ASAM PEDAS!WALAWEHHH

PALING DI GEMARI

Hari ini aku masak asam pedas!suami dengar pengsan 5 kali!Lemah!katanya
Orang Johor,dengar je asam pedas,boleh meleleh air liur.Terbayang lah menu di tengahari.Asam pedas Johor pekat sikit daripada asam pedas Melaka.Biasanya,asam pedas pekat atau cair bergantung pada isinya,ikan besar ikan kecil semua di ambil kira.Kalau ikan kecil kita masak le cair sikit,pekat tak sesuai!masukkan bendir, bunga kantan atau daum kesum(daun kesum pun hanya untuk beberapa jenis ikan je tak boleh main suka je)

Asam pedas  paling sedap jika rasanya masuk sekali,ada masin ada masam ada manis sikit.Pedas? pasti lah..nak pedas tambahkan lada hitam di kisar sekali atau cari cili kering yang memang dah pedas!

Masak apa hari ini?tanya suami
Asam pedas!jawap isteri
Lomah eden...jawap suami

Apa nak buat,tak kan nak ikut selera orang minang je,sesekali aku nak makan selera orang kampung teman juga.Nasiblah ya bang...esok teman masak lomak cili padi atau ikan keli berlado!

Hari ini,aku masak asam pedas ayam,orang jarang makan,tapi..orang Johor pandai mengayakannya.Asam pedas daging pun sodap...jika makan pasti nak lagi!Jangan lupa letak daun kesum,bendir dan lada untuk menambah perisa.

Jika ke Melaka,kami juga akan cari asam pedas.sebutlah...di mana jua asam pedas terbaik,pasti aku jejaki.Suami tak suka...tapi dia ngikut juga cuma cara makan dia mesti bersama kicap cap udang.Selebihnya...nasi segunung 2 kali tambah!

Asam pedas tak boleh di pisahkan dengan aku,sama macam isi dengan kuku,cukup akrab dan cukup senonim dalam jiwa.Almaklum,dari kecil itulah masakan yang berulangkali di jamu untuk ku.Bila orang lain kutuk asam pedas,aku pasti telinga merah!tapi...kita tak boleh paksa orang untuk suka dengan apa yang kita sukai.Begitu juga orang lain tak boleh paksa kita untuk suka dengan apa yang merekai sukai.Oleh karana itu..

TEPUK DADA TANYA SELERA


Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK