SELAMAT HARI IBU

SEBAB MENGAPA KITA TAK PERLU MENYERTAINYA

Baru2 ni je tau mengenainya.Dulu2,mana ada semua ni.Pada aku,hari2 tu hari ibu,bukan sebulan sekali bukan setahun sekali.Tapi hari2!
Di sebabkan aku lahir di kalangan orang2 melayu islam,aku tak pernah pun tahu perkara2 mcm ni.Yang aku tahu,hanyalah hari2 cuti penting yang ada kat Malasyia je,selebihnya,dapat makan pun dah bersyukur!

Hari demi hari,usia,pengalaman dan sikap ambil tau,buat aku faham..orang2 yang beragama kristian menganggap hari ini sebagai hari untuk memperingati Ibu gereja dan kebanyakannya melibatkan agama anutan mereka.Misalnya,Orang Greece menyambutnya bagi memperingati ibu tuhan mereka iaitu Rhea.Orang2 England memberi penghormatan kepada Mother Mary(Mariam),iaitu ibu kepada Nabi Isa.Serta beberapa lagi individu yang kebanyakannya berkaitan dengan agama kristian.Itulah antara sebab mengapa kita tak di galakan untuk meraikannya.walaupun nawaitu kita baik,tapi..dek sebab2 itulah kita tak di galakan utk sama2 menyambutnya.Sambutlah hari ibu kita di luar tarikh penting ini.Itu tak menjadi salah kerana sudah termaktub!hari2 adalah hari istimewa untuk seorang ibu.



Pada aku,hari apa pun tak kisah!asalkan anak2ku ingat padaku dan tidak membuat sesuatu yang bertentang dengan agama sudah cukup menunjukan mereka menghargai aku sebagai ibu.Jikalau mereka menyambut setiap thn pun,seandai perbuatan mereka membuat aku sedih dan kecewa.Apalah makna semuanya itu?
Prinsip aku mudah je,seandainya dah di tegah,aku akan ikut tanpa soal.Semua yang ditegah ada baiknya.Jika kita teruskan,sehingga tergadai akidah pun tak memberi faedah pada kita.Menperingati ibu adalah wajib bagi kita,menghargai mereka juga sudah menjadi tanggungjawap buat kita.Kerana ibulah yang telah membelai kita dari dalam perut hingga ke dewasa.Tak salah jika kita menghargai mereka dengan apa cara pun.Lakukanlah apa sahaja asalkan tidak bertentangan dengan Islam.

Sebelum aku faham mengenai hari ibu.Aku pernah juga menyambutnya dengan ibu.Kami hanya membeli hadiah,bunga atau apa sahaja serta makan bersama.Semua tu kami lakukan tanpa memikirkan perkara yang lain.Setelah kami memahami mengapa kita tak boleh meyambutnya,sejak itu juga..tiadalah hari ibu lagi.Pada aku dan adik beradik yang lain,kami cuba memberi yang terbaik dan termampu asalkan ibuku gembira dan rasa di hargai.

Kepada anak2,tiada terasa hati ibu ini,jika kalian tak menyambutnya.Tiada terkilan di hati jika kalian tidak mengucap sebaris ucapan pun pada hari itu.Kita telah mengetahui sebab musababnya,kita tidak boleh memandang remeh perkara itu.Sesuatu yang bersangkut paut dengan agama usahlah kita perjudikan dengan kemodenan.Semua itu akan buat kita di murkai ALLAH.

Jika kamu menjadi ibu,katakan pada anak2mu bahawa tiada hari khusus untuk ibu,Hari2 yang kamu lalui itu adalah hari2 paling istimewa untuk seorang ibu,setiap detik pembesaran kamu,seorang ibu akan menjadi pemerhati yang setia,mengukur setiap inci dan meneliti setiap perubahan yang ada padamu.

Namun,sebagai anak....tak salah jika kita sering mengucapkan SELAMAT HARI IBU pada ibu,emak,mama,mami,bonda,Umi dan apa jua sebutan pada kesempatan yang ada..

SELAMAT HARI EMAK KHAS UNTUK HAJJAH ALIJAH BTE HAJI ISMAIL semuga emak bahagia di samping kami anak2mu.

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK