EKZAME ATAU ALAHAN 1

SATU ALAHAN YANG BUAT ANAK TAK SELESA




Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang,gatal,kering,mengelupas,kemerahan dan bersisik.Penyakit ini ada kaitan dengan tidak balas  hipersensitif pada bahagian kulit,iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.Kesan penyakit ini pada kanak2 boleh dilihat di lutut,pelipat2,atas punggung,buku lali,belakang telinga,muka dan kulit kepala.Untuk orang dewasa ekzema selalu menyerang di pelipat siku dan belakang lutut.Selalunya akan menyerang kanak2 tidak mengira usia,terutama kanak2 bawah 2thn.Ekzame juga ketegori penyakit keturunan!

Apa?keturunan?bila masa pulak aku kena sakit gatal2 bagai ni?
2 anak daraku ada ekzema.Kulit paling sensitif!Aina misalnya,sehingga sekarang masih memakai krim yang doktor cadangkan .Ekzema menyerang dia dari kecil.Selalunya di pelipat2 dan di leher.Lama juga Aina mengidap ekzema.Doktor ketegorikan penyakit ini akan hilang bila dia beransur2 remaja.Syukur,walaupun masih ada walau tak parah.Tapi..setidak2nya ekzemanya tak menyusahkan hidup hariannya.Masa peringkat awal..bawah leher,pelipat penuh dengan radang yang sangat gatal.Kesian bila melihat keadaannya.Bila ekzema menyerang,dia akan garu tempat yang alah itu hingga berdarah!oleh kerana itu,kebersihan amat di titik beratkan untuk mengelak dari merebak.

Ibu!bilik darjah Aina panas!kulit Aina dah gatal!katanya
Aku lihat kulitnya.Sah!memang merah2 dan mula bersisik!
Esoknya...
Ustazah,saya nak pasang kipas kat bilik darjah anak saya,dia tak tahan panas,habis kulit dia gatal2 sebab berpeluh kataku pada Ustazah Rosni(kebetulan Aina bersekolah di sebuah sekolah agama tanpa pembiayaan kerajaan)
Ustazah tak minta satu,tapi kena pasang 5!mujur le ada bajet,jika tak mau bayar 10x dgn tokey kedai tu.Maknanya banyak kelas yang anak muridnya kepanasan!

Sebagai ibu,aku kena peka dengan keadaannya.Budak ekzema potensi untuk resdung dan lelah.Bila ada resdung,adalah lelah dan alahan kulit.Penyakit 3 serangkai di panggil Doktor.
Bila dah besar2,barulah ekzema tu berkurangan,namun alahan hidung tetap dirasai.Tak de angin tak de ribut,tetiba je mata merah dan bengkak dek gatal.Bersin di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.begitulah keadaannya kanak2 ekzema

Sabtu lepas,bawa Aaliya untuk lihat alahan kat pehanya.Puas guna ubat Doktor di pekan.Keadaannya tak berubah.Tompokan kemerah2an makin ketara.Doktor Ling pesan,sapu krim sahaja sebab kulit dia sangat kering.Aku buat apa yang di suruh namun keadaan tetap sama.

Kita kena bawa pergi pakar kulit juga ni,saranan aku pada suami
Demi anak,biasanya suami tak membantah.Di kesempatan yang ada,aku gagahi jua meluangkan masa demi anak dara cilik ini.Datang pukul 9pagi,tapi...dapat jumpa doktor pada 11.30pagi.Itupun hanya lebihkurang 10minit je.Rasa2 tak berbaloi penantian kita yang berjam2 ni.

Doktor sahkan Aaliya pengidap ekzema.Seorang lagi!getus hati..
Bukan kayap ke doktor?tanya aku
Tak lah!ini ekzema...dalam adik beradik ada yang macam dia tak?tanya doktor
Ada....kakak(ketegori resdung dan alahan)dan abang(Alif ketegori lelah dan alahan)
Ok,cuba ubat ni,jika tak baik juga,datang lagi...kata doktor
Ok Doktor,saya cuba..jawapku



Dia beri 3 ubat sapu serta sabun badan yang terbaik.Jumlah keseluruhan bil Aaliya ialah RM 210 sahaja.tak boleh claim sebab tak bawa surat sokongan dari panel Doktor yang mengesahkan Aaliya perlu di rujuk ke pakar!Mana lah aku tau,ada kesempatan aku pergilah jumpa doktor.Nak harapkan Doktor Sitiawan...hari pun malam!Asyik tukar2 krim hingga warna kulit Aaliya dah tak sekata.

Krim tak boleh pakai selalu,ada kesan sampingan.elok di sapu krim2(losyen)yang baik sikit agar alahan tu hilang sendiri.Pesan Doktor atau farmasi yang biasa aku jejaki.Pastikan losyen di sapu selalu agar kulit anak tak terlampau kering pesannya lagi.

Puas aku mencuba berbagai2 krim,keadaannya makin teruk!tempat yang bermasalah jadi makin tebal dan kematu.
Akhirnya...setelah di cuba ubat2an Doktor Dato' Budiwiyah,akhirnya kulit2 yang tampak kematu itu semakin nipis dan kulit anak daraku jadi semakin cantik!tak sampai 24jam!dengan izin ALLAH,ekzema Aaliya hampir pulih seperti sedia kala.Syukur pada Ilahi..
Berbaloi rasanya aku dan suami menapak ke Hospital Ampang Puteri.Jika tidak kulit Aaliya tetap begitu
Kakak dan abang sering mengejeknya Aaliya kurap!
Kesian tengok dia menangis sedih dek ejekan abang dan kakaknya itu.Sebagai ibu,kuasa veto sentiasa ada dalam genggaman.Sekali jerit 4 orang sekali diam!belum lagi kena lesing!..
Adik bukan kena kurap le,ekzema!jangan nak macam2 ya,kang ada yang kena campak keluar kete!ayat biasa bila nak gertak anak2.

Pesanan:
Kepada ibubapa yang ada anak2 macam Aina,Alif dan Aaliya,kita kena pastikan dia mendapat rawatan yang sepatutnya.Ekzema sangat merimaskan,gatal yang amat2 gatal dan ketidak selesaan buat Aina,Alif atau Aaliya sering mengeluh.HUH!
Makanan kena jaga,elakkan makanan laut dan ayam(jika nak makan juga,pastikan kulit ayam di buang terlebih dahulu)Pastikan sayur2an tersedia.
Elakkan pakai pakaian yang tak menyerap peluh.Gunakan kain cotton atau kain2 yang lembut lagi selesa.Guna shampoo atau sabun mandi yang doktor cadangkan,jangan lokek..keselesaan anak adalah tanggungjawap kita bersama.

Siap slogan lah pulak!









Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH