LAGI LAGI PRU

JOM!BALIK MENGUNDI



Esok nak meredah jalan ke Selatan tanahair.
Cepatnya?tanya kekawan..
Mestilah!semangat mesti lebih!sesekali balik kampung mestilah lama sikit,nak rasa kehangatan PRU ..jawap aku

Hari ini kena siapkan persedian utk pulang mengundi.Baju anak2,baju sendiri dan macam2 lagi.
Tapi...terfikir lah pulak!
Aku nak ngundi parti apa?keliru lah...semalam hati nak pangkah PR,bila keluar penafian ayah dak Syaiful,aduh!rasa nak undi BN lak...sebab pemimpin BN tak ada yang suka main belakang,kalau ada pun hentam depan je...hehehe


Berbalah balah hati ini,nak sokong BN,tapi...kenyataan CSL tentang islam buat hati kita marah!


Uncle tua ni,suka mainkan isu agama,tak tahu lah kenapa?tapi,,,semakin hari semakin meluat bila dia komen tentang agama suci kita.Uncle,,,u tak menganutinya maka u tak layak untuk mempertikaikannya.Banyak sangat kelemahan uncle tua ini,Lagi banyak dia keluarkan kenyataan lagi nampak kebodohan dan sikap kurang ajarnya!

Fikir punya fikir,ingat nak pangkah BN,tapi...teringat pula kenyataan Tengku Adnan,


Tak guna langsung walau sebaris pun ayat al qur'an sebagai petunjuk?patut le bebal semacam je pemimpin hari ini,dah tak berlandaskan al qur'an semasa memegang tampuk pemerintahan?Kerja gila betullah!Patut le Malaysia semakin kalut,rupa2nya islam pada nama saja,hakikatnya....hampas!

Fikir lagi....BN parti nenek moyang,mengapa aku mesti buang begitu je....tapi...tersentuh bila teringat kekayaan Taib Mahmud,bukan kaya sikit dia ni,kaya banyak!kaya sampai mati lah senang kata!dulu2,masa aku kecil,aku ingat Serawak tu dia yang punya!rupanya...dia hanya lah orang yang di pilih untuk menjaganya sahaja.tertipu lagi...dalam diam2..rupa2nya dia telah mencuri kekayaan negara hanya untuk temboloknya sahaja.Subhanallah...apa lah yang kau nak jawap di hadapan ALLAH wahai manusia tamak!



Pujuk lagi hati....Undilah BN,kelak kita semua akan bahagia...tanpa BN kita akan jadi hamba di bumi sendiri.Siapa cakap macam tu?siapa pun yg bakal menerajui,mereka pun tak mahu jadi kuli di bumi sendiri!kecuali apa yg telah di lakukan oleh baris pemimpin BN sekarang.Duit kita dia faraid sesama sendiri ikut suka je,joli sana sini...yang merana kita juga.......


Fikir lagi...biarlah,..mereka kan orang ternama,,tapi...apa kehenya pakai duit kita?patutnya jika nak bermewah2 gunalah duit sendiri.Setiap sen duit yang di gunakan melebihi had kan satu kesalahan,walaupun mereka yang memegang tampuk pemerintahan.Mengapa perlu bemewah2an begitu?malu lah sikit...kalau tak mampu dan tak de duit,jangan lah nak berlagak tidur kat hotel mcm ni...tidur kat hotel bajet lah!
Kalau kita ikut suami out station pun,kita mana lah boleh berlebih2an...yang bekerjakan suami,kita dapat ikut pun dah kira untung!Ni tidak...lebih sudu dari kuah lak!

Kusutnya kepala ni...siapa sebenarnya yang aku nak pangkah ni?PR?tak mungkin....mana mungkin aku akan pilih PR,Anwar peliwat!Anwar agen Yahudi!Anwar akhlak tak terpuji...Anwar tak macam Najib...PM kesayangan kita tu...Tok Guru pun tak macam Najib,,,mcm2 gambaran mengenai Tok Guru ...tapi...aku tak nampak pula mana sumbangnya.Aduhai....sakit kepala ni,sakit!Tapi..kalau nak nilaikan peribadi Anwar dan Najib,aku rasa Anwar lebih senonoh kot?kita lihat isterinya anak2nya...semua nampak sempurna dan sopan.Kalau kita bandingkan muka isterinya wan Azizah dengan  Rosmah!aku rasa muka Wan Azizah lebih berseri,Muka Rosmah nampak mencuka dan sombong.Itu cuma gambaran kasar je...kita tak tau pula di belakang tabir kehidupan mereka,Hanya ALLAH yang maha mengetahui.Semuga penilaian kat atas tu sekadar telahan aku je.Semuga Rosmah tak macam tu,adakalanya orang yang nampak garang hatinya lembut dan sebaliknya.

Semalam pun sebelum tidur,aku baca blog2 politik,banyak sungguh citer2 yang kita tak tahu dan tak akan tahu kerana citer2 ini tak layak masuk warta berita tv segala tv!makanya ...aku tak tau pun.Bila baca blog baru nampak semua tembelang!betul atau tak...aku sukar nak percaya,walaupun dalam hati berkata...kalau tak de angin mana mungkin pokok bergerak!

Aduhai....sakitnya kepala ni,aku nak pangkah apa?PR@BN?PR@BN?

Terjumpa pula artikel ttg SPR..ini lagi satu hal..aku nak sokong pun rasa mcm tak patut!sepatutnya SPR berkecuali memberi sokongan terang terangan pada BN!tapi...cuba lihat ni...


Boleh ke gitu?tunjuk  sokongan pada satu parti secara terang2an!tak adil lah...sepatutnya mereka tak boleh lakukannya jika meraka amanah pada kerja yang di pertanggungjawapkan.Apa lah yang akan berlaku bila mereka mati kan?ALLAH pasti murka! mereka gagal menjadi khalifah yang baik di muka bumi ini.Mereka gagal mempamerkan kejujuran dalam diri mereka.Kesiannya....Mungkin nafsu mereka melebihi kepala,sebab tu mereka tak boleh nak mempertahankan jati diri mereka sebaiknya.

Weiiii! buat apa tu?kedengaran sayup2 suara itu
tak de apa....saja je duduk2..kenapa?tanya aku pada si pemanggil yang tak tahu tidur petang tu
Saja2 je...Weiii...dah fikir nak pangkah parti mana?tanyanya lagi
Belum...tengah pening ni,sebelah sana kata gini sebelah sini kata gitu...sakit lah kepala nak fikirkan..kata aku lagi
Tak payah fikir lagi...pangkah je yang bercirikan islam...katanya lagi
dua2 pun islam juga...BN,PR...kan orang melayu agama islam!kata aku lagi...
Yalah...tapi...PR tu gabungan daripada 3 parti,ketiga2 parti tu ada ahli dari kalangan orang melayu yang islam!tapi....BN cuma ada islam kat dalam UMNO je,MCA dah tentulah orang Cina,MIC dah tentulah orang India.Siapa kata PAS di pergunakan oleh DAP,..ingat orang PAS tu orang bodoh ke?nak ikut je...apa kata DAP hingga mencemar kedaulatan agama dan negara.KEADILAN ada orang islam dan melayu yang bijak2 juga...ingat mereka nak jadi lembu cucuk hidung ke?mereka juga ada fikir tentang melayu dan islam.Tak akan pupus islam di mukabumi ni...U pangkah je...PR!habis citer!U kena fikir jauh,mereka dah bersenang lenang,U apa dapat?suami U tetap kena tanggung semua kos pelajaran,kos perubatan...bila U sakit,layak ke U masuk kelas pertama di Hospital Kerajaan?Tak kan?U kena bermodal untuk dapat rawatan di Hospital swasta!Anak U nak belajar..U kena belanja lebih kan?BRIM segala BRIM tu...U dapat ke?5 sen pun U tak layak!I thing U must do something...UBAH!Ini kalilah!Pada I,jika nak adil...turunkan harga minyak supaya semua orang dapat rasa!ini tidak....kita tetap sama,yang dapat BRIM tu suka le....kita?dapat habuk le!....hahahaha!sudahlah!U jangan fikir2 lagi..buang karen je...Pangkah PR!ingat tau...Katanya panjang lebar hingga mulut aku tercopong
OOOOOOOO....gitu ke?jawap saya..
yalah!apa lagi?katanya garang....Cuba U baca kat blog2 tu...jangan baca surat khabar,jangan tengok TV,jangan buka radio...kalau nak juga...pergi dengar IKIM!pahala dapat dosa pun kurang...heheheh...katanya lagi..
Ok...nanti saya fikir ya...kataku perlahan,dada sebak dan senak!panjang benor komennya...hingga naik semput dadaku ini
Jangan fikir lagi...U tak payah fikir jauh2 sangat...U ambil isu2 simple je...itu pun U tak faham,patut le masa sekolah tak jadi ketua darjah!hujahnya lagi
Kesitu lak!apa kene mengena ketua darjah dengan  politik masa kini...tanyaku balik
Yalah...orang cerdik je yang layak jadi ketua!yang nafsu besar,yang takut bini,yang tak de pendirian,yang banyak skandal, yang kuat main pempuan,yang suka tabur fitnah!tak layak jadi apa pun...dok diam2 je...hidup pun menyusahlan orang je...kalau ssh sorang2 ok lagi...kalau susahkan anak cucu kita,memang I tak halalkan mereka makan 5 sen pun duit I!katanya lagi
Ok...saya faham...jawapku ringkas
Oklah!malas nak cakap lagi...penat!I nak gi minum kopi jap!nak ikut?katanya lagi...
Tak lah...tak de mood nak minum kopi buat masa sekarang....kusut masai saya ni..kataku lagi
Oklah...lantak U lah...kalau U degil U pasti menyesal di kemudian hari...mereka dah simpan  duit untuk 7 keturunan mereka..U apa ada?gigi dgn lidah je...hahaha...katanya lagi Ok...saya fikirkan nanti jawapku dgn rasa geram di hati..celupar betul mulut minah ni....grrrr

Terfikir juga kata2nya...betul lah tu..dah banyak sangat kepincangan yang berlaku.Mereka patut di ajar.mereka patut di sedarkan..Tiada sepenggal lagi,mereka mohon sepenggal je lagi untuk menebus kesalahan..
Pada aku,mereka bukan di beri sepenggal tapi...berpenggal2!lamanya...mereka dah menguasai Malaysia bukan sehari dua tapi..bepuluh tahun!wajarkah mereka di beri peluang?Tapi...mereka menguasai semuanya,mereka boleh menang kerana SPRM merancang segalanya.Semuga ALLAH memudahkan urusan kami.

KITA TUNGGU......

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK