SELAMAT HARI LAHIR

SELAMAT HARI ANAK2

AINA FARHANA di lahirkan pada 19hb Mei 1993
AMIRAH FARHANIS dilahirkan pada 25hb April 1995
MUHAMMAD AKIF FARHAN di lahirkan pula pada 5hb March 1997

Ketiga2 mereka telah melewati tarikh2 bermakna dalam hidup mereka kecuali....2 orang anak koret2 ni je yang sedang meniti hari.

Ibu!kenapa kami lahir lambat sangat?tanya Aaliya saban waktu
Masa tu ibu belum sedia nak masukkan awak dalam perut..jawapku acuh tak acuh
Tapi..kenapa ibu lambat sangat masukkan saya dalam perut?tanyanya lagi di saksikan oleh si abang yang sering mengejeknya selalu
Ahh!Aaliya lambat lahir!aku no 4 ko n 5!itulah ayat yang paling buat Aaliya sakit hati.
(apa lah nak ku jawap,kalau nak bagi alasan yang logik,mau sampai esok pagi soalan masih panjang)
Masa tu,ibu kerja,mana sempat nak gi hospital,mana sempat nak jaga anak,mana sempat nak itu dan ini..jawapku lagi
Tapi..kenapa lambat sangat?tanyanya lagi sambil menahan geram
(Apa lah cara paling baik nak terangkan..bisik hatiku lagi-proses persenyawaan manusia cukup leceh jika nak terangkan kat budak bawah umur ni...kang bila kita cakap gini...lagi le banyak tanda persoalan dalam benaknya)
Ginilah...ibu tak boleh suka2 ambil anak.Hospital tu ramai orang yang nak anak..ikut turn!masa tu..ibu sibuk sangat.Mana nak pi kerja,mana nak jaga abang awak yang selalu semput tu(sampai kat sini,muka Alif pula yang masam sedang si adik dah senyum mengejek)Ibu sibuk betul!..bila ibu dah berhenti kerja,baru ibu teringat nak ambil adik...pergi hospital daftar dan keluarlah adik!jawapku panjang lebar,walaupun rasa bersalah,tapi..aku tahu akhirnya Alif dan Aaliya akan belajar mengenainya di sekolah.
Kan betul!aku yang lahir dulu,baru ko lah Aaliya...jerit Alif,saat dan tika itu,suara tangisan berkumandang memecah sunyi.
Alif!jangan le kacau adik...pujukku lembut
Adik tetap menangis,ku bisik padanya...adik lahir no 5 tapi..hari lahir adik cepat!abang lahir 30hb Sept.2004 tapi...adik lahir 24hb Julai 2007.Nanti hari lahir adik ibu sambut tapi.....abang kena tungguuuuuuuu bulan 9 nanti!padan muka dia!itu je...caranya untuk memberhentikan tangisan kanak2
Bila si adik diam,si abang pula tak boleh dok diam..
Aaliya!ibu cakap apa?tanyanya penuh kehairanan
Ibu cakap....saya sambut hari lahir bulan July tapi...Alif kena tunggu bulan sembilan!lama lagi.......ketawanya mula kedengaran dan mereka berkejaran lagi dan begitulah seterusnya.
Tak mahu mengalah,tak mahu bertolak ansur..tapi sesekali kelihatan juga gelagat yang menunjukan di hati mereka tetap ada taman yang mengikat mereka untuk saling memerlukan.






Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH