Posts

Showing posts from March, 2013

PILUUUU

SABAR LAH HATI...

Hati terasa pilu bila kenangkan kawan2 yang berperangai bak duri dalam daging.Tak sabar nak lihat mereka sedar akan perbuatan mereka itu.Hati pilu di gilis perasaan,berkacamuk!tak tau nak kata apa.Walaupun tak rugi hilang mereka,tapi..hati rasa tak selesa kerana perpisahan dalam keadaan begini.Hanya punca seperkara,menjadikan kami bermasam muka!Walaupun aku sendiri tak tahu citer sebenarnya.Tup2..dengar dari kejauhan kata mengata hanya kerana satu hal yang tak pasti.

Semua orang menasihati agar aku agar redha...memang hati sentiasa redha,tiada sebab mengapa aku nak bersedih sangat,aku tak patut buat begini,kerana semua perkara bukan kamu yang salah tapi...dia!kata suami petang tadi.Hati tenang kembali,terdetik di hati....mengapa harus kami berjumpa setelah berpuluhthn tak ketemu.Sejak kami jumpa,dah berbagai2 masalah yang kami hadapi semuanya berpunca dari FB!yang bercinta,yang bergaduh atau yang cemburu buta!Atau yang lebih malang lagi bilamana segelintir kawan2 yan…

BUSY,BUSY,BUSY

IBU ZAMAN INI..

Bangun pagi,kemas tempat tido,mandi,sembahyang subuh,berdandan lebih kurang terus turun untuk siapkan sarapan pagi.Sambil itu,mulut riuh! jerit2 nama anak2 untuk bangun subuh dan sekolah,termasuk yang berada di U Kuala Lumpur,walaupun dan besar panjang,tetap kena kejut juga.Sesekali,naik balik ke atas untuk lihat si kecil ku itu,ada masanya..dek leka buat kerja kat bawah!tau2 dah lewat untuk ke sekolah.Mereka buat muka selamba je,langsung tidak rasa bersalah!Ayat biasa yang selalu aku jeritkan pada mereka...tulah!tak pandai tengok jam,tak pandai nak hargai masa...bla,bla,bla...Bila aku garang2 macam tu,cepatlah perbuatan mereka.Jika tak...alamat macam hero dan heroin hindustan je lagaknya.terkedek2 kehulu kehilir...tapi..baju tetap tak pakai!

Untuk hari ini,bukan macam selalu...aku banyak kerja!Mana nak gi tengok projek suami yang akan keluar hari ini,bukan penting untuk aku,cuma sebagai memberi sokongan moral pada suami je...Selama hampir satu setengah tahun dia bertu…

KAHWIN,CERAI DAN TERBARAIII

HEHEHEHE

Dalam hidup semua insan,mimpikan sebuah perkahwinan yang kekal abadi,jodoh hingga ke Jannah!..Semua insan tak kira lelaki perempuan..opsss!rasa2nya pempuan je kot?yang berfikiran begitu.Bagi kaum lelaki,mereka boleh kahwin 4!Ini bermakna...perkahwinan pertama,kedua atau selanjutnya...sama je.Tiada bezanya pun..Asalkan orang pempuan!
Bagi pempuan juga,perkahwinan hanya sekali dalam hidup.Pempuan tak pernah nak kahwin lebih dari itu walaupun kematian suami atau di ceraikan.Bagi pempuan,cinta mereka hanya pada suami atau lelaki yang di cintai.Mintalah apa pun,pempuan pasti beri dengan mudahnya kerana....cinta adalah segala2nya buat mereka walaupun mereka hanya tinggal gigi dan lidah je...

"Kamu jangan serah semua pada lelaki,orang lelaki ni penipu!sejahat mana pun dia,bakal isterinya pasti yang baik2,yang beriman dan yang paling sempurna..." terangku pada setiap pertemuan dengan anak2
"Bila kita sayang teman lelaki atau suami,kamu jangan sayang keterlaluan..serahk…

AKUR DENGAN KETENTUANNYA

NGUMPAT ATAU BORAK2?

Weh!call aku jap!sms seorang kawan petang tadi

Dek sebab aku di Mall,aku tak dapat menelefonnya serta merta!tunggu ada line dan ada masa,baru lah kami berbual...

Ada apa?tanya aku

Tadi siang,aku jumpa si Sally,macam2 kami borakkan...katanya

ya ke?apa citernya..tanya aku pula

Macam2 lah!tapi...aku dah tau apa berlaku sebenarnya di belakang kita..terangnya lagi

Apa citer?tak faham lah..kataku lagi

Isu kawan2 lah...jawap Si Mimi bersahaja

Oooo...oklah kalau gitu jawap aku

Semua angkara si Joyah tu...kata Mimi lagi

Aku dah agak lah...sebab hanya dia je yang tau...jawap aku pula

Itulah pasal!pura2 nak jadi malaikat,walhal dia pun 2x5 je....kata Mimi lagi

Hahaha,biarlah Mimi...kita lihat je..berapa lama le dia nak menipu..jawap aku lagi

Itulah...kau jangan risau,kelmarin dia jatuh telentang tau!kata Mimi lancar

Ya ke?kesian pula...mujur tak pecah kepala!kataku antara suka dan tidak

Biarkan...jahat sangat!suka mengadu domba,kata nak jadi kawan sejati,tapi..perangai menga…

BLACKOUT!NOTIS TIADA ...

BILA LETRIK TAK ADA!

Pengsan,pengsan dek kepanasan.Eletrik,air dan makanan adalah sumber wajib bagi semua makhluk!tanpa ketiga2,kita boleh mati kering!

Hari ini,notis untuk satu pekan!Tiada sumber api!Aduhaiiiii....terasa dok dalam kukus!panas yang menyengat..rasa tak nak berbaju,rasa tak nak berseluar...tapi...dek sebab tak boleh,maka kenalah berpakaian lengkap untuk pergi kursus haji.Mujur dok di balai luar,ada le juga angin sepoi2 bahasa menerjah ke muka.Jika tidak...mahu belengas satu badan!

Balik rumah,pintu pagar tak boleh buka,mujur le ada pintu kedua yang jarang2 kami gunakan,godeh punya godeh dek mangga yang dah berkarat,akhirnya aku dapat masuk dalam rumah.Wah!panas sungguh lah!apa lah dosa kita kan?terasa dunia sangat hangat!walhal...angin ada,ruang udara ada...rumah terasa macam dalam periuk wap!berpeluh2 aku dan anak2...

Tak boleh jadi,kita kena keluar agar bahang tak berpanjangan ,menyusur ke Jusco,menjenggah muka ke dalam mall,wah!tarasa nyaman sekali.Subhanallah...baya…

DRAMA TV

CERAKARAMA

Dah agak lama tak menonton cerekarama TV3!..jika dahulu,rajin juga untuk melihat cerita2 masyarakat yang di paparkan.walaupun ada yang tak berapa logik,sekadar hiburan...boleh lah!

Malam ini,untuk sekian lamanya,sambil mengosok baju,aku meluangkan masa untuk menonton cerekarama TV3!..Nur Sarah tajuk di beri...pelakon cantik2,kacak2 dan penuh gaya walaupun berlakon asal boleh je.

Dari mula cerita bermula,celaru dengan kejahatan manusia.Jahat sungguh seorang mak tiri,tergamak menganiaya anak tiri dengan mengahwinkan dengan lelaki yang tak di kenali.Mujur le si anak tu sangat sopan santun,menurut macam orang bodoh je.Beruntung lagi,si suami kira hensem le juga.kalau lah di paksa kahwin dengan orang tua!Harussss mati beranggan si sarah!

Dari mula juga,jalan cerita kita dah tau penghujungnya.Yang jahat pasti akan dapat balasan.walaupun penghujungnya agak tak menasabah,tapi..dah itu yang di rekakan oleh penulisnya.Si ibu tiri yang bongkak telah di simbah asid di muka oleh seseora…

LIWAT LAGI

UMAT NABI LUTH!

Antara percaya dan tidak?aku kena baca lagi.....antara suka dengan tidak...aku tetap kena baca juga....Apalah nak jadi dengan dunia ni,perkataan yang biasa dok dalam kelambu,sekarang dah tak jadi malu nak menyebutnya.Liwat,lewat...rasa macam dah tak banyak bezanya.Jikalau dulu2,sebutan seumpama ini,tidak manis di perkatakan di khalayak ramai,Kena bisik2 agar tidak di dengari oleh kanak2.Sekarang ni,jenuh le kita nak menerangkan bila mereka bertanya!
Ibu!liwat tu apa?sebaik Alif terbaca berita tersebut di dada akhbar..
Sakit kepala mak nak oiiii....

Jika kes2 lama akhirnya di dapati tak bersalah!sekarang buat lagi..apa motifnya?jika sekadar untuk melekakan...mana mungkin rakyat boleh leka dengan cerita2 begini.tambah meluat lagi ada!geli geleman bila terlihat gambar hitam putih orang lelaki dengan orang lelaki nak mula bermain cinta.Kita bukan tak pernah lihat pun...cuma bila di bentang secara umum gitu,rasa macam serba tak kena lah!Tukarlah kepada tuduhan lain...jangan…

TOLONG!ADA BUDAK LEMAS!TOLONG!

BILA IBUBAPA LENGGANG2 KANGKUNG..

Petang tadi,aku membawa anak2 pergi berenang di sebuah hotel berhampiran dengan rumah.Dah menjadi kelaziman,aku pasti dok menunggu anak2 yang kecil2 tu berenang kerana masih tak percaya keupayaan mereka.Wpun dah ada sijil,rasa was2 masih menebal di hatiku.Perkara pertama yang aku kena pastikan,pelampung lengan mesti tersarung di lengan masing2.Tiada gurauan,tiada suka2..kalau nak berenang..maka berenang lah sesungguhnya!Kalau setakat nak buang masa,aku akan menghukum mereka dengan tidak membawa mereka ke kolam renang dalam jangkamasa tertentu.

Sedang asyik aku memerhati anak2,tetiba.....
berdebus!percikan air menerjah ke muka.Geram juga melihat kelibat kanak2 yang main terjun botol tu...sedang aku menjeling padanya.Aku lihat dia seolah2 tak pandai berenang.Mengelupur macam mintak nyawa je...aku masih memerhatikan gelagatnya.Dalam hati,masih tertanya2 dia pandai berenang ke tak?Dari pengamatan aku...SAH! kanak2 ni tak pandai berenang..Aku cuba mencapai…

SELAMAT HARI LAHIR WAHAI SUAMIKU

CATATAN BUAT SUAMI..

Selamat harilahir buah hati..semuga dipanjangkan usia,di murahkan rezeki dan selamat dunia dan di akhirat.Umurnya sudah sampai angka 50thn.Bila sampai sahaja umur ini..maka EPF pun boleh le keluar mengikut bajet yang telah di persetujui oleh pihak EPF.Tak banyak tapi...boleh lah!
Cuba kamu bayangkan,jika saya dapat je EPF,watak saya terus berubah, jadi bengis hanya kerana dah keluar EPF tanya suami pagi tadi. (Saya hanya senyum namun agak terperanjat dengan soalannya) Saya mesti le sedih.....jawap saya Kamu mesti nangis je kan?saya pula dah suka2....katanya lagi Yalah...tapi..kamu kena ingat,setakat duit EPF yang tak seberapa tu,kamu hilang keluarga dan anak2..terangku lagi (Dia mengangguk tanda setuju...) Saya tak mungkin buat gitu...saya pun rasa sedih,kamu dah bersusah payah hidup dengan saya,mana mungkin saya sanggup buat macam tu...pada kamu dan budak2..jawapnya pilu Tau pun...saya tak kisah,cuma perbuatan itu sangat merugikan.Setakat perempuan muda memang la…

JIRAN

SUDAH BERTAHUN2 KITA BERSAMA..

Jiran aku semuanya berbangsa Cina,kiri kanan depan belakang!semuanya cina...Kalaupun ada melayu,sekadar menyewa sahaja.Ada mereka atau tak,bukan lagi jadi masalah bagiku.Hidup harus di teruskan!Masa beli rumah ini,aku hanya fikir yang mudah je,tambahan pula kami tak bercita2 pun nak menetap lama di pekan ini.Suami janji 2 @ 3thn je,sekarang dah nak masuk 7thn!Masa tu,tanpa fikir panjang,aku dan suami pun menandatangani perjanjian jual beli ini. Yang membuatkan aku tertarik,rumah ini besar,luas,murah dan berdekatan dengan sekolah anak2.Murah?Boleh le di katakan murah,RM290k aku dapat menduduki rumah semi-D yang berukuran 40"x 75".Harga ini lebih murah daripada rumah yang pernah ditawarkan pada kami.Lebih luas dan lebih menarik.

Masa awal2 dulu,aku tak terfikir masalah2 lain.Yang aku tau...hidup aku hanya di rumah.Pada aku,jiran2 atau persekitaran hanyalah perkara remeh temeh yang tak patut aku simpan dalam otak!Selama ini pun,aku dah terbiasa de…

UMRAH TANPA ILMU SAMA MACAM GI MAKAN ANGIN JE

BEZA KETARA ANTARANYA

Dah siap untuk umrah ni?tanya Anum pagi tadi
Setakat luaran,dah siap le..tapi...dalamannya masih kelam kabut!jawapku
Apa yang tak siap lagi?tanyanya lagi
Ialah..banyak benda nak ingat...jawap aku tenang
U kalau gi sana,u jangan fikir yang bukan2..u hanya tumpukan pada ibadat je...terang kak Anum lagi
Anum pula?dah siap untuk ke UK?giliran aku pula bertanya
Dah!I dan ready semuanya...baju sejuk pun dah siap!balasnya
Anum pergi UK,saya gi Mekah..2 percutian yang berbeza...kataku
Kenapa pulak?tanya Anum penuh kehairanan
Anum gi UK untuk HOREY2!tapi...saya pergi Mekah untuk ibadat,banyak pantang larang...Anum boleh buat ikut suka tapi...saya kena tertib...kan beza tu?terang ku panjang lebar
Hahaha!..betul juga tu...jawapnya lagi

Walaupun perbualan itu hanya sekadar sembang pagi hari,tapi...dalam hati makin kalut!masa yang ada ni..rasa2nya macam tak cukup!masih banyak yang aku kena buat.Mujurlah ALLAH maha mengetahui.baca apa pun ALLAH akan faham..itu yang buat debara…

KAWAN LAMA

ZAMAN KANAK2

Assalamualaikum,aku ni.. Hanim..sayup terdengar suara di talian petang tadi
Ya,ya...aku ingat,sihat ke?dok kat mana?bertalu soalan aku ajukan
Aku sihat,aku dok singapore sekarang ni,kau dok mana lak?tanyanya lancar
Aku kat Perak lah!jawap aku gembira
Kau ingat aku lagi ke?tanya suara tu lagi
Apa pulak tak ingat?Hanim anak Pak Zam!kawan sepermainan kecik2 dulu..jawap aku
Ooo..aku ingat kau tak ingat aku lagi...sayu terdengar suaranya
Dah gila aku ni kalau tak ingat kau Nim...oiiii..jawap aku separuh bergurau
(macam2 citer silam yang kami bualkan,Hanim rakan zaman kecilku,ibunya meninggal masa diorg kecil lagi,ayahnya yang membesarkan mereka bersama kakak yang sulung iaitu Zaleha.Antara adik beradiknya yang bersama2 membesar denganku ialah Lina dan Bujang.Zaleha berperanan sebagai ibu merangkap kakak,memasak,mengemas baju dan tugas2 asas dia yang lakukan.kami selalu bermain di rumahnya.Adakalanya kami menemaninya mencari suluh keladi untuk di masak asam.Zaleha pandai serba …

HAFAL SURAH

INILAH PADAHNYA DAH TUA BARU NAK CARI ILMU

Kenapalah benak sangat otak aku ni,susah sungguh nak hafal surah2 pendek atau pun panjang sikit,yang dulu2 aku dah menguasainya.Dek lama tak baca atau guna pakai,langsung lupa!Sebab itu pepatah ada menyebut..alah bisa tegal biasa...Tapi..bila dah tak biasa?inilah padahnya.Malu pada anak2 bila baca surah yang sama je.
Nak kata makan bendir banyak sangat,tak juga...tapi..yang pasti,aku sedar,aku semakin pelupa sekarang. Jika dulu2,sebutlah apa pun...aku akan dapat mengingatinya dengan baik.Nombor Phone,tarikh2 penting..ate tarikh kematian ahli keluarga yang lain pun aku boleh mengingatinya dengan baik!Biasanya, ahli2 keluarga akan merujuk padaku untuk bertanya mengenai nombor!.Mereka kata aku mewarisi bakat abah.Tajam daya ingatan !

Tapi,hari ini,dukacitanya...aku dah jadi pelupa,anak2 pun dah komplen... Ayah!ibu kan dah banyak lupa tau..kata Mira pada  ayahnya Mestilah!ibu tu kan dah tua....jawap suami selamber Hehehe...ayah cakap ya,bukan Mir…

ANAK LELAKIKU

AMAT MENCABAR!

Esok ibu tinggalkan kamu,jangan buat macam2 tau...dok rumah je,makan apa aje,jangan nak merayap sana sini..pesanku pada anak lelakiku yang pertama kali kutinggalkan berdikari.Atas urusan visa umrah,aku tak boleh tunggu suami,dokumen sudah lambat untuk di hantar melalui post laju,tambahan pula ada pasport Ori untuk di sertakan bersama.Mula2 perancangan,kami semua pergi bersama,tapi..atas sebab kerja2 suami yang tertunda...aku kena redah sendirian jalan raya menuju ke kota.

Baiklah ibu,ibu jangan lah fikir banyak sangat,Akif tau lah nak jaga diri....jawapnya

Ibu tau..kamu boleh jaga diri,tapi...jangan cakap aje,ibu sibuk,ayah kerja..kamu janganlah susahkan hati kami..pintaku lagi

Baiklah ibu...Akif tau...jawapanya pendek

Jangan goreng telur,jangan nak main api atau repair ais box!peringatanku lagi

Apalah ibu ni...kesitu lak!..jawapnya

Yalah...kamu tu bukan boleh caya sangat,main pemetik api le..celup sterika dalam air le..jangan nak cuba yang bukan2!tau?..kataku lagi meni…

KLINIK 24JAM!

PODDAH!

Bueeekkk..bueeekk...anaku muntah!habis keluar apa sahaja yang di makan,kesiannya....melambak2 hingga aku pun dah tak larat nak lihat.Ku urut lembut belakangnya,terusan dia mengeluarkan segala isi yang ada di dalam perutnya itu.Lepas bersihkan lantai,bilik air dan mandikan dia,Aku beri makan ubat tahan muntah yang ada di peti sejuk,dengan harapan kebahlah hendaknya rasa mualnya.

Lepas maghrib,dia muntah lagi!dan lagi dan lagi....
Ibu,bawalah gi klinik kata Si kakak
Ibu ada ubat,esoklah..ibu bawa kat klinik yang biasa tu jawapku untuk meredakan keadaan
Kesian lah...nanti malam dia lagi teruk,macam mana?kata si kakak lagi
(aku terdiam sejenak,sedang sibuk berfikir,dia muntah lagi!wah!tak boleh jadi nya...tadi dah basuh selimut dan segala macam baju,termasuk lap lantai dan dll.Kalau malam nanti muntah lagi?panik..aku mula panik...)

Saya rasa kita kena bawa Aaliya gi klinik lah...malam kang kalau muntah lagi teruk!payah juga..kataku pada suami
Oklah...jom kita gi klinik! jawap suam…

UMRAH 2013

KONGSI JE...

1)Cari agensi yang bertauliah,Kebetulan THST ada mengeluarkan pakej untuk Disember 2012,aku terus daftar di sana dengan harapan untuk merebut pakej istimewa itu.Nasib kurang baik,visa tak dapat atas sebab2 tertentu.Lanjutan dari situ,aku terus sahaja berurusan dengan THST sehingga sampai tarikh yang bersesuaian.Lagi pun,TH adalah satu organisasi besar yang kukuh dan dikenali ramai sejak berkurun lamanya.Dari kecil,TH telah sebati dalam diri.Orang dulu2 kalau nak naik haji atau buat umrah pasti TH pilihan mereka.

2)Bayar tempahan sekurang2nya RM1000 setiap seorang.Bayaran penuh harus di bayar atau di jelaskan selewat2nya sebelum tarikh berangkat.Tapi..jangan lupa tinggalkan lebihkurang RM1300 dalam acc...pendek kata,tak boleh terus kosong!

3)Semua urusan akan bermula sebulan sebelum tarikh berangkat,tapi..individu yang menguruskan aku ni agak lembab sikit,saat2 akhir baru nak macam2,bila kita tanya...tak pe...lambat lagi tu,nanti saya bagitau ya..akhirnya,aku juga yang kel…

KECEWA LAGI...

TAK TAU NAK KATA APA LAGI...

Hari ini,aku kecewa lagi...hati hancur dek perbuatan kawan2,jika zaman sekolah kami tak pernah bersama.lepas reunion 2011,persahabatan kami bertaut kembali.Seorang demi seorang kami jejaki.Wah!seronoknya...dulu2 mereka rupa macam ni,sekarang dah rupa macam gitu lak!Kelakar lah!Tapi..kusangka cerah hingga ke petang tapi..hujan ditengahari, menderu hujan turun membasahi bumi yang kering kontang!Apa yang aku kesalkan....
Dalam usia begini,masih ada berlaku perselisihan faham di antara kami.Jika zaman sekolah dulu,kami sememangnya tak pernah ambil tau hal orang lain.Bila dah tua2 gini,banyak pula masalah mereka yang berkait dengan kita.Rasa menyesal,rasa rugi masa...buat kita rasa hidup ini lebih baik sendiri.

Kawan2 ku orang kebanyakkan je,tapi..tak tahu apa yang membuatkan kami tak sehaluan.Ada sahaja kejadian yang tak di ingini berlaku,berkecil hati,cemburu buta,memandingkan diri di antara satu dengan yang lain atau skandal yang tak sudah!

Masa mula2 dulu,s…

KELAS RENANG

10 KALI RM250 JE....

Cuti lepas,untuk mengisi ruang kosong anak2,aku daftar mereka untuk kelas renang.Di kendalikan oleh seorang guru lelaki,berkulit sawo matang dan rambut mata 3!Mula2,semua anak2 remaja aku hanya tahu mengimbang badan tapi tidak untuk berenang ke hulu kehilir.Yang kecil2 tu langsung tak pandai berenang.Kebiasaannya,mereka berenang di kolam khas untuk kanak2.Dengan pantauan yang sangat ketat!

Fikir punya fikir,kami korbankan duit,agar..anak2 jadi pandai dan kami tak perlu risau lagi.Bukan murah,RM250 untuk 10 sesi.Sekali masuk ke kolam renang kami perlu pula membayar duit sewanya sebanyak RM46.Selain itu,baju renang utk 5 orang mencecah juga RM1000!belum lagi untuk rambut(head cover),untuk mata(goggles),untuk sumbat telinga,pendek kata untuk meraih kejayaan,bukan setakat kudrat,modal pun kena ada.Jika sekadar cakap2 je,memang tua gitu je le anak2 kami.

Mula2 sesi,yang besar2 tu oklah..dah boleh jaga diri.Tapi,yang kecil2 ini.buat dada aku cemas sentiasa.Pelampung len…