POTONG,POTONG,POTONG...

INCOME TAX

Dapat surat tertera URUSAN SERI PADUKA BAGINDA di atas sampul surat kaler putih bersih tu,sama macam dapat surat amaran dari  AH LONG!Jika dulu2,kita tunggu surat begini untuk mohon kerja,surat sambung belajar atau surat2 yang bersangkut paut dengan kerajaan yang pastinya tak melibatkan WANG!

Siang tadi,surat cinta dari kerajaan menyinggah ke rumah!Peng!peng!...adik posmen bunyikan hon setiap kali surat di masukkan ke dalam peti.
Hati dak duk dak duk...sambil mengoyak sampul surat mulut suami mengomel..berapa lah lagi kena bayar..
Buka sahaja....
Jeng,jeng,jeng,,,,
RM2502 sebulan selama setahun!keje gila betul!banyak sungguh!dah tak larat nak bayar,dah tak larat nak catu belanja bulanan,dah tak larat nak baca kepincangan kewangan kerajaan kita,dah tak laratlah...bosannnn!
Baru kebah bayar tambahan income tax tahun 2010,2011 datanglah pulak...tak habis2 kerajaan korek duit rakyat.Agaknya selagi mata celik lah!selagi itu dia kikis sampai licin licau!nak beli apa pun tak dapat.HUH!

Bayar income tax memang tanggungjawap rakyat,tanpa wang cukai bagai ni,macam mana kerajaan Barisan Nasional nak buat kerja.Kesian kerajaan,dapat menteri pun tak pandai berniaga,kalau bab perghabis!bagi kat deme...tau le macam mana nak gayakan duit rakyat jelata tu.Yang buat rakyat terkilan,duit2 cukai tu diorang sesuka je joli,pesta sana sini pun duit kerajaan,kerja luar ,dok pulak hotel RM150ribu semalam pun duit rakyat,kalau tak de duit,macam mana le deme nak buat koje?
Buat perancangan bela lembu,punyalah cun kertas kerja...apa dah jadi?bagi kat laki sharizat.Patutnya bagi le kat penternak2 lembu yang ada dan mahir bab lembu.Bila dah terbongkar,apa Laki Sharizat buat?beli kondom,opps!bukan kondom tapi...kondo,tinggi bertingkat2!mana lembu?tarak!penyalahgunaan telah berlaku,mana duit tu?keh!keh!keh!....hanguslah!250juta hanya untuk Sharizat joli2 dan buat harta sendiri.Rakyat?nak beli Mazda8 pun kena tunggu keluar EPF!padan muka aku,pangkah lagi tut!sokong lagi wehhh!sokong lagi!..

Ibu!tadi depan TESCO ada tulis BN MENANG RAKYAT SENANG!kata Alif
Mana?tanya aku dengan nada geram
Tadi...kat depan TESCO..katanya lagi
Dalam hati,kepala otak lah!senang apa kebendanya,nak buat apa pun tak boleh...asyik kena bayar cukai bagai..makan cukai,beli belah cukai...semuanya cukai.
Benci betul!

Punah impian,bulan February baru habis yang tahun 2010,baru nak bernafas,kerajaan kejar lagi untuk 2011 pula,tahun depan kerajaan kejar lagi untuk 2012,begitulah akhir hidup seorang manusia merangkap rakyat jelata pacal yang hina.
Hutang bayar hutang....
bayar hutang bayar hutang,,,,,,



Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH