SELAMAT HARI LAHIR DIRI SENDIRI

HARI LAHIR MENANDAKAN BAJET UMUR YANG ALLAH BERI MAKIN KURANG!
Sama macam selalu,tiada kejutan tiada perancangan.Hari lahir ke hari apa pun...aku tetap aku,tiada bezanya.Sempena usia yang hampir ke separuh abad,aku rasa tiada yang lebih menarik minat daripada bersantai ketika menyambutnya:
Baca yassin untuk diri sendiri
Bersyukur atas kurniaanya
Memohon agar ALLAH panjangkan usia
Memohon agar ALLAH memberkati setiap perkara yang aku lakukan
Memohon agar ALLAH mengurniakan kesihatan yang baik
Memohon agar ALLAH memantapkan iman di hati
Memohon agar ALLAH sentiasa melindungi aku dari kemungkaran,keburukan dan kesesatan agama
Memohon agar ALLAH memberi kehidupan yang baik di dunia dan akhirat

HADIAH?
Mana ada?dulu kini dan selamanya...tiada hadiah istimewa.Bukanlah suami kedekut atau tak ingat nak bagi,cuma....aku akan beli apa aje yang terlintas di hati mengikut kemampuan tanpa had!suami tak kisah dan aku bebas nak beli apa aje.Itu sebab tak perlu tunggu hari2 begini untuk membeli...

JAMUAN?
Pun tak ada.....kami akan makan apa aje,yang terlintas di hati di mana jua kami berada.Tiada masalah untuk ini.Sebab itu,tiada yang istimewa di hari istimewa...sebab hari2 menu kami sangat istimewa.Nak makan apa pun boleh tiada batasan

UCAPAN?
Mungkin ada dan mungkin tiada....sama je...tiada menjadi masalah.Aku dah terbiasa dan tak pernah menjadikan isu hal sedemikian.Apa pun yang berlaku,hidup harus di teruskan!Suami kata,nak ucap apa lagi,hari2 pandang hari2 bagi makan...itu tandanya sayang le..

KESIMPULAN
Hari apa pun,tiada bezanya Hari Lahir,Hari Ibu,Hari Wanita...tiada sebab mengapa kita rasa wajib untuk menyambutnya.Pada aku,jika hari jadi misalannya,kita lah yang patut bersyukur dan bergembira kerana ALLAH sudi beri kita nyawa lagi.Aku selalu pesan kat anak2,kamu yang patut baca Yassin sebab ALLAH dah bagi pinjam nyawa hingga sekarang.Orang lain hanya mengucapkan tahniah di atas lanjutan nyawa yang di pinjamkan.Selebihnya,kitalah yang patut  sentiasa bersyukur kepada ALLAH atas kurnianya.

Akhirnya...biarlah usia seiring dengan akal,jangan usia meningkat tapi....akal masih keanak2an.Jika Tidak....APTB!
Ya ALLAH,terima kasih kerana meminjamkan aku nyawa lagi,ku mohon  kau panjangkan usia ku agar aku dapat membaiki amalanku sebelum menemuimu.Aamin..

NOTA*
Petang sabtu kami bertolak ke Kl,sengaja pergi untuk jumpa anak2 di sana,,tiada perancangan awal,kebetulan anak tak balik,kebetulan cuti umum,alasan itu buat kami menyusur langkah ke ibu kota yang gemilang ini,tiada hadiah cuma majlis kecil yg di buat oleh anak2,Itu pun konon2 teman tak tahu,walhal,teman tahu apa yang berlaku.Mereka pakat dengan si ayah,dek tak pandai nak menipu,si ayah pecahkan rahsia.
Boleh pulak si ayah pakat dengan teman,supaya buat2 tak tahu...
Boleh gitu?
Seronok dan terasa di hargai.Tiada hadiah mahal2 cuma hadiah kasih sayang antara kami sudah cukup memadai...


Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH