MAMEE MEE UDANG

MURAH DAN GUNA UDANG BESO!

Terbaca kat group LOVE MANJUNG,ada gerai makan terkini yang terhangat di pasaran!Kat mana le agak2nya gerai tersebut?kata hati sendirian.
Petang tu  kami menyusur jalan2 cari makan.Masuk Kampung 3 Sagari jalan terus hingga ke hujung kampung,tapi tak ketemui.Keluar balik dan jalan terus hingga ke batu 10!pusing balik...masuk kampung awal2 tadi.
Tetiba..tu lah!asal kita tak nampak tadi?suami bertanya
Mungkin sebab kita fokus,gerai ini mesti kat hujung kampung...terangku
Mungkinlah..kata suami

Kami sampai tepat pukul 7 malam.Nak makan situ tapi dah nak maghrib.Kami suruh tuan kedai bungkuskan sahaja.
Nasi goreng dan nasi goreng juga udang besar kail sendiri.Tanpa pengawet dan tanpa orang tengah!

Sampai di rumah,subhanallah...besar gila udang2nya.Rasa2nya tak patut lah harganya RM15 sepinggan,kita mungkin untung,tokey kedai mungkin garu kepala yang tak gatal.
Kami makan dengan berselera hingga udang hanya tinggal kepala sahaja.
Esok,pergi lagi...makan lagi...
Lusa,pergi lagi...makan lagi
Wehhh!!ingat2 sikit,kome dah tua..kang makan udang banyak2 terus kena gout!warning sahabatku
Ok...jawap aku lemah..
Selepas dah makan 3 hari berturut2,hingga kini aku tak berani untuk makan udang lagi.Seronoknya,bila kira2,udang yang besar ini hanya  berapa sen je,Jikalau  makan di Madam kwang,seekor je dah jejak ke RM16!Beza harganya bak bumi dengan langit!Jika berterusan,bila le Kakak ni nak kaya?kesian lah pulak!

Akak hairan tau,dua tiga hari ni,ramai benor oghang datang!kata tokey gerai tersebut
Orang tau dari FB kak,saya pun tau dari situ juga...kataku
Itulah,ada oghang kata gitu kat akak,tapi..akak tak de FB...tak tau apa2 pun katanya lagi
(suami bukakan untuknya laman yang di maksudkan)
Oh gitu ke?hari ini,baru buka dah habis!katanya lagi
Hati2 juga kak,FB ni promosi untuk berniaga memang bagus tapi untuk runtuhkan pun bagus juga,akak kena jaga2 bab kebersihan dan benda remeh temeh yang lain juga kataku lagi
Itulah,akak takut juga...akak baru 6 bulan berniaga,bila tetiba orang datang macam gini,akak jadi takut..katanya lagi
Baguslah kak,rezeki tuhan bagi tu..kataku sambil menyedut minuman yang masih berbaki.

Sebagai pelanggan kami hanya dapat berdoa agar gerai ini bertahan hingga bila2.Oleh kerana itu,kami akan memberi mereka sokongan moral iaitu hari2 datang makan!

Kami berlalu pergi meninggalkan gerai bak durian runtuh!Tokey mengira untung yang tak terduga.Dalam hati berbuah harapan untuk lebih cemerlang.




Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK