UMRAH 2013

SEDIH,SERONOK DAN 1001 MACAM RASA!

Bertolak pada 1hb April 2013,lewat petang dan pastinya sampai hampir lewat malam.9 jam berada di perut pesawat,buat punggung kebas,kaki lenguh dan sangat meletihkan.Mujur pertukaran waktu tidak kami sedari kerana ketiduran yang melampau!

Semasa sampai di Madinah,jam menunjukkan pukul 9 setengah malam.Jika di Malaysia,pasti sudah tidur lena di buai mimpi yang indah.Sebaik sahaja menjejaki kaki di bumi Madinah,hilang semua kepenatan dek teruja melihat bumi yang sering di sebut2 sedari sekolah rendah lagi.Mekah,Madinah,Nabi Muhammad telah senonim di bibir dan ingatan kita kerana sejarah islam dan  didikan agama islam telah diserap di jiwa sejak kita kecil lagi.Mengikut pesan kakak,sebaik kaki di jejakkan di bumi Madinah,maka bermulalah selawat atas nabi tanpa putus!Nabi menyambut kita,nabi melihat ketibaan kita....itu yang buat hati berdebar bila kekasih hati menyambut kedatangan kami.Semuanya mengikut keyakinan kita,tapi...hati aku tetap percaya dengan anggapan itu kerana nabi adalah insan teristimewa dan terpilih serta menjadi nabi kesayangan ALLAH.

Proses pemeriksaan pihak emigresen berjalan lancar tanpa masalah.Untuk ke hotel,kami menaiki bus yang telah di sediakan mengikut nombor bus yang telah di beritahu terlebih awal oleh Pihak Tabung haji.Sepanjang jalan,aku menyusuri sirah nabi,aku melihat keadaan bumi penuh barakah ini,di sinilah kekasihku berjuang untuk menyebarkan islam,di sinilah kekasih aku bermatian untuk islam.Sangat menyedihkan kerana beliau telah tiada untuk kutatap wajahnya.Yang ada hanyalah peninggalan sejarah perjuangannya.Namun,syukur pada ilahi,pengorbanannya berbaloi kerana umatnya semakin hari semakin ramai.Walaupun ada yang membencinya,tak kurang yang menyayanginya sehingga hayat di kandung badan.

Sebaik sampai di hotel,aku mencuri pandang mencari Masjid Nabawi,selepas merihatkan badan barang seketika.Aku menyusur kaki perlahan mencari Masjid yang indah itu.Sebaik melihatnya,subhanallah...cantiknya,indahnya dan tersergam gah!menakjubkan ya allah....
Aku susuri perlahan,menyaksikan keindahannya,menyaksikan cahaya yang menerangi setiap pelusuk setiap sudut hingga pandangan mata terpana dek keunikkannya.Dalam hati,aku akan memulakan jemaahku esok pagi.Aku pasti!


Seperti yang aku sendiri janjikan,esok pagi,awal2 aku dah bersiap sedia untuk jemaah subuh bersama muslimin dan muslimat yang ramai itu.Berduyun2 manusia hadirkan diri untuk memeriahkan Masjid Nabawi,alangkah indahnya jika pemandangan ini aku boleh lihat di Malaysia.Di sini,masjid sepi pada waktu2 tertentu tapi...tidak di Masjid Nabawi...,kemeriahan tidak menentu masa!sentiasa ada manusia yang bertahajjud,mengaji,bersolat sunat dan lain2 lagi.Disini,sekali lagi aku panjat kesyukuran kerana Islam tidak lemah!ramai sebenarnya yang menganutinya,berbilang bangsa!dari pelusuk negara.Subhanallah...maha besar ALLAH.


Hari pertama,aku di bawa mengelilingi masjid,pergi perkuburan Baqi tapi..kaum wanita tak di benarkan memasuki perkuburan,sekadar membaca doa di pinggiran pagar banggunan sahaja.Saat yang sangat berharga bila kami di bawa ke makam Nabi dan para sahabatnya iaitu Saidina  Abu Bakar As Siddiq r.a dan Saidina Umar Bin Al khattab r.a.aduhai...bukan senang kita nak kesana,3 peringkat kita kena jalani..hampir 3 jam baru kita dapat menziarahi makam baginda.Bila sampai di makamnya,kami mencari pula simbol raudhah iaitu karpet berwarna hijau,di situlah tempat yang menjadi rebutan untuk semua manusia.Di situlah kami memanjat doa agar di ampunkan dosa oleh ALLAH...Ya Rasulullah,aku banyak dosa,tolonglah sampaikan salamku pada ALLAH agar di ampuni dosa2 aku,kedua ibubapaku,sanak saudara dan rakan taulanku.Pohonkanlah pada ALLAH agar dapat mengampuni dosa2 kami Ya Rasulullah.Di sini juga aku titipkan salam dari kaum klrga dan rakan taulan,di sinilah aku memohon agar di beri makrifat oleh ALLAH.Aku pohon agar ALLAH menyuntik sedikit sinar keimanan agar aku akan terus mengingatinya setiap detik dan setiap saat.Berlinangan air mataku,penuh keinsafan,penuh kasih sayang terhadap nabi junjungan dan nabi kesayangan kita.



Kami juga di bawa ke Jabal Uhud(di sini terdapat ramai para sayyid As-syuhada Saidina Hamzah dan anak saudaranya Abdullah Bin Jahsyi dan Mus'ab Bin Umair r.a. serta beberapa perajurit yang terkorban di medan perang Uhud yang termasyhur dalam sejarah islam)Kami juga di bawa melawat ke masjid2 yang  ternama seperti Masjid quba dan Masjid Qiblatain.
Puas hati bila dapat melihat semuanya dengan mata kepala sendiri.Berbaloi segala usaha untuk ke sini.Bukan senang kami nak ke sini,banyak wang telah kami laburkan demi menjejaki sirahmu Ya Rasulullah.Berkatilah perjalanan kami Ya ALLAH.Kami tidak mahu perjalanan ini sia2 Ya ALLAH.
Seharian kami di Madinah,kami belum dapat menjejakkan kaki luar dari masjid,baru nak melangkah,azan Zuhor,baru nak merayap...azan asar pula kedengaran.Semua itu kami kejar agar kami dapat merebut fadhilat yang di janjikan iaitu pahala berjemaah di masjid Nabi ALLAH ini.Bila malam menjelang...keletihan melampau!dan pusingan hidup bermula seawal 3 pagi!sebab waktu subuh di Madinah seawal 4 pagi!Sebelum meninggalkan Madinah,kita di wajibkan untuk mengucapkan selamat tinggal pada Nabi,kita tak boleh main tinggalkan aje tanpa mendapat restunya.Selepas subuh,aku susuri jalan ke pintu 25,di sini kami masuk dan menunggu giliran seperti lazimnya.tapi..kali ini,aku tak menunggu,aku terus mencuri masuk tanpa mengikut arahan penjaga,aku pura2 tak faham arahan kerana jika kita terlalu tertib,jika kita mengikut sahaja arahan mereka,pasti aku tak dapat memasuki raudhah kerana kami akan bertolak seawal pukul 10 pagi!Syukur...aku dapat menembusi masuk ke Raudhah seperti yang di rancang wpun bersesak2 tapi...aku puas hati.Aku berdoa lagi,aku memohon segala2nya di sini.Semasa nak meninggalkan Makam Nabi,air mata tak boleh di tahan,berlinang tanpa di paksa..meleleh keluar tanpa dapat di sekat lagi...Ya Rasulullah,janganlah jadikan kedatangan aku ini yang terakhir,aku mahu mengunjungimu lagi pada kesempatan yang lain.Aku melangkah keluar dengan lemahnya...aku tahu,kedatangan aku bukan seperti memetik jari!cukup sukar kerana aku bukanlah orang kaya raya.Berpuluh ribu aku kena simpan untuk ke mari.Ya ALLAH,permudahkanlah..


Hari ke 4 baru kami berangkat ke Mekah dengan menaiki bus,perjalanan memakan masa selama hampir 8 jam!di pertengahan jalan iaitu di Miqat yang di tentukan,kita kena sembahyang 2 rakaat dan kemudiannya memasang niat untuk mengerjakan Umrah.Maka bermulalah pantang larang yang di tetapkan.Sepanjang jalan kita kena pula bertalbiah untuk menghidupkan suasana.Sunat bagi perempuan dan kemestian untuk kaum lelaki.Sepanjang jalan,apa yang aku perhatikan..keliling kita hanyalah gunung ganang yang bukan berpokok tapi...berbatu sahaja!Bayangkan?bagaimana Nabi ALLAH memulakan perjuangan dengan keadaan kering kontang!Kasihku bertambah kental untuknya.Aku tak mungkin berpaling tadah ya Rasulullah,Aku akan tetap dengan peganganku...iaitu ISLAM agamaku.
Semasa sampai di Mekah,malam sudah menjelang...hati sekali lagi di cuit kerinduan.Begini rupanya Mekah tempat kelahiran Nabi ALLAH.Ya ALLAH,aku panjat kesyukuran kerana kau sudi menerimaku sebagai tetamu ya ALLAH.Terima kasih....
Sebaik sampai,kami uruskan semua keperluan..dan bermulalah aktiviti yang di nanti iaitu bertawaf,bersaie dan tahalul!selepas itu,barulah kami MERDEKA!
Semasa kami memasuki masjid,aku mencuri pandang ke arah Kaabah!Subhanallah...sekali lagi,mata terpana ke arah kotak hitam berkhat emas itu.Penuh kekaguman,aku perhatikan setiap inci,setiap arah....aku lihat kainnya bertenunkan ALLAH ALLAH dan ALLAH.cantiknya rumah ALLAH...tak sedar air mata berlinang lagi.Maha suci ALLAH...hebatnya ketentuanmu,aku hadir bersama manusia lain,melakukan tawaf 7 keliling sambil memujimu.Kau dengarlah rintihan kami ya ALLAH,kau tunaikanlah permintaan  kami Ya ALLAH,kau permudahkanlah urusan kami Ya ALLAH.Selesai tawaf kami sembahyang sunat 2 rakaat dan minum air zam2 untuk sekian kalinya.
Aku melakukan saie pun dalam keadaan penuh keredhaan...apa pun yang di tetapkan,pasti aku akan lakukannya dengan baik.Aku tau,ini semua buat kita faham keadaan Siti Hajar berlari mencari air untuk Nabi Ismail.Sangat menyedihkan...untuk menghayati keadaan,aku nasihatkan kepada semua...selepas minum air zam2 selepas tawaf,usahlah minum lagi..teruskanlah perjalanan...sehingga kita akan berasa sangat haus dan letih.Selepas itu,kita akan rasa deritanya secara tak langsung!cubalah!hayati perjalanan ini dengan khyusuk dan tawaduk.
Habis berjalan 7 keliling,barulah aku bertahlul...aku gunting rambut dan meleraikannya ....subhanallah...indah sungguh peraturan yang di tentukan untuk kami.Semua perlakuan ada makna yang tersirat.Semua perbuatan menjadikan kita semakin tawaduk pada yang esa.
Mengikut agenda yang di tentukan,kami akan melakukan Umrah sebanyak 3x beserta ziarah keluar dan ceramah2 agama yang di kelolakan oleh pihak berwajib.
Masa kami terisi dengan ilmu,masa kami terisi dengan kecintaan pada ilahi dan rasulnya.
Selama 5 hari kami di Mekah,sepanjang itulah juga kami menyusur kehidupan yang wajar.Solat,solat dan solat...tanpa ingatkan hal dunia.Yang kami tumpukan hanyalah solat dan terus bersolat.Seronok hidup di sini,kami boleh melakukan ibadat tanpa halangan kecuali haid bagi wanita.Hanya hal ini sahaja yang menghalang kita beribadat tapi...kita masih boleh mengisi masa lapang dengan membeli belah!sambil berzikir dengan nama ALLAH.
Sebelum pulang,kita kena buat tawaf Wada'(selamat tinggal)...masa ini,aku dah di datangi haid,maka...aku hanya dapat melambai melalui kawasan saie sahaja.Aku luangkan masa di sini sambil menyuarakan isi hatiku pada yang esa.Aku luahkan semuanya...aku perkatakan segalanya kerana aku tau,tiada yang tersembunyi darinya,Ya ALLAH,jangan jadikan kedatangan ini yang terakhir,jika aku tak dapat menjejakkan kaki ke rumahnya di sebabkan kematian,aku naik saksi bahawasanya tiada tuhan yang akan ku sembah melainkan kau ya ALLAH dan Nabi Muhammad adalah pesuruhmu Ya ALLAH.Aku tidak akan menyekutukanmu Ya ALLAH.Aku janji itu...
Selesai meluangkan masa bersama dengan ALLAH...aku dapat merasai satu sinar dalam hati...dengan meninggalkan yang di larang dan melakukan apa yang di suruh.
Sampai di Malaysia,aku berazam akan mengubah perlahan kehidupan kami,walaupun tidak sebaik mungkin....aku pasti mencubanya.
Kedatangan aku ke Tanah penuh Barakah,buat aku rasa sangat kecil dari pandangan ALLAH,aku nampak bertapa jauh jurang yang ada di antara aku dan ALLAH.Kelalaian aku sekian lama buat aku rasa sangat di murkai.Ampunkan aku Ya ALLAH.
Semuga aku akan dapat hadirkan diri di sisinya lagi..amin..




Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK