APA?KENAPA?MENGAPA?

PERASAAN SAHAJA

Sedang asyik mengangkat hidaian kain,mata terpaku melihat 2 helai daun pandan bergerak2.Hanya 2 helai sahaja.Tanpa angin atau tanpa sebarang punca,aku lihat 2 helai daun pandan itu bergerak laju!hati terasa cuak juga,dada berdebar dan badan jadi seram sejuk!

Untuk memujuk hati,aku baca ayat kursi,aku selawat dan aku baca apa juga yang aku tau.2 helai daun tu,makin rancak bergoyang..Aku cuba menafikannya dengan cara buat tak tahuAku teruskan mengangkat baju sambil berzikir.Mata tak berhenti2 menjeling keadaan 2 helai daun tu.

Tak boleh jadi ni,getusku dalam hati...Aku panggil anak dan suruh dia memanggil suamiku.Hati mula takut wpun aku ni jenis wanita besi!Jarang takut pada sesuatu yang tak masuk dek akal.Cuma untuk malam ini,di sebabkan hanya2 helai sahaja yang bergoyang!Hati mula rasa tak sedap.

Dia bergegas turun,bila aku katakan apa yang aku nampak,dia tak percaya dan mula mengeluarkan semua teori yang dia ada.
Pandai le kamu cakap,dok sini teman kan saya angkat baju2 ni..kataku separuh memerintah.
Dia duduk sama menemani aku sehingga habis baju di ampaian.Dalam pada tu,dia asyik kata aku melayan perasaan.Tapi..aku yakin,apa yang berlaku satu kejadian yang tak normal.Semua daun pokok terdiam kaku,hanya 2 helai daun ini sahaja yang rancak menari.Hanya 2 sahaja!

Lebih pelik lagi,pagi tadi 2 helai daun itu tak bergerak langsung.Sama macam daun2 pokok lain.Tapi..di sebabkan aku tak mahu bersangka yang bukan2..aku cuba melupakannya.Anak gadisku pun turut sama..Dia membantu aku seperti biasa walaupun mata tetap menjeling ke arah 2 helaian daun itu.

Apalah agak sebab musababnya.Mohon ALLAH lindungi kami daripada sebarang keburukkan.Apa pun puncanya,aku harap benar agar ianya tidak berpanjangan.
Ya ALLAH,jauhilah kami daripada kejahatan manusia,jauhlah kami daripada perkara karut marut ni dan lindungi kami daripada kesesatan.Jika benar daun pandan itu bergoyang di sebabkan angin.Aku mohon ampun kerana hati terdetik yang bukan2 tadi.Aku tak percaya adanya 'mereka' tapi...semua berlaku adalah kehendakkanmu..Cuma ku mohon perlindungan mu ya ALLAH.

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK