PUASA

PUASA DAN AKU

Puasa membawa maksud menahan lapar dan dahaga di bulan Ramadhan yang berlaku sekali dalam setahun.Puasa juga mengalakan kita menahan bukan nafsu makan sahaja,tapi...semuanya!nafsu mata,nafsu telinga dan nafsu sex dan segalanya.Di kala sedang berpuasa,kita kena kurangkan bercakap dan berhibur.Sebaliknya,kita di galakan untuk memperbanyakan mencari pahala dan memohon keampunan dari yg esa.

Puasa juga memberi kebaikan pada perut,dengan berhenti makan!perut dapat berehat dari sentiasa mengisar makanan yang masuk tanpa henti2!

Aku belajar puasa agak lewat,masa duduk dengan atok,dek kesian...atok akan bagi aku makan saki baki makanan semalam.Manja gila kan?Aku yang pelahap dan lapar sentiasa pastinya tak akan menolak.Bila dah meningkat remaja,kesedaran sendiri,buat aku cuba habiskan puasa sebulan di bulan ramadhan.Semakin remaja,puasa aku semakin baik.Semakin dewasa....puasa aku juga semakin baik mengikut akal dan usia.Tidak akan meletakkan beban di bahu atok,aku sentiasa baiki walaupun dalam kepayahan.

Bagi aku,dugaan menganti puasa lebih dahsyat daripada berpuasa di bulan ramadhan.Sedang semua orang makan dan minum semahunya,aku kena berpuasa.Subhanallah....besar sungguh dugaan mu Ya ALLAH.Sedang orang lain,berenak2 menikmati makanan.Aku pula kena manahan nafsu makan!hahaha
itulah...dulu orang puasa kamu makan!sekarang ganti je le...kata Kak Anum sambil ketawa
Setuju2...terimalah akibat daripada kejahilan sendiri.Pantang uzur,berlarutan lama....ish!ingat balik...ceteknya akal,orang puasa aku curi2 makan.Balik sekolah,boleh siap berjuntai kaki makan rambutan gading,rambutan segala rambutan!Wah!happy sungguh!
Bila terdengar orang menyapa...
Weh!tak puasa ke?
Tak.....uzur tok!jawap dengan rasa tak bersalah
Haik!tak kebah2 lagi ke?atok rasa macam dah lama je...
Belum tok...jawap lagi tanpa rasa bersalah
Yalah tu......kalau tak puasa sekarang,dah tua esok kena ganti lah ya...jangan buat2 tak tahu lak!kata2 atok yang buat aku tertekan sekarang.Masin mulut arwah atokku.Susah2 dulu,senang2 kemudian..tapi..dek dah senang2 dulu,susah2 lah sekarang.

Padan muka!mujur ALLAH bagi nafas lagi.Boleh le ganti sikit2 dan mohon keampunan darinya.Boleh lah bayar fidyah untuk mengurangkan beban.Jika di tarik nyawa sebelum sedar!Harusssss....berenang dalam air liur orang berpuasa!Ampun ya ALLAH,aku mohon keampunanmu...aku akan sentiasa  berusaha mengantikan pausa2 yang sengaja aku tinggalkan dulu..Ampunkan aku,terimalah taubatku,panjangkan usia ku agar aku dapat melunaskan semuanya sebelum kau panggil aku pulang....

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK