pemandangan gitu.Dunia makin moden buat kita pun makin lupa tugas sebagai khalifah ALLAH.Kita leka dengan kebendaan dunia,sehingga banyak benda yang kita telah abaikan.

Tanda2 kiamat dah banyak kita lihat,kita baca...telefon mungkin yang terkini.Dalam telefon tu,ada baik ada buruk.Dalam tak sedar,banyak sungguh nilai2 kemanusia telah pupus!telefon boleh rapatkan hubungan,telefon juga boleh buat hubungan berkecai!

Mula2 salah nombor,kemudian berkenalan,kemudian mula berkasih sayang,kemudian mula berposing sakan,kemudian mula berchatting sayang dan kemudian mula berbogel terkangkang!Subhanallah..banyak sungguh keburukan telefon jika kita tak pandai menanganinya dengan baik.

Pesan kat anak2
kamu semua,telefon digunakan utk berhubungan bukan utk menjual maruah!jangan nak buat yang bukan2,jadi orang kena cerdik!orang lelaki ni memang gatal sejak azali,tapi...kena ingat,mereka saja menduga,kamu kena tau itu..walau sejahat mana orang lelaki,dia pasti cari wanita suci utk dijadikan isteri.faham tak?ingat tu...
Selalu anak2 akan jawap..
Ibu ni,sampai kesitu fikirnya..ingat kitaorang tak cerdik ke?
Sebagai ibu,aku selalu risau mengenai pengunaan telefon anak2 tak kira lelaki perempuan!termasuk suami!Zaman sekarang,semuanya tak mustahil..nak jadi hal hanya sekelip mata je,dalam kita leka itulah yang akan buat kita menangis.

Yang penting,telefon jangan ada kata kekunci,lagi susah nak buka lagi penuh selirat fikiran buruk dalam akal kita.Sebagai suami isteri,tiada rahsia lebih baik daripada konon2 nak 'privacy'.Lagi berahsia lagi parah hubungan.Oleh tu,elakkan berahsia bagai,takut2 telefon kena hempas!

Tapi..untuk periksa telefon anak2,satu cabaran yang sangat dahsyat!
Bila kita minta je telefon,tangan mereka pantas mendelete apa jua yang ada.
Kalau dah delete semua,bukan lagi namanya pemeriksaan mengejut..
Begitulah gelagat manusia zaman kini.Telefon umpama nyawa,teringat kisah adik Muzaffar(orang Malaysia yang pertama naik bulan tu...)adik dia kan sibuk bersms hingga terlanggar tiang!siapa yang rugi?tak pasal2 kita ke dalam 6 kaki dek melayan sms 24jam!
Baru 2@3 hari lalu,terjumpa satu Youtube mengenai seorang perempuan di China mati dek leka bersms.hancur kepala!dah tak rupa orang dahhh...siapa yang susah?dia dan keluarga dia juga.

Harap anak2 dan suami tau peranan sendiri.Hidup kita bukan untuk leka dek duniawi je,kita kena cari akhirat yang kekal abadi.Oleh itu,pengunaan telefon hendaklah berpada2,suka sangat pun tak boleh,benci sangat pun tak boleh....seeloknya...berpada pada lah!

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK