LUAHAN HATI SEORANG IBU TUA..

CATATAN KE 187
BILA ANAK MASUK U,MASUK KOLEJ ATAU MASUK APA PUN...

Masa kecil,anak2 memulakan pembelajaran dari rumah,kemudian tadika,kemudian Sekolah Kebangsaan,kemudian Sekolah menengah dan akhir sekali...masuk U atau Kolej atau pusat2 pengajian yang sewaktu dengannya.

Anak sulung,tak ada pengalaman
Anak sulung pembuka jalan dan anak sulung yang beri pengalaman baru
Selepas anak sulung dapat keputusan,boleh lah!nak peluk gunung tapi tangan tak sampai.Makanya,peluk le gunung yang apa adanya.
Dah hampir 2 tahun,anak sulung keluar dari kewalan ibubapa.Syukur....anak sulung masih seperti dulu,semuga anak sulung tetap kekal begitu.

Lagi 2 minggu,anak kedua pula akan keluar mencari ilmu di dada.Kali ini,hanya dapat menyambung ke pusat pengajian swasta sahaja.Syukur...setidak2nya,dia layak juga untuk memeluk gunung,walaupun setakat apa adanya.

Perasaan aku?
Dek sebab dah ada pengalaman,tiada masalah...
Semua masalah nampak mudah je,hari2 doa kat ALLAH semuga segala urusan hidup kami sentiasa di mudahkan.AMIN..

Dah siap semua barang2 yang nak di bawa?tanya aku pada Mira
Dah,cuma ibu nanti kemaskan aje masuk dalam kotak tu...jawapnya
Ok,nanti hantar kat bilik,ibu kemaskan..kataku lagi
Masa yang sulung pun,gitu juga aku buat,kemaskan,lipatkan baju,pilihkan tudung untuk sedondon dengan baju.Dan buat apa yang patut.
Bila Mira,kurang sikit sebab Mira pandai berdikari..tapi tetap kena pantau selalu.Anak sulung aku agak kecuh sikit.Kalau buat keje,satu kampung boleh dengar!bising!riuh sekampung bagai ayam hilang telur!
Tapi..sejak dah 2 tahun dok sendiri,syukur...beliau dah boleh selesaikan masalah tanpa bantuan.Aku setakat memberi nasihat apa yang patut je.
Sebagai ibubapa,keluarnya mereka bukan bermakna telah lepas tanggungjawap untuk mengawal mereka.Kita masih perlu sentiasa memantau kehidupan mereka selagi mereka tidak berumahtangga lagi.

Bila berjauhan,ada saat2 yang sangat genting..
Ibu!Aina sakit perut..mengadu nasib sambil menangis,kita yang nun jauh di sana,apa lah daya yang kita boleh bantu,kecuali doa je
Sapu minyak,minum air panas lahan2,ibu jauh tak dapat nak tolong,usaha sendiri ya...itu aje yang aku dapat buat
Situasi begini buat kita yang bederau darah!

Anak ke 2,aku juga bimbang yang amat sangat,lagi kuat nangis drp yang sulung.Pantang silap sikit,pasti berjurai air mata.Tapi..apa daya ibu anak2..pelajaran kamu kena cari,walau beribu batu,itulah tuntutan yang kamu kena cari untuk kehidupan akan datang.

Kami ibubapa,hanya mampu membantu sahaja,selebihnya ada dalam tangan kamu sendiri.Kalau ikut hati,mau kamu ada di depan mata,tapi..apa kan daya
Masih jauh perjuangan kamu semua,semuga kamu akan selamat dan bijak mengharungi cabaran hidup ini.

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK