Posts

Showing posts from April, 2013

ANGGAN ANGGAN JE

PERANCANGAN AKAN DATANG!PERGI HAJI KE MEKAH!

Syukur ke hadrat ilahi,suami mencadangkan agar kami dapat menunaikan haji segera tanpa tunggu 2028!
Seronoknya.......
Aku mendaftar lewat,bila hati terbuka....ambik ko!2028!ketika itu...umur aku 60thn dan suami 65thn!hehehe..tua banggat tu.Mampu ke jalan lagi ayahnya?mampu ke nak lontar batu?mampu ke nak meredah ribuan manusia yang sentiasa ada di Masjidil Haram atau di Masjid Nabawi?Mampu ke?
Aduhai.....rasa2nya,payah kot?Masa pergi Umrah tempohari pun,larat tak larat je,Mujur dapat hotel paling dekat,kalau dapat 600m atau 1000m?pengsan!

Urusan keislaman kita datangnya dari ALLAH,jika hati kita tak di sentuh oleh hidayah ALLAH,kita tetap akan buat dek bab2 macam ni,leka dengan dunia...sehingga kita tak ada langsung perancangan ke arah itu,di samping kesukaran hidup masakini.Jika di kira hutang,sesak di hujung bulan,kita tak akan ke mana2.Duduk kira hutang dari pagi hingga ke malam!tak boleh buat apa2 sbb mood hidup dah hilang.Yang ada hany…

BARAH

ANTARA SEDAR DAN TAK,KITA JUGA BERESIKO PENYAKIT INI..

Sebut je perkataan ini,degup jantung bergerak kencang!Mohon di jauhkan..
Penyakit yang menakutkan,penyakit yang buat kita derita.Sebut je BARAH!teringat 3 sepupu ku meninggal kerananya.Ketiga2 mengidap BARAH payu dara.Pernah berbual dengan sepupu yang pertama sebelum meninggalkan kami,nak kata punca tidak memberi susu badan tidak tepat!dia antara ibu yang sgt perihatin,memberi susu badan sendiri pada 3 anaknya kecuali yang bongsu.

Semasa berbual,dia ada kata....tanda awal BARAHnya adalah ketulan di bawah ketiak.Tak rasa apa2 pun..tak sakit dan tak menganggu kehidupannya.Hal macam ni,dah biasa pada kita,selagi boleh bergerak!kita tak akan fikir yang bukan2,pada kita...mungkin ketulan biasa sahaja tanpa berusaha nak pi doktor buat pemeriksaan.Kemudian,bila dia mengandung,pada kali pertama berjumpa doktor,dia citerkan masalahnya itu,Tika dan saat itu lah!doktor bgtau segalanya.Punah hati,hancur harapan..namun,nasi dah jadi bubur,kita…

ADUHAI ANAK.....

MENGAJAR ANAK2 3M(MEMBACA,MENULIS,MENGIRA)

Sangat mencabar!sangat mencabar dan akan terus mencabar!
Dari anak sulong hingga yang bongsu..jikalau kita tak ambil tau,alamat dok kelas corot le...Nak salahkan sekolah atau guru pun tak boleh walaupun logiknya BOLEH!Mengapa aku kata BOLEH!kita dah bayar,cakap macam bagus je,kami nak buat itu ini,kami akan buat itu dan ini dan ini dan itu...senang kata,cakap tak serupa bikin lah cikgu ni..perkenalkan mcm2 sistem,tapi...cara lama juga yg mudah anak2 ikut.

Dari anak sulong,aku kena bekerja keras nak bantu mereka membaca,mengira dan menulis.Kadang2 terfikir juga di hati,apalah yang Cikgu2 ni ajar,bila tanya semua tak tau.Kat Taska,kami juga mengajar anak2 seawal 2 tahun!bila usia mereka menjangkau 4thn pasti 2 suku kata dah lancar di bacanya.Mungkin orang akan kata...mengapa kau tak ajar sendiri?kalau nak jawap,pasti jawapannya tak cukup satu malam aku perjelaskan.Jawapan kasarnya...TAK BOLEH!aku tak sabar aku tak tahan dengan kelembapan kanak2…

JIWA KACAU!

Image
DAK DIK DUK!

Awal minggu ini terdapat beberapa laporan yang menyatakan 3 orang pemuda UAE telah di usir dari Festival Kebudayaan dan Adat jenadrivah di Arab Saudi kerana mempunyai rupa paras paling KACAK!
Pihak polis moral (mutaweem) telah menghalau mereka kerana kehadiran mereka membuat kaum wanita penasaran dek terlampau KACAKnya mereka.
Salah seorang dari mereka ialah Omar Borkan Al Gala seorang pelakon,model dan jurugambar.





KACAK sangat ke?
Adakah ke KACAK an Omar bisa buat anda terangsang?Mungkin lah kan?hehehe
Jika kita2 ni,mungkin dah pangkat anak2,jikalau Omar nampak pun pasti panggilan aunty terpacul dari bibir indahnya itu.Wajah tampan Omar hanya untuk tatapan orang muda je,golongan macam hamba hanya boleh kata....aduhai...awat hang tak sama tahun dengan aku ahh?kalau tak,aku boleh ngurat hangpa!

KACAK sangat ke?
Hingga perlu di halau dek kerana perempuan memandang jadi terangsang?Gambar yang tertera hanya seorang,bayangkan lagi 2 orang tu?pasti lagi KACAK dari ini.HUH!nafsu…

KHARIYAHKU,JEMAAHKU

KONGSI JE..

Dalam ramai2 jemaah yang ada,aku tertarik dengan seorang hamba allah ni,senyap je...
Bersamanya seorang anak gadis yang berusia lebihkurang 20an,malangnya anak itu OKU.Lepas sembahyang maghrib,lepas sembahyang sunat 2 rakaat,aku mengesot dok dekat anak gadis tu.Aku suka melayan orang2 begitu sebab ada syurga di wajah mereka.Orang begini,jika kita layan dengan baik,pahala kita dapat dan mereka juga turut akan sayang kita dengan mudah.Hati mereka bersih,mereka lurus dan mereka akan jujur dengan kita selamanya.

Aku pernah ada seorang pekerja yang mempunyai seorang anak OKU seperti anak gadis ini.Tapi..untungnya Azira,beliau bergaul bebas dengan kanak2 normal di Taska.Jika pada awalnya,si ibu berasa kurang yakin dan malu2.Lama2 banyak faedah yang Azira dapat dari sikap terbuka itu.Anak2 normal yang lain tidak pandai lagi mengasingkan Azira.Bermain,menyanyi,makan dan banyak aktiviti di lakukan bersama sehingga Azira sudah pandai bertutur dengan baik.Mula menonjolkan diri dan ke…

PARTI PILIHAN

BN @ PR?

Pening2 nak fikir,yang mana satu nak di sokong!BN parti lama,sejak kecil aku dah kenali.PR parti baru walaupun gabungan dari parti lama,namun tetap baru di mata masyarakat.Sejak akhir2 ini,celaru akal mula timbul walaupun aku yakin akan pilih yang terbaik namun,sejak akhir2 ini,jiwa kacau dek di sogok dengan mcm2 isu.Yang tak boleh tahan,sex,liwat dan mcm citer biasa je.Malu kat anak2,bila pembaca berita menyebut satu persatu proses meliwat manusia.

Dari penelitian mata kasar,kita memang dah sebati dengan pemerintah BN,sudah setengah abad parti ini,menerajui Malaysia.Cuma sejak kebelakangan ini,parti ini sudah mula menampakkan kelemahannya,bila mana berbagai2 masalah mula timbul.Paling ketara,bila PM sekarang yang mula leka mencipta nama namun gagal membawa pembaharuan.Banyak kesilapan yang nyata baik dari segi skandal sulitnya,isterinya dan cara beliau menangani isu2 semasa.Ketokohan beliau terserlah namun,di tenggelami dek isteri beliau yang sama2 menjadi pemerintah!Terlalu…

DIALOG ANTARA ORANG AWAM DAN POLIS

KEPOH KAN AKU?

Kat pekan aku,ada KFC yang terletak betul2 kat simpang 4 yang sesak!Nak parking punyalah susah!..kebiasaannya orang ramai akan parking di hadapan KFC sehingga menganggu orang yang nak buat U-turn.
Malam tadi,seperti biasa,aku ke KFC untuk membeli juadah makan malam.Dari jauh dah nampak kelibat 2 orang abang polis!Suami suruh aku turun sebab susah nak berhenti.Dan sudah pasti tak boleh parking kat area itu.
Suami berhenti betul2 depan 2 anggota Polis tu..Aku pun keluar dengan senyum simpulnya.

Encik,kenapa dok sini?tanya aku bersahaja
Kena jaga parking...jawap mereka
Kenapa nak jaga pulak?selalu ok je...kataku lagi
Diorg tak faham,kita letak signboard pun orang ramai tak faham,sebab tu kena jaga,ramai orang komplen...tengok tu,kalau orang u-turn,kan tak lepas!terang mereka
oooooo..gitu ke?balasku,Encik!kalau encik tak de pasti saya parking kat sini...kata aku pada 2 orang anggota itu
Kenapa?kan jalan belakang ni ada...nak parking 2 jam pun boleh..katanya
Ya...saya tau,ta…

BARU BETUL!

PERSIAPAN UMRAH YANG BETUL2 DAN TAK MENGARUT!

1-Agensi yang paling layak ialah Tabung Haji,Andalusia dan Rahyah dan beberapa lagi agensi yang boleh di percayai.Tapi..aku lebih senang berurusan dengan THST. Paling mahal ialah Tabung Haji,tapi biasanya kedudukan hotel paling dekat.Makanan di saji 3 kali sesi makan.Pagi seawal 6 pagi,tengahari seawal 11.30 pagi dan malam seawal 6.30 petang.Tapi..jangan susah hati,kat kawasan penginapan kita banyak terdapat kedai2 makan yang bersesuaian dengan tekak kita,walaupun kebanyakan menu mereka nasi arab,nasi mande,kebab dan masakan arab yang lain.Tetapi masih tak mengecewakan.
2-Bayaran mestilah kena bayar sebelum pergi,tak boleh nak elak pun...paling lewat seminggu sebelum berangkat!
3-Pihak agensi akan hantar surat pengesahan melalui post laju.Semua barangan kita kena ambil sendiri di ibu pejabat mereka.Biasanya mereka bekalkan kita,beg sandang untuk diisikan barangan kecil yang sesuai dan pasport (I/C atau card2 kredit tak perlu di bawa) dan b…

SELAMAT HARI LAHIR DIRI SENDIRI

HARI LAHIR MENANDAKAN BAJET UMUR YANG ALLAH BERI MAKIN KURANG!
Sama macam selalu,tiada kejutan tiada perancangan.Hari lahir ke hari apa pun...aku tetap aku,tiada bezanya.Sempena usia yang hampir ke separuh abad,aku rasa tiada yang lebih menarik minat daripada bersantai ketika menyambutnya:
Baca yassin untuk diri sendiri
Bersyukur atas kurniaanya
Memohon agar ALLAH panjangkan usia
Memohon agar ALLAH memberkati setiap perkara yang aku lakukan
Memohon agar ALLAH mengurniakan kesihatan yang baik
Memohon agar ALLAH memantapkan iman di hati
Memohon agar ALLAH sentiasa melindungi aku dari kemungkaran,keburukan dan kesesatan agama
Memohon agar ALLAH memberi kehidupan yang baik di dunia dan akhirat

HADIAH?
Mana ada?dulu kini dan selamanya...tiada hadiah istimewa.Bukanlah suami kedekut atau tak ingat nak bagi,cuma....aku akan beli apa aje yang terlintas di hati mengikut kemampuan tanpa had!suami tak kisah dan aku bebas nak beli apa aje.Itu sebab tak perlu tunggu hari2 begini untuk membeli...

JA…

PENJUAL BETIK

Image
ANTARA MINTA SEDEKAH DAN BERJUALAN

Kamu pernah jumpa tak seorang perempuan jual betik kat area bank tu?tanya suami pada suatu hari
Tak...jawapku singkat
Saya kesian tengok dia,dengan bermodalkan sebiji betik,ke hulu ke hilir di cagarnya untuk orang ramai membelinya,tapi...sebiji je...terang suami
Oh ya ke?minta sedekat kot?tanyaku
Saya rasa lah...cuma cara dia smart sikit dari orang lain..terang suami lagi
Kamu beli ke?tanyaku padanya
Tak....saya bagi je RM10 pada dia....jawap suami
oklah tu....jawapku lagi...

Semalam,aku ternampak kelibat wanita yang mungkin suami maksudkan.Dia datang mengetuk cermin kereta,dek terkejut dengan ketukannya,aku terus menunjuk tanda tak berminat dan dia berlalu pergi.Semasa aku renung wajahnya,aku teringat cerita suami,tapi..dia dah jauh berjalan..

Tadi saya ada jumpa perempuan yang kamu maksudkan penjual betik tu..kata aku sebaik melabuhkan punggung di sisi suami
Kesian kan?tapi..dia pandai,dia tak mengemis tapi dia berniaga walaupun dengan bermodalkan …

LAGI LAGI PRU 13

BAHANG MAKIN TERASA

Setelah sekian lama menunggu,akhirnya tarikh keramat tu di umumkan juga.5hb Mei 2013 jatuhnya pada hari ahad,ikut hati malas nak balik mengundi,demi hak!aku gagahi jua..Tak sanggup rasanya di panggil binatang ternakan bila kita langsung tak ambil peduli mengenai perkembangan negara.Perancangan untuk pulang kami susun cukup sempurna.Balik antara petang jumaat atau pagi sabtu dan di lanjutkan ke hari isnin atas sebab2 kemalasan melampau!Ahli keluarga mahu kami bersama2 meraihkan apa jua keputusan malam itu.Pendek kata...ada makan besar malam tu!

Duit bendera telah aku beri di tempat lama dan tempat baru.Apa yang aku beri itu sudah memadai sebagai sokongan moral buat semua.Aku bukanlah orang berada cuma aku terpaksa mengikat perut demi Parti yang di sokong.Jika biasa makan mewah!mungkin sebulan makan apa ada je le.
Namun begitu,undi tetap menjadi rahsia kami walaupun sudah terang lagi bersuluh!
Jangan sesekali anda mencanang seluruh dunia,membuka rahsia diri adalah si…

UMRAH SEMPURNA

NOSTALGIA..
Pengalaman yang paling sukar aku lupakan:)

Sesampai sahaja kami di Tanah suci Mekah,kami di beri masa hanya sejam untuk bersiap2 bagi memulakan tawaf umrah wajib kami.Semasa di dalam ihram,kami jaga semua pantang larang yang 13 itu.Sangat teliti dan berhati2.
Selesai berwuduk,kami pun berdedai turun ke lobi untuk memulakan 7 pusingan keliling kaabah dan 7 pusingan saie antara safa dan marwah,Ustaz Asri yang menjadi mutawif kami membawa sepanduk untuk memudahkan kami mengenalinya.Sebaik masuk di pintu utama,kami membaca doa dan sebaik melihat kaabah juga kami di sarankan membaca doa yang telah di sediakan.Sewaktu kami memasuki ruang tawaf,dek kerana orang ramai bersesak sesak,kami terputus hubungan sesama sendiri.Sebelum tu,aku dah pesan dengan anak2 agar tidak menghiraukan aku jika kami terputus hubungan dan mencadangkan agar menunggu aku di lampu hijau yang hanya ada satu sahaja di situ.

Aku hanya pandai mencadang,tapi...selepas tak nampak kelibat anak2 dan suami,hati mul…

MEMORI TERINDAH BERSAMA EMAK

BUAH HATI...
Syukur...emak dapat ku bawa menunaikan Umrah bersama2.Syukur...emak masih sihat walaupun dalam cuaca yang panas terik!Syukur juga...anak2 dah besar untuk  membantu memberi layanan 5 bintang untuk emak.Beliaulah buah hati pengerang jantung aku dan keluarga.Abah dah lama pergi ,yang tinggal hanya EMAK sahaja.

Dari awal perancangan,anak2 di tempatkan sebilik dengan emak,pakej pun aku minta yang paling dekat untuk memudahkan emak berulangalik ke masjid dan hotel.Walaupun mahal,aku puashati bila emak selesa.Walaupun aku tak kaya...tapi..aku cuba buat emak rasa bangga dengan aku dan keluarga.Aku mahu melayan emak sebagaimana dia melayan aku semasa kecil dulu.Sejak berumahtangga,aku dah jarang dapat berpeluang bersama2 dengan emak,apatah lagi aku tinggal di utara tanahair mengikut suami.Telah hampir 7 tahun aku tinggalkan emak,selama 7thn tu juga,aku tak berpeluang memegang tangan emak,atau membelai mesra emak.

Peluang yang aku dapat kali ini,aku gunakan sepenuhnya.Emak aku pimp…

RAGAM MANUSIA

ADA BERBAGAI BAGAI..

Dewasa ini,gara2 politik,kawan pun boleh jadi lawan!masing2 punya prinsip dan pendapat sendiri.Kita tak boleh halang semua itu.Kita punya hak memilih apa yang kita sukai.
Namun begitu,dalam kita berbalas komen....kita jagalah hati kawan2 sikit.Jangan lah main hentam je.Lepas PRU nanti,kita kan nak berkawan balik....tak kan lah pasal politik kita nak putus silaturahim.Ce fikir sikit...jangan le ikut hati,ikutlah akal fikiran yang waras.Tuhan bagi kita akal bukan suruh letak kat lutut!letaklah kat tempat sepatutnya.

Ada segelintir kawan2 tu,langsung tak peka dengan keadaan.Tak kira siapa main bantai semacam je.walhal...komen mereka ibarat orang makan rojak!dia makan kapur...Orang tak ajak!di masuk campur...tak malu ke?orang tak ajak pun kita berkomen,kita meyampuk tapi dengan baris ayat yang paling kurang ajar!Suruh orang tengok cermin le,suruh orang betulkan diri lah...walhal,isu kita remeh je,dah dasar suka menyampuk!itu yang buat masalah tambah rumit.

Dalam ramai…

BUAH TANGAN DARI ARAB

BARANGANNYA TERDAPAT DI MALAYSIA

Menjadi kelazimannya,setiap orang akan membeli belah selagi mampu.walau demikian,kita pun di galakan untuk melihat sendiri kemampuan yang ada.Jika tidak berkemampuan,belilah sekadar yang ada.Selepas pulang ke tanah air,hidup kita kena diteruskan juga.

Semasa aku di Madinah,kami tak sempat nak membeli belah,lalu lalang aje disebabkan masa sangat mencemburui kita.Tak sempat nak menjamu mata dengan berjalan di pekan itu.Yang kami tahu hanyalah hotel tempat penginapan kita tu je...kalau ada pun kedai sekadar untuk melepas batuk di tangga je.Walaupun aku di tempatkan di hotel paling dekat,dek sibuk dengan anak2,nak menyinggah sebentar pun tak sempat.

Di Madinah,kami hanya tinggal lebihkurang 3 hari je,sekitar tempat tinggalku mmg ada kedai2 yang menjual semua jenis barangan atau barangan keperluan yang lainnya,cuma hati tak terniat untuk membeli apa jua pun.Tak tau mengapa,yang pasti...aku cuma dapat membeli sepasang 2 jubah anak2 je.Itu pun asal boleh je..…

UMRAH 2013

Image
SEDIH,SERONOK DAN 1001 MACAM RASA!

Bertolak pada 1hb April 2013,lewat petang dan pastinya sampai hampir lewat malam.9 jam berada di perut pesawat,buat punggung kebas,kaki lenguh dan sangat meletihkan.Mujur pertukaran waktu tidak kami sedari kerana ketiduran yang melampau!

Semasa sampai di Madinah,jam menunjukkan pukul 9 setengah malam.Jika di Malaysia,pasti sudah tidur lena di buai mimpi yang indah.Sebaik sahaja menjejaki kaki di bumi Madinah,hilang semua kepenatan dek teruja melihat bumi yang sering di sebut2 sedari sekolah rendah lagi.Mekah,Madinah,Nabi Muhammad telah senonim di bibir dan ingatan kita kerana sejarah islam dan  didikan agama islam telah diserap di jiwa sejak kita kecil lagi.Mengikut pesan kakak,sebaik kaki di jejakkan di bumi Madinah,maka bermulalah selawat atas nabi tanpa putus!Nabi menyambut kita,nabi melihat ketibaan kita....itu yang buat hati berdebar bila kekasih hati menyambut kedatangan kami.Semuanya mengikut keyakinan kita,tapi...hati aku tetap percaya dengan…