KAHWIN,CERAI DAN TERBARAIII

HEHEHEHE

Dalam hidup semua insan,mimpikan sebuah perkahwinan yang kekal abadi,jodoh hingga ke Jannah!..Semua insan tak kira lelaki perempuan..opsss!rasa2nya pempuan je kot?yang berfikiran begitu.Bagi kaum lelaki,mereka boleh kahwin 4!Ini bermakna...perkahwinan pertama,kedua atau selanjutnya...sama je.Tiada bezanya pun..Asalkan orang pempuan!
Bagi pempuan juga,perkahwinan hanya sekali dalam hidup.Pempuan tak pernah nak kahwin lebih dari itu walaupun kematian suami atau di ceraikan.Bagi pempuan,cinta mereka hanya pada suami atau lelaki yang di cintai.Mintalah apa pun,pempuan pasti beri dengan mudahnya kerana....cinta adalah segala2nya buat mereka walaupun mereka hanya tinggal gigi dan lidah je...

"Kamu jangan serah semua pada lelaki,orang lelaki ni penipu!sejahat mana pun dia,bakal isterinya pasti yang baik2,yang beriman dan yang paling sempurna..." terangku pada setiap pertemuan dengan anak2
"Bila kita sayang teman lelaki atau suami,kamu jangan sayang keterlaluan..serahkan hati kamu 100%! Tinggalkan sedikit untuk kamu  berfikiran waras!"Kataku lagi
"Tiada siapa pun yang layak untuk memegang tubuh badan kamu...badan adalah hak mutlak kamu!yang layak memegangnya hanya lelaki yang telah kamu nikahi..."kataku lagi
"Jika kamu berchatting mengunakan kemera,jangan sesekali kamu membuka baju!malu dilihat allah...takutlah ALLAH anak2,setiap saat ALLAH memerhatikan kita.Takutlah pada seksaanya di hari pembalasan kelak"kataku lagi..

Petang tadi,
"Zie!Nana dah lari rumah!"kata Bakar suami kawan baikku
"Ya ke?lari kemana?"tanyaku
"Lari rumah,mama dia halau tapi datang kat office I,dia ada ni sekarang.."katanya lagi
"Oklah...asalkan tak jauh perginya..,"kataku lagi
"Itulah...mujur saya ada kat KL,kalau saya kat luar Kl?matilah budak ni...katanya lagi
Kawan U tu... dah gila!kahwin tanpa cerai!I belum ceraikan dia lagi...amacam dia boleh berkahwin?"tanya Bakar lantang,lidah ku kelu...mama yang di maksudkan tu, memang kawan baik aku.Masa kami muda remaja,kesana ke mari bersama.Tiada masalah antara aku dan dia,Sejak berkahwin kami putus hubungan.2011 jumpa balik setalah hampir 27thn tak ketemu.Banyak yang aku tak tahu mengenai kehidupannya.Jumpa pun kami rasa kekok dek lamanya tak bersua muka.
"Keluarga dia tak tahu ke?"tanya ku lagi
"Tau...dah mcm  keluarga 69!lantak dia lah!apa lagi nak kita buat?"kata Bakar panjang lebar
"Tapi...kesian kat anak2 kamu,mereka masih belajar,masih belum pandai menjaga diri sendiri.Di luar sana,ramai orang yang zalim Bakar...ingat tu.."nasihat aku pada suami malang itu.
"Isteri baru saya tak kisah diorg dok dengan saya,cuma malas nak layan xwife saya tu...mesti call tak henti2.maki hamun!jangan cakap lah..."kata Bakar lagi
"Apa nak buat,dia mak pada bbdk tu...cuma ingat je,orang kecewa boleh buat apa je"jawap ku selamba(dalam hati berkata2,suami bergaji besar,apalah salahnya ambil anak2 tu dah sewakan rumah untuk mereka hidup sendiri.Aku rasa,anak yang sulung sudah cukup matang untuk menjaga adik2 daripada hidup tertekan begitu.Bekerja sambil belajar,duit gaji mama ambil semuanya,hingga anak menapak untuk pergi kolej.semasa di beri peluang berbual dengan anak itu,aku hanya boleh kata....sabar ya,jangan ambil hati dengan mama.Dia tertekan dengan hidup.Aunty minta maaf sebab tak dapat bantu,ini urusan rumahtangga kamu.Esok exam buat elok2,ini lah peluang kamu untuk merubah nasib...sabar ya..sebelum letak telefon..tak lupa aku ucapkan i love u all padanya,sebagai ibu,hatiku sebab dan terasa malu dengan perbuatan mamanya itu)

Kawan baikku itu,ikut hati...mula2 perkahwinan mereka macam kita2 juga le,kalau gaduh pun...adat lah.Mana ada orang tak gaduh?sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.Punca perpisahan mereka adalah kerana FB!suami suka melayan chatting dengan wanita lain,isteri pun sama...tapi...pilihan isteri lebih baik sikit!Orang putih!tak mahu kalah sehhhh!Hari demi hari,bulan demi bulan...mula2 mungkin kawan,lama2 mungkin timbul sayang.Persoalannya?Patut ke atau wajar ke perbuatan mereka itu?Jikalau ikut fikiran aku yang kekampungan ni...tak patut,tak wajar dan cari bala!

Semasa mula2 dia bagitauku mengenai percintaanya.Aku bantah!Pada aku,bila dah jadi isteri ni,kita tak boleh buat macam tu..dosa besar!kemudian bila dia kata nak bercerai!aku lagi kata tak boleh!tapi..dia kata aku tak rasa apa yang dia rasa.Aku tak faham bagaimana teruk suami dia layan dia dan 1001 macam alasan lagi.Sebagai orang islam,perceraian bukan jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah.Banyak cara,namun,isteri bekeras untuk meneruskan hubungan itu dan meneruskan juga niatnya untuk bercerai!
Si suami pula leka di buai cinta.Apa yang berlaku tak di hiraukan sehinggalah isteri mohon cerai.Di situlah bermulanya episod luka sebuah keluarga.Keegoaan lelaki dan kedegilan wanita bersatu menjadi dendan kesumat!Terlalu banyak yang mereka lalui untuk mencapai kata sepakat.Dia kata dia dan begitulah sehingga sekarang.Pantang jumpa,pasti bergaduh bagai nak gila.Mangsa?anak2 yang tak tahu apa2 tu le...yang terpaksa menerima kesannya,Ibu ada cinta baru,ayah juga begitu.Anak2?mereka membesar dengan seribu masalah.Kat sini rasanya,sebagai ibubapa kita menzalimi mereka.Kita yang membina seribu impian,kita yang melahirkan mereka sebagai tanda kasih sayang dua insan!Allah merestui hubungan suci kita.Jika berlaku pertelingkahan begini,kita kena bijak menanganinya.Jangan huru harakan keadaan dengan keegoaan kita.Beralah lebih baik daripada anak2 bersepah!Sayangi lah mereka wahai ibu dan bapa..jangan pentingkan diri,esok jika dah tua..merekalah yang akan menjaga pula kita.Ingat tu!

Aku pernah menasihatkan seorang kawan.Aku katakan padanya,semua pasangan suami isteri dalam dunia ini,jika di beri peluang pasti akan hidup membujang hingga bila2.Bila dah bekeluarga terlalu banyak masalah yang kita kena hadapi.Semua masalah itu amat memeningkan kepala!Sebagai suami isteri,kita umpama lilin untuk keluarga.Jika kita tak menyala,anak2 akan hidup dalam kegelapan.Kita juga umpama neraka,jika kehidupan kita huru hara!anak2 akan terasa bahangnya,kita juga umpama syurga...jika kita bahagia,mereka akan nyaman sentiasa. Pucuk pangkal,kita lah yang menentukan hala tuju perjalanan keluarga kita.Jika keadaannya baik,maka sempurnalah mereka dan mereka membesar menjadi generasi yang sihat dan berkeyakinan.Jika sebaliknya....kitalah juga yang bakal melihat kecundangnya anak2 itu sebelum mereka dapat berdiri kukuh dan belari kencang!

Pada ku,hidup kita tiada pilihan.Jika kita dah memilih jalan,selagi dia masih berada di dalam sinar islam,teruskan lah!jangan pandang belakang,jangan kita berpatah balik!kerana....perjalanan ini adalah pilihan kita.Jika awal2 dulu,kita tak ikut perasaan,kita tak berdegil dan kita tak ego!pasti jalan itu akan membawa kita ke arah kebahagian.Tapi..jika awal2 lagi,jalan itu telah di tentang hebat oleh ibubapa kita,kawan2 kita....sebenarnya,kita yang menempah maut!

Seperti kawan baikku ini,awal2 perkahwinannya telah di tentang hebat oleh keluarga gara2 suaminya itu masih ada yang punya.Merampas hak orang,maka tak mustahil,hari ini orang lain merampas pula dari kita.Sebetulnya,kita kena sedar,hidup kita umpama roda,hari ini kita di bawah,di lenyek hingga lembek!tapi..tak mustahil,esok lusa kita kembali ke atas dan melenyek pula orang lain.Tapi..bila sekarang kita di atas,sedang gembira...tapi..jangan sombong kerana tak mustahil...satu hari nanti,kita akan kebawah,dilenyek lumat oleh orang lain pula.Itulah putaran hidup manusia.

Kepada mama,muhasabah diri mama,anak2 lah harta mama yang tak ternilai harganya.Mama jangan terlalu jauh melangkah,takut mama susah nak kembali mencari jalan yang betul.Mama masih cantik,bekerjaya....bangkitlah!jangan di harap kasih orang putih sahaja.Mereka datang dan pergi,dan akan meninggalkan mama begitu je...tiada cinta sejati mama...kat Malaysia ini,masih ramai lelaki2 baik yang dapat jaga mama dan anak2 mama...Banyak salah laku yang mama dah buat,usia kita semakin tua mama....kita kena bijak melayan hawa nafsu kita,jika kita asyik mengikut hati,kita akan mati kering mama....pulang lah.....selagi ALLAH memberi nyawa buat mama,selagi itulah pintu taubat masih terbuka.Jangan tunggu nyawa sampai ke halkum,masa tu...taubat tak akan di terima oleh ALLAH.Ingat ya mama......Pulang lah!




Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH