HARI BURUH

1 MEI 2013

Bila terpandang tarikh ini,terus teringat...
Hari Buruh @ Hari Pekerja @ hari istimewa untuk manusia yang bekerja.
Hari ini adalah hari paling bermakna pada semua.Hari khas untuk menghargai semua orang yang bekerja termasuk le juga yang tak bekerja.Biasanya,yang tak bekerja tumpang semangkuk!Orang cuti dia turut cuti,walhal...dia sentiasa cuti sepanjang masa!

Masa kerja dulu,cuti2 umum macam ni,dah lama aku kaler kan kat kelendar.Sekadar peringatan je...lagi satu,untuk mudahkan aku bila nak rancang cuti.Masa kerja,cuti susah nak atur,bila kita nak cuti,kerja melambak!dulu2..aku kerja kilang minyak sawit.Kelapa sawit ni ada musim juga,awal2 tahun...buah kurang dan ini bermakna minyak pun kurang.Masa ni,kami kena paksa habiskan cuti2 yang kami ada...kerja kilang India,bukan India Malaysia tapi...India Mumbai!Setiap hujung tahun,mereka akan datang melawat kilang mereka dan sekaligus mengistiharkan bonus!Bila dah dapat bonus!kami berpesta pulak!begitulah seterusnya....

Oleh kerana aku bertugas di operation Dept. awal2 bulan,aku tak boleh cuti!semua cuti di bekukan,apatah lagi jika 1 Mei itu jatuh pada hujung minggu.Kami tak boleh sesuka hati cuti...pasti jadi isu esoknya.Masa ni,1 Mei ke 2 Mei ke...sama je,kerja tetap kena kerja.Tiada keistimewaannya pun.Tokey tak kira,asalkan untung!

Tambahan lagi,tiada orang yang kasi khabo kat deme,yang mereka tau,tak de masalah!cukup tahun untung berlipat ganda!Itulah hakikatnya,pekerja kolar biru,pekerja kolar putih..semuanya  berjuang demi sesuap nasi.Bonus seorang pekerja bukan terletak pada wang ringgit,tapi kepercayaan,penghargaan dan penghormatan sebagai manusia yang telah berbakti demi kejayaan bersama.

Bagi kami,apa hari pun sama,tiada membawa makna apa2 pun...HUH!



Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK