KENANGAN MENGUSIK JIWA (sepanjang bersama Hajjah Habsah)

TEMAN RINDU SENYUMNYA..

Mak mertuaku paling hebat!
Seorang wanita yang baik dah budiman.Aku mengenalinya selepas bertunang dgn suami.Hanya berbekalkan sekeping gambar,mak mertuaku menerima aku seadanya.Bila di tanya...

Mengapa mak setuju sedangkan mak tak kenal pun saya?tanya aku pada satu pagi
Jawapannya:
Mak takut dia kahwin orang putih tua!..katanya
(Ikhlas sungguh jawapannya...)
Kenapa mak fikir gitu?tanya aku lagi
Yalah,dulu mak dah tolak seseorang,mak takut dia merajuk dengan mak...jawapnya lagi
(Begitulah kasih ibu,hati anak tetap di jaga agar tak terguris 2x!)

Mula2 jumpa dia,hari raya...datang sebagai tetamu,dia sambut dengan baik dan aku terharu..
Masa majlis pernikahan,dia sangat gembira,almaklum..anak bongsunya dah beristeri.Mungkin lega sebab tak payah fikirkan kebajikan si bujang tu lagi.Masa jumpa dia,usia dia dah tua dan kurang sihat pula,waktu sanggang,rutinnya tidur dan menonton TV.Pastinya siaran TV1 RTM jadi pilihannya.
Bila nak sesuatu,main order je...nak beli emas,tokey kedai Sri Pinang datang dengan peti besinya.Nak TV beso,tokey kedai Eletrik datang dan pasang!Cukup bahagia mak mertuaku.

Dek sebab kami jarang balik masa baru2 kahwin,adakalanya,sebaik nampak muka menantu cun dia ni....pertanyaan yang buat kita terduduk!
SIAPA NI?hehehe...tak boleh nak marah atau ambil hati,dah aku jarang berhubung dengannya.Kalau tak balik,maka tak berbual lah kami.Perhubungan tak macam sekarang,mudah dan cepat!Dulu2..mana ada HP bagai...kalau nak gunakan phone kena pakai phone office atau public phone..
Adakalanya dia terlupa aku menantu, bila dia membahasakan diri nya sebagai nenek!Aku tak boleh ambil hati sebab aku sendiri kurang hadir dalam hidupnya.Kebetulan kami tinggal jauh,maka hubungan kami agak terbatas!

Paling kelakar...bila kita telepon,dia sambut dengan perkataan
HALAU!...dan bukan HELLO!
Mula2 dengar,gelihati juga....padan muka!kena HALAU!
Bila dok dengan dia,pasti dia kongsi sama citer Hang Tuah,Hang Jebat..sebagai menantu,dengar je,sesekali menyampuk agar dia selesa.Kita tak payah le nak loyar buruk dengan mak mertua,berketik pun tidak ketika aku bersamanya.
Pernah aku tidur sekatil dengannya,masa dia lena aku lihat muka tua yang telah melahirkan suamiku.Aku lihat perutnya ada jaluran tanda kulit pecah!dek lahirkan 12 orang anak.Aku lihat rambutnya yang beruban penuh memenuhi kepala.Kesian....ibu mertuaku dah tua dan uzur pula.Aku bercita2 untuk tidak menghampakannya dan harap mak mertua tak  kecewa bermenantukanku juga.Setiap kali balik ke rumahnya.Rutin aku hanyalah dok di dapur membasuh pinggan mangkuk dan periuk belangga.Itu tak menjadi masalah bagi aku kerana dah jadi kebiasaan,bila datang rumah orang tak boleh goyang kaki!kena rajin2 ke dapur..walaupun tak memasak,cukup lah sekadar ringan tulang untuk membantu apa yang patut.

Lagi satu tabiatnya...bila nak keluar rumah,jangan mudah berjanji jika tak dapat di tunaikan.Kita janji pukul 9!lepas subuh dia akan bersiap sedia dan duduk di ruang tamu setia menanti.Kita yang tak siap lagi akan kepanasan bila lihat dia dah berselendang kemas.Bayangkan,mana mungkin,kita akan berhari raya di rumah orang seawal itu?tak pernah di buat orang kan?tapi..pada mak mertua,janji mesti di tepati.Tak kiralah apa terjadi,masa mesti tepat!pada kita pukul 9 tu lama lagi,tapi..bila kita fikir balik,untuk siapkan anak2,untuk berdandan dan untuk menyediakan kelengkapan...akhirnya...pukul 9 pagi melompat ke 10 pagi!patut le..mak mertuaku bersiap seawal mungkin.Tak mahu melewat2 dan melengahkan masa.

Paling gembira bila dia sudi mengunjungi kami di selatan tanahair,untuk menyambutnya,kami bersiap sedia sebaik mungkin.Beli apa jua yang dia sukai,cuba beri yang terbaik.Tapi..
Hello...akak nak bagitau,emak masuk ICU,jantung bermasalah..sayup suara kakak dan begitu sayu juga hati kami mendengarnya.Malam itu juga kami yang bergegas balik untuk melihatnya.
Emak suka sangat nak ke rumah kamu,emak dah siap semuanya.Tiket Kapalterbang,baju dah sedia hanya untuk berangkat je.Masa balik rumah,lihat semua persiapannya termasuk baju yang bakal di pakai di balik pintu,di gantung kemas.
Kesiannya mak mertuaku..pilunya rasa hati.Masa tu keadaannya agak membimbangkan.Mujur ALLAH bagi peluang untuk kami bersamanya lagi.Emak sihat kembali tapi atas nasihat perubatan,emak tak di galakan untuk berjalan jauh.
Akhirnya...impian kami untuk melihat emak mengunjungi dan melihat kehidupan kami...hancur berkecai!tapi..tak mengapa emak,kami tetap akan cuba mengunjungi emak di setiap kesempatan yang ada.

Bila hari raya atau waktu2 terluang,kami akan balik menziarahnya,walaupun seketika ,namun...kami tetap akan meluangkan masa bersamanya.Sebelum dia jatuh sakit sekitar thn 2003,aku ada berbual dengan kakak yang menjaganya,macam2 yang di ceritakan,masa tu...emak dah banyak tidur sahaja.Tak banyak yang dia dapat lakukan.Ubat pun dah tak rajin nak makan dan adakalanya malas nak makan dan terbiar melebihi waktunya.Meminta kakak menyediakan kuih muih lama2...Namun kakak atau sesiapa tak mungkin memikirkan sesuatu yg buruk bakal berlaku dalam hidup kami.

Seminggu selepas itu,dapat panggilan,dia sakit dan di masukan ke Hospital Tawakkal KL,Hospital itu lah tempat berihatnya setiap kali dia jatuh sakit,pada dia...kalau nak masuk hospital mesti hospital itu sebab tatariasnya macam hotel!
Mak nak masuk hospital hotel!kebiasaannya itulah ayat yang dia akan di utarakan.
Sebaik kami tau,tanpa buang masa,kami akan pulang dengan kadar segera.Bila sampai,mak sihat dan boleh bercakap...walaupun nampak lemah..sebaik nampak kelibat kami,senyum meleret ke telinga..
Balik juga,jangan le susah2..mak tau kamu sibuk..katanya
Tak pe mak,kalau kami tau mak sakit atau mak tak sihat,kami pasti balik...kataku lembut
Terima kasih ya...katanya lagi
2 hari kemudiannya kami pulang seperti biasa,beberapa hari kemudiannya,aku ada telefon kakak untuk bertanya keadaan mak,cara kakak kami tau,keadaan mak tak stabil.Kami bergegas pulang..sah!dia dah tak sedar,penafasannya lemah,sedikit demi sedikit denyut jantung makin perlahan.Semalaman kami menemaninya,kebetulan aku ada anak kecil,kami pulang juga.Pagi2 aku dah tolong buat apa yang patut,bersihkan biliknya,rumah agar nampak kemas dan rapi.Tapi..kali ini,kami akan sambut mak bukan dalam keadaan sihat tapi..menyambutnya dalam keadaan terkujur kaku tubuhnya.Katil kami letakan di tengah2 ruang tamu,.Lebih kurang pukul 11 pagi,kami dapat tau,emak dah tak de...dia dah tinggalkan kami semua.Beliau seorang ibu yang baik,yang kehilangan suami lama dulu tapi..tetap setia.Membesarkan anak2 sendirian dengan tabah.Abah meninggal dunia ketika suamiku berusia 13thn,sejak itu,hanya emak mertua yang menyambung tugas suaminya.Syukur anak2 menjadi dan tidak mengecewakan beliau.

Bila lihat kelibat tubuh kaku itu,air mata mengalir hangat,Semua urusan berjalan dengan pantas!bila selesai perkebumian,rumah itu jadi sunyi.Selalunya,dia akan duduk atau berbaring di kerusi rotan di tengah rumah atau berbaring di dalam biliknya.TV terpasang,pastinya siaran TV1 RTM.Tak boleh suka2 tukar...walaupun tak pernah mencuba tapi...kami tak akan sesekali melakukannya.Itu sahaja hiburan dia,itu sahaja yang dia suka...aku dah pesan dengan anak2,jangan nak pandai2 tukar siaran.Jika nenek masuk bilik baru boleh tukar!anak2 angguk je,seorang pun tak membantah!

Selesai segala urusan,aku cucikan kain2 batik lepas yang di gunakan tadi,aku jemurkan..aku tarik kapas2 yang masih melekat di kain2 itu.Aku buang apa yang patut,aku kemas semuanya...

Esoknya..
Pilih lah mana satu yang kamu minat..kata kakak
Kenapa akak nak kasi pada saya?tanya aku padanya
Sebab mak sayang kamu,selalu mak puji kamu,mak tak pernah hampa dengan kamu.Sebab tu,kami sepakat nak bagi kamu sesuatu milik mak..kata kakak lagi
Tak de apa lah kak,semua yang saya buat memang patut...kataku lagi
Tak pe..kakak pilihkan untuk kamu sambil memberi apa yang dia maksudkan.
Antara malu dan mau,akhirnya aku gengam juga hadiah itu.
Terima kasih kak..kata aku lagi

Hadiah itu merupakan barang yang emak paling sayangi.Barang itu,sentiasa ada padanya siang atau malam.Barang itu paling mak sukai,dan kini mereka menghadiahkan padaku.Walaupun aku tak tau dari sudut mana,hadiah itu patut aku terima,tapi...aku tetap menerimanya dgn hati gembira, Hadiah itu merupakan penganti emak dan  bakal bersama aku sepanjang hidup.
Selepas dia tiada,kami agak jarang pulang ke rumahnya.Bukan apa...cuma tak mahu menganggu kakak,lagipun perasaan itu hilang,tiada apa lagi yang kami temui di situ.walaupun kami tak pulang,ingatan tetap bersemi di hati.Terlalu banyak kenangan di rumah itu bersama seorang wanita tua yang merupakan emak mertua paling sempurna.

Nasihat paling berguna menjadi peganganku,hutang banyak tak pe...asalkan setia..Hingga kini,masih tersemat di hati.Ada betulnya kata2 itu,bersatu teguh bercerai roboh!
Emak2 walaupun kita bersama hanya seketika,namun kenangan bersamamu tetap kekal abadi di hati ini,Emak tak banyak kerenah,tidak menganggu rumahtangga kami.Tidak mencampuri urusan kami.Semuanya mak serah untuk kami selesaikan.Tidak pernah mendesak,tidak pernah menunjuk muka masam,tidak pernah meninggikan suara dan tidak pernah membentak2!itulah sikap yang paling istimewa yang dia miliki.Dengan restunya,kami masih kekal hingga kini tanpa persengketaan yang berpanjangan.Terima kasih ALLAH kerana mengurniakan aku seorang emak mertua yang terbaik!

Semuga ALLAH menempatkan emak di kalangan insan2 beriman.Al fatihah untuk Hajjah Habsah Bte Abdul Majid








Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH