PILUUUU

SABAR LAH HATI...

Hati terasa pilu bila kenangkan kawan2 yang berperangai bak duri dalam daging.Tak sabar nak lihat mereka sedar akan perbuatan mereka itu.Hati pilu di gilis perasaan,berkacamuk!tak tau nak kata apa.Walaupun tak rugi hilang mereka,tapi..hati rasa tak selesa kerana perpisahan dalam keadaan begini.Hanya punca seperkara,menjadikan kami bermasam muka!Walaupun aku sendiri tak tahu citer sebenarnya.Tup2..dengar dari kejauhan kata mengata hanya kerana satu hal yang tak pasti.

Semua orang menasihati agar aku agar redha...memang hati sentiasa redha,tiada sebab mengapa aku nak bersedih sangat,aku tak patut buat begini,kerana semua perkara bukan kamu yang salah tapi...dia!kata suami petang tadi.Hati tenang kembali,terdetik di hati....mengapa harus kami berjumpa setelah berpuluhthn tak ketemu.Sejak kami jumpa,dah berbagai2 masalah yang kami hadapi semuanya berpunca dari FB!yang bercinta,yang bergaduh atau yang cemburu buta!Atau yang lebih malang lagi bilamana segelintir kawan2 yang bukan kawan kita zaman sekolah dulu,mengimbau kembali perangai kita yang tak mereka senangi.Masa tu,aku umur 17thn,masa tu juga..tau2 lah,budak umur sebegitu apalah yang kami tau.Sombong,besar kepala,berlagak,gedik sepatah kata bbdk sekarang dan mcm2 lagi.Tapi..feel itulah yang mereka usai saban kali kami bertemu.Mula2 ok lama2 jadi jemu jelak pula.

Yang terbaru,ada kawan bagi msg panjang berjela,macam2 tohmahan di lemparkan pada aku dan kroni2ku.Hahaha...siap tulis huruf besar kroni2 kau!Gelihati ada marah pun ada..memandangkan aku nak ke mekah menunaikan umrah isnin ni,aku kena ambil pendekatan...sabarrrr...kalau ikut hati mahu aku leseng minah sekor ni.Tulis macam jahat sangat kita ni,semua2 yang berlaku punca datang dari aku!wah!banyak cantik!...kau yang bergaduh sana sini,aku pula yang menjadi puncanya.Muka tempe le lu minah!cakap tak fikir langsung!

Tapi..setelah di conggak kiri kanan,aku mengalah je le,layan lagi panjang jadinya.Beralah bukan bermakna aku kalah!tapi sekadar nak menutup mulut2 yang aku sendiri tak tau puncanya,mereka2 ni,umpama musuh dalam selimut kot?Zaman umur aku 17thn tu dulu,aku memang kurang berkawan dengan budak pempuan,bukan sombong tapi..aku tak suka!pada aku mereka cemburu,kuat gaduh dan membosankan.Rupa2nya,sehingga umur 45thn pun,ramalanku benar belaka!membosankan...tak boleh lihat sipolan lebih cantik,atau lebih kaya atau lebih sempurna!mulalah sok,sek,sok,sek..benci betul lah!kalau kawan,biarlah jujur...siapa kaya,siapa cantik atau siapa sempurna...biarlah,mereka pandai mengatur hidup maka sempurnalah keluarga mereka.Tak mahu ambil ikhtibar,yang mereka tau...bom sana sini,hasut,mengadu domba macam le mereka ni tiang dunia!tak mati2!...

Apa yang berlaku,walaupun aku nampak tenang tapi...dalam hati tuhan je yang tau!berkecamuk!marah bagai nak gila.Tapi..apa aku boleh buat?tak kan aku nak melangsang mereka sehingga memalukan diri sendiri.Aku sendiri pun tak tahu apa masalah mereka.Kawan2 kata..mungkin dia cemburu kat ko kot?HAHAHA...nak cemburu apanya,dah tua2 mcm gini.Yang paling tak boleh tahan lawaknya!bila dia ungkit kisah 30thn dulu!dia kata aku eksen,sombong,tak mahu kawan dgn mereka.
Gila,gila...perangai peliknya buat aku hampir sasau!
Tapi,kawan2 semua bagi semangat,lantaklah,biarlah,kita pun tak tau apa masalahnya..jangan layan!

Oleh itu,aku redha dengan apa yang berlaku.Mungkin ini dugaan aku...baik keterlaluan hingga boleh cium punggung!Bila dah benci pula bagai nak muntah hijau melihat kelibat mereka di wall FB.Jalan mudah...remove je!jalan mudah nak hindarkan diri daripada mereka,buang no phone,kalau boleh buang semuanya!

Pagi ini,solat hajat aku pinta selain daripada permudahkan urusan dan lain2..aku menyatakan apa yang aku rasa pada Tuhan,aku katakan pada tuhan pencipta seluruh alam...sipolan,sipolan sangat jahat padaku,kebaikkan aku di balas racun!dia tuduh aku dengan berbagai2 tuduhan yang tak sepatutnya.Tolong aku ya ALLAH,tunjukkan jalan yang benar kepada sipolan dan sipolan...berikan mereka hidayah agar tidak menjadi manusia yang mengadu domba!Jika aku bersalah,kau ampunkan aku dan tunjukan jalan yang benar buatku juga.Jahatnya hati mereka,jika kawan2 masukkan sebarang status!dan aku like atau komen...hati mereka mendidih manahan marah!Pada mereka2 ,semua status yang ada tu,kami beri khas untuk mereka walaupun pada hakikatnya tidak sama sekali terutama seorang kawan yang kecil molek dan perasan masih HOT tu!

Ikut hati malas nak citer tapi sekadar berkongsi pengalaman je,perangai dia umpama tak lihat kain sendiri,kain koyak rabak tapi masih mengata kain orang lain.Aduhai....letihlah layan dia..bla,bla,bla...lepas tu senyap!macam tak ada apa2 berlaku.Boleh gitu?Macam syaitan bertopengkan manusia...aku lihat lagaknya.Lempar BOM!lepas tu buat dek je...orang lain dah cedera parah!dia buat muka seposen!ish,ish,ish.....tak sanggup nak hadapi semua dugaan ini.Perangai mereka boleh buat kita sakit jiwa!jika iman kita tak kuat boleh berparanglah!

Ralatnya..ketika aku sedang bergembira,mereka pula yang sengsara,kesian apabila ku kenangkan semua itu.walaupun perselisihan faham ini tidak kemana,namun jauh di sudut hati...terasa ralat juga,mereka kawan2 satu sekolah,wpun tak rapat tapi...rasa sayang tetap ada,Sedangkan anjing pun kita sayang cuma tak boleh pegang,apatah lagi mereka2 itu.semuga allah beri hidayah pada mereka dengan apa cara sekali pun.

Tapi...mujur lah aku nak belajar sabar sebab nak ke Mekah!tapi...kalau tak keMekah pun,apa yang aku boleh buat?kecuali makan hati je..
Apa2 pun,aku tetap tak mahu bermusuh,lalu aku catatkan msg sebagai pendahuluan kemaafan di pinta.Aku rendahkan egoku hanya  keranamu ya ALLAH.Agamaku menuntut agar aku bersangka baik dan berbaik semasa insan.Aku akur ya ALLAH...Aku tak takut hilang mereka tapi..aku takut hilangmu ya ALLAH,Aku mahu kau pandang aku dengan pandangan penuh kasih sayang.Aku mahu kau jadikan aku manusia yang paling sempurna.Aku tak mahu jadi seperti mereka ya ALLAH,aku mahu jadi manusia yang di sayangi oleh semua makhluk di bumi ini.Jauhkan aku dari sifat itu,hindarkan aku jauh2 dari manusia sebegitu ya ALLAH.

Oleh itu.......
Ampunkan aku Ya ALLAH tuhan yang maha penyayang dan kurniakan pada ku makrifatmu...agar aku akan sentiasa merinduimu....aamin...








Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK