KAHWIN LAGI..

KENDURI KAHWIN

Sebut je majlis kahwin,kita dapat bayangkan kemeriahannya.Dari A hingga Z,keadaannya pasti meriah walaupun penat.Sebagai tuan rumah,kita akan cuba buat yang terbaik untuk tetamu undangan.Kalau boleh tak mahu ada cacat celanya.Siap ada list untuk memastikan semuanya berjalan lancar.Namun,dalam persediaanya yang rapi,masih ada sok se sok sek di belakang tabir..ibarat rumah siap pahat masih berbunyi lagi.Tak ada kesudahan!

Sebut je majlis kahwin,kita akan berhabisan untuk menjayakannya.Tapi...apakan daya,tangan tak sampai nak capai bintang!
Kenduri kahwin zaman sekarang dah jauh berbeza.Zaman dulu2,kerja kahwin suasananya pasti meriah.Tapi...sekarang,terlalu sepi apatah lagi jika buat kat dewan2 atau hotel2,terlalu protokol  dan terhad ruang legarnya!Kita nak bawa anak2 pun rasa bersalah.Faham2 aje lah kan...kos hidup terlalu tinggi.Selangkah duit selangkah duit je.Tapi..suasana majlis di rumah lebih baik drp buat kat2 luar rumah kot?tapi..orang sekarang nak mudah je,buat kat rumah leceh!buat kat luar tak payah banyak fikir!mungkin le...

Baru sat pergi jemputan kahwin di sebuah hotel,Nampak gah!tapi...bila kita dok di dalamnya,kita akan tau,betapa sepinya majlis tu,semua pergerakan bagai di atur2.Baik tuan rumah,tetamu...semua muka ketat!nak jaga penampilan..almaklum kerja kahwin kat hotel.Gaya mesti lebih beb!
Melangkah masuk,persekitaran rapi,bagai di atur2..kalau orang2 kampung yang maiiii...mau tak kekok di buatnya.Pasti tak tau nak mula dari mana.Pening kepala maklong ko nak oiiii..

Pengalaman:
Kita semua pasti ada pergi ke majlis kahwin yang ada meja VIP dan meja orang biasa.2 kawasan makan yang mengasingkan darjat manusia.Aku tak suka jika ada undangan begitu,sepatutnya..majlis seumpama tidak menjarak kasta manusia(kecuali tetamu itu terlalu hebat mengalah TUHAN atau org2 kenamaan yang kita tau protokol yang patut di patuhi)!kita buat majlis ini adalah untuk mengajak rakan taulan meraikan anak2 kita,setiap tetamu membawa doa untuk anak2 kita memulakan hidup baru atau bergantung pada tujuan majlis2 yang kita adakan itu.Jika kedatangan mereka umpama melukut ditepi gantang,pasti tiada doa yang di salurkan dek rasa ketidak puasan hati.Apatah lagi,jika kawasan VIP itu hebat!lauk pauk beranika jenis tapi...kat kawasan orang biasa,lauk pauk berlecak!macam hendak tak hendak je...tak de maknanya buat mereka.Mereka datang atas undangan bukan dek kemiskinan.Perlu ingat,setiap tetamu kita adalah individu yang kita nak kongsi kegembiraan menerima ahli baru dalam keluarga atau meraikan sebarang kejayaan  buat kita.Dek sebab itu,hargailah tetamu seadanya.Jika nak asingkan pun,jangan le ketara sangat.Hati manusia kita tak tau....terdetik rasa terhina,tiada maknanya kehebatan majlis yang kita buat tu.

Lagi satu,buat majlis secara bufet,kita kena awasi keadaan sudut lauk pauk kita.Jangan biarkan kering dan comot!Aku pernah pergi ke satu majlis yang di adakan di dewan,dulang2 lauknya comot!rasa macam tak ihklas je,jagalah....bersihkan sentiasa.Jangan harap tetamu memahami masalah anda.Jika rasa tak mampu nak layan tetamu,upah sahaja!setiap tenaga zaman ini,bukan percuma.Tapi..dek tak cukup kaki tangan,duit memainkan peranan.Upah sahaja dan majlis anda akan berjalan lancar.
Lagi satu,ahli keluarga jangan sibuk nak bergaya je,muka di solek rapi,baju sedondon dari atas ke bawah!tapi..meja bufet?macam nak bagi ayam makan je,ambillah part dalam majlis.Jaga sudut makanan,jaga meja dan kerusi,sebagai penyambut tetamu untuk menyambut tetamu,jaga bab lauk pauk dan lain2 lagi.kebanyakan majlis kita akan lihat,ahli keluarga hanya melayani kawan2 mereka atau puak2 mereka sahaja.Orang lain?pandai2 lah nak hidup.Carilah ruang makan sendiri,carilah air basuh tangan sendiri dan pendek kata....carilah sendiri jika nak makan!patut ke?Kita jemput tetamu bukan untuk menunjukan kebodohan kita,kita ajak tetamu datang untuk meraikan majlis2 kita.Jika tak berkemampuan...usahlah buat besar2 sangat!cukup ala kadar tapi sempurna.

Bernikah di Masjid,ada yang mengalakkannya dan ada juga yang rasa..buat kat rumah pun ok juga.Kita jemput ahli2 keluarga terdekat.Kita susun atur majlis agar tak nampak huru hara!Pastikan cukup ruang untuk menampung tetamu yang hadir,kita buat majlis2 begini kita dah merancang kecuali kematian.Majlis begini,kita tak duga,sesiapa pun boleh hadir dan di galakkan hadir sebagai penghormatan terakhir.Tetapi...jika majlis2 terancang,kita dah tau apa yang patut kita lakukan agar tetamu rasa gembira.Jika kita buat asal boleh je,aku nasihatkan tak payah le susah2,di khuatiri kena kata dek orang je.

"Kamu semua kahwin,tak payah buat besar2,cukup ala kadar je.Jangan bazirkan duit banyak untuk buat perkara2 yang tak berfaedah.Duit2 tu boleh digunakan di masa akan datang.Kerja kahwin zaman ni,bukannya murah2,semuanya mahal2!pintu gerbang je tu dan RM100.00.Membazir!buat sederhana tapi...sempurna.Jika tak berkemampuan,cukup dengan menjemput ahli keluarga terdekat je.Ibu tak mahu dok berdiri satu hari!buat waktu2 tertentu,kalau boleh malam!tak panas dan tak ganggu waktu solat.kang kalau dah tengahari,zuhur,asar entah kemana...kalau boleh nikah je,tak payah buang2 duit..dosa....pesanku pada anak2.
Ibu ni...dia dulu...boleh sanding bagai!kata mereka pula
Ibu dulu...tak tahu susah hidup..kataku pula.Sekarang ni...hidup susah betul!tak de duit...apa pun tak boleh!satu je yang ibu nak yang terbaik!gambar2 kahwin tu...biar yang cantik sebab boleh di simpan hingga akhir hayat.Tapi...bukan ambil gambar kat taman2 mcm orang cina tu...geli je!kataku lagi
Mereka diam je,entah faham entah tak...itulah impian majlis kahwin yang bakal aku buat untuk anak2.Kecil,sederhana tapi..sempurna!Muga2 ALLAH merestuinya.AMINNNN...

Manusia ni,tak pernah menghargai apa jua yang di beri,kang bagi itu di katakan juga,bagi ini pun dikatakan juga.Buah tangan gitu juga,balik pada asal..bagi je telur rebus!sekarang ni banyak sangat anika jenis cenderamata.Gula2,coklat atau apa2 pun tak beri makna apa2 pun....membazir dan tiada simboliknya.Telur itu ada tujuan,mengharapkan kesuburan,mengharapkan ikatan keluarga yang bertaut sama macam kuning telur dan putih telur,Setelah di rebus,dia melekat sesama sendiri.Tiada terpisah lagi...

Itu komen aku je,kalau ada yang nak buat,tak boleh nak tahan...silalah,tapi..kena buat sungguh2!jangan asal boleh je...7 keturunan akan di jadikan contoh kegagalan sebuah majlis kahwin dan bakal di perkatakan oleh tetamu yang datang tapi macam tak perlu datang!
Ingatan untuk diri sendiri....
Buat majlis kecil tapi meriah sudah memadai daripada buat besar2an tapi...hancai buncai!





Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK