ALAHAIII ANAK DEN

SELAMAT MENEMPUH ALAM BARU MIRA

Esok,Mira akan mulakan hidup baru sebagai penuntut di pengajian tinggi.Mira anak yang agak penyedih tapi berkeyakinan untuk berjaya.

Semasa keputusan kemasukan IPTA keluar pada pertengahan bulan lalu,Mira menitis air mata kerana gagal menempatkan diri di pusat pengajian idaman hatinya.Melelehlah air mata anak daraku itu.Kesian...kalau aku ada power!pasti anak aku tak menangis sendirian.Apa nak buat,kita rakyat biasa2 je,kalau tak layak!maka tak layak lah!kecuali ada kabel..

Satu petang..
Kenapa?tanyaku
Mira tak dapat masuk UITM...huhuhu...esaknya jelas kedengaran
YES!ibu suka...kalau dapat sampai ke Sabah Serawak!siapa nak jaga Mira kat sana.Nak harapkan ibu ziarah Mira,jangan harap sangat lah..Jauh sungguh!pujuk ku panjang
Mungkin termakan pujukan itu,Mira berhenti menangis walaupun ku yakin hatinya merintih sedih.
Tak pe...Mirah ambil jurusan yang umum,pengurusan pejabat kat mana2 pun boleh belajar.Lain lah Mirah ambil khusus2 khas seperti doktor,peguam dan lain2 lagi pujukku lagi dalam hati..ish!awat tak dapat noooo...4A pun dah payah nak bergerak bebudak zaman sekarang.Semua anak2 kita masih mampu menyambung pengajian di IPTS cuma..kena ada duit le,walaupun pinjaman ada,masalahnya...awal2 lagi anak2 kita dah buat hutang!Kalau tak belajar,apa keje yang mampu mereka pohon.Kesian anak2,awal2 lagi dah di bebankan dengan hutang piutang.Walaupun ibubapa yang patut tanggung,tapi...hidup ni,sukar...ibubapa hanya akan memberi apa yang termampu je,kalau SPM takat nyawa2 ikan nak jadi Doktor!memang tak le...Sebagai anak2,kamu kena faham..kegagalan kamu meraih kejayaan dalam exam bukan salah ibubapa sbb yang menjawap soalan tu,kamu!dan bukan ibubapa.Aku tau,setiap ibubapa di seluruh dunia,berharap agar anak2 memberi yang terbaik!

Dah baca buku?dah buat homework?dan hafal sifir?bla,bla,bla..
Hari2!itu lah ayat yang kedengaran di setiap rumah yang ada ibu dan bapa.
Hari2 FB,hari2 ngadap games,hari2 tidur je,hari2 sukaria je...antara dialog normal seorang ibu..
Cincang jarilah kalau ada ibubapa yang kata..
Tak payah baca buku,tak buat homework,tak payah hafal sifir...gi tengok TV,gi sukaria,gi main games...bla,bla,bla...ada ke?tak de kan?Sebab tu,anak2 yang kecundang tak harus salahkan ibubapa tapi salahkan diri sendiri.Ibubapa hantar sekolah,kamu main2,suka2,lawan cikgu,cintan cintun....Bila dah gagal?terjun laut lah!

Pagi tadi,uruskan Mira dari sejak pukul 8 pagi hingga tengahari.Kenapa lambat?Pusat pengajian di sekitar Kg Baru Kuala Lumpur.Tapi asrama kat Bangsar.Jenuh le mencari...faham2 aje lah.Kuala Lumput ni,kalau tak sabar boleh bakar kete!lambat dan jam,boleh buat akak panas hati!
Demi anak tersayang,aku rdah juga.Sesampai di asrama,tunggu lagi proses selanjutnya.Siap semua,kami keluar makan bersama.
Kami hargai masa,setiap minit sangat bermakna buat seorang ibu.Keluarlah nak,kamu dah dewasa...belajarlah selagi termampu,kami sudah tua..entah esok entah lusa entah tulat...kami akan pergi juga.Kami tak boleh sentiasa melindungi kamu semua.pergilah.....hargailah setiap peluang yang ada,raihlah kejayaan agar kamu2 akan berbangga dengan diri sendiri.Sebagai ibubapa,kami akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak2 semua.

Pagi2,baca status Mira,aku tau...Mirah bahagia di samping rakan2.Alhamdulillah...anak manjaku dah mula mengorak langkah sebagai khalifah ALLAH yang berakal dan beriman.Semuga ALLAh akan sentiasa merahmati kalian semua.Semuga ALLAH akan menjauhi kamu2 dari keburukan dan perdekatkan kamu2 kepada kebaikan.Aamin...

Malam...
Mira call dalam keadaan sedih,menangis teresak...
Adat berpisah memang gitu Mira,tapi...lambat laun Mira akan terima hakikat hidup ini.Tiada yang perlu di gusarkan.Ibubapa tinggalkan anak jauh dari pemantauan lebih rasa susah di hati.Tapi..itulah yang di namakan kehidupan.Kita akan berpisah di mana sahaja.Namun begitu,esok lusa kita pasti berjumpa lagi...Seandainya ibubapa di ambil terus oleh yang Esa...itulah perpisahan yang sebenarnya.Perpisahan yang perlu ditangisi oleh semua,mustahil kita tak menitis air mata,mustahil kita tak sedih....

Oleh itu,hargailah kesempatan yang ada.Selagi nyawa di kandung badan...kita pasti bersama...


Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK