KLINIK 24JAM!

PODDAH!

Bueeekkk..bueeekk...anaku muntah!habis keluar apa sahaja yang di makan,kesiannya....melambak2 hingga aku pun dah tak larat nak lihat.Ku urut lembut belakangnya,terusan dia mengeluarkan segala isi yang ada di dalam perutnya itu.Lepas bersihkan lantai,bilik air dan mandikan dia,Aku beri makan ubat tahan muntah yang ada di peti sejuk,dengan harapan kebahlah hendaknya rasa mualnya.

Lepas maghrib,dia muntah lagi!dan lagi dan lagi....
Ibu,bawalah gi klinik kata Si kakak
Ibu ada ubat,esoklah..ibu bawa kat klinik yang biasa tu jawapku untuk meredakan keadaan
Kesian lah...nanti malam dia lagi teruk,macam mana?kata si kakak lagi
(aku terdiam sejenak,sedang sibuk berfikir,dia muntah lagi!wah!tak boleh jadi nya...tadi dah basuh selimut dan segala macam baju,termasuk lap lantai dan dll.Kalau malam nanti muntah lagi?panik..aku mula panik...)

Saya rasa kita kena bawa Aaliya gi klinik lah...malam kang kalau muntah lagi teruk!payah juga..kataku pada suami
Oklah...jom kita gi klinik! jawap suami
(Sedang bersiap2,Aaliya muntah lagi!..hati mula panik,sebab ahad ini aku kena gi kuala Lumpur untuk uruskan Visa umrah kami,seandainya dia tak sihat,macam nak bawa?Detik aku dalam hati)
Dah siap,kami pun pergilah ke klinik 24jam tu..masa daftar,jam menunjukan pukul 9.30 malam.Tunggu punya tunggu....aku masuk kereta sebab mata dah mula mengantuk.dah terlelap dalam kereta,nama Aaliya tak di panggil lagi.Hati mula nak naik hantu!tapi..kebetulan baru belajar bab sabar,aku diam je...bila jam dan menunjukkan pukul 11mlm.Aku dah rasa bahang,hatipun dah tak tenteram.Darah dah mula naik tinggi!

Dik,Aaliya no berapa?tanya aku dengan tenang
No 9 dari sekarang kak..jawap budak tu
Apa?lagi 9?kamu ni dah gila ke?kamu tau tak?saya tunggu kat luar ni,dah naik 2 jam!kamu masih boleh buat tak kisah.Kalau org mati,dah tanam pun masih tak di panggil namanya..jerkahku(hilang semua kesabaran yg aku cuba tanam dalam diri)
Maaf Kak,lagi 8 orang tiba giliran akak,pujuknya..
Masalahnya,apa kehenya,lama benor...2jam! tau tak 2jam!ingat kami ni tak de keje lain ke?nak dok nunggu kat klinik kamu ni...jawap aku selamber

Tetiba...
Aaliya!
Wah! boleh pun cepat kata hati ku,diorang ni kalau kita buat dek,dia pun sama naik!lambat!dah marah baru nak buat kerja...(dalam hati..nasib ko org le,asalkan aku boleh balik cepat)
Masa ni,jam menunjukan pukul 11.30 mlm.

Masuk bilik Doktor,kami di sambut dengan Doktor muda,rasa2nya macam baru lepas belajar je
Anak Puan sakit apa?tanyanya lembut
Muntah Doktor,dari petang hingga ke 9.30 mlm tadi,mungkin sakit perut kot?kataku
Sambil dia melihat anak tekak Aaliya seperti kelaziman seorang Doktor..
Ohh...tonsil dia bengkak ni..Katanya
Ah!tonsil bengkak ke?tapi..kenapa dia muntah lebih 4 kali Doktor?tanyaku hairan
Yalah...kalau sakit perut,mesti ada cirit birit...terangnya lagi
Tapi...biasanya Doktor,kalau muntah keluar dengan tolakan yang kuat dengan jarak tertentu tu kan,tandanya perutnya ada masalah?kataku tak puashati
Tapi..tonsil bengkak pun boleh muntah juga Pn..terangnya lagi
Oh ya ke?(dalam hati tak percaya cakapnya,hati mula ragu2,biar betul Doktor ni......)
Ok..sekarang saya bagi ubat muntah,antibotik dan ubat deman..katanya lagi
Ok...jawapku acuh tak acuh(dalam hati,buang masa je datang,dahlah..tunggu lama,bila jumpa Doktor,apa yang di sebut tak mengembirankan.Apa kene mengena tonsil dengan perut,guna ukur mata pun,tonsil kat atas,perut kat bawah!)

Dapat jawapan yang meragukan tapi..bil tetap kena bayar..RM60 sahaja!

Sampai sekarang,Aaliya masih kurang sihat,ubat yang Doktor beri aku tak bagi dia makan,aku masih gunakan ubat yang ada dalam simpanan.Nak tau kenapa?alasan Doktor meragukan,cara pekerja membancuh ubat sambil bersms pun dah cukup buat hati tak gembira...

Semuga Aaliya kembali normal,aku tengah memerhatikan perkembangannya,memantau apa yang patut,rasa2nya anak dara ku itu,sakit perut,salah makan..atau dia nak demam,sakit kepala.Budak 6thn mana lah tau nak terangkan semua itu pada kita,bila kita tanya..itu juga yang dia jawap..
Adik2..gara2 adik ibu tak tidur tau...semuga adik cepat sembuh!esok kita nak gi rumah Ain,nak jumpa kakak dan nak jumpa Hafiz juga...

Sihat cepat ya...


Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK