HUBUNGAN TERLARANG

TAK SESUAIIII!!

Tajuk?poyo je...hubungan terlarang yang tak patut di buat oleh seorang manusia.Perlakuan ini salah di sisi islam atau juga kemanusian.Kita bukan di zaman batu!kita dah berada di zaman moden!,Namun masih ada lagi manusia yang tergamak melakukannya.Bila baca di dada akhbar,kita rasa fitrah hidup kita telah bertukar.Samada sengaja di tukar atau ALLAH bagi bencana pada kita.Kita sendiri tak pasti.Nilai kasih sayang dah hancur!Semua pasangan mementingkan kebendaan tanpa fikir susur jalur keturunan.Sex rambang,sex segala sex telah berlaku di tempat terbuka!Jika dahulu nak berpimpin tangan pun malu?inikan pula nak bercumbu rayu...Semua rasa cinta kita kemam dalam hati,kita tak tunjuk secara berdepan.Kita rasa perasaan itu tuntutan agama dan tuntutan kehidupan dalam mengatur langkah kehidupan hakiki.Maka...semua nya berlaku secara semulajadi.Jika belum bernikah,kita tak boleh lebih daripada itu.Kita kena ada batas pergaulan.Tak boleh cuit2,tak boleh pegang2..jika mahu bertemu pun sekadar dok sebatu satu!Di khalayak ramai dan kalau boleh bawa teman.Jika kita berdua,dalam tak sedar kita dah bertiga!..Yang ke tiga itu bermata merah,bertaring dan menakutkan.Tapi..kita tak sedar akan kewujudannya.Yang kita tahu,seronok je,dosa belakang kira!

Kalau dulu2,orang perempuan tak boleh pergi jauh sangat.Jika dah menikah,semua aktiviti tamat.Tiada agenda bersama kawan2,tiada masa nak bersantai macam dulu2.Kesana kemari,hanya bersama suami dan anak2 aje.walaupun bosan,orang perempuan tetap setia dengan pasangan hati tu.Tidak sekali di hati untuk minta bebas!kerana orang perempuan dulu2,sedar sekali perkataan cerai terucap keluar,ALLAH akan murka.Orang perempuan dulu2 tak mahu ALLAH murka,biar hatinya murka,tapi...bukan ALLAH memurkainya.Kenapa begitu?Orang perempuan dulu2,di asuh dengan ajaran Islam yang utuh!Sekarang ni,agama di tolak ke tepi,maka kerana itu masyarakat semakin pincang dek kemodenan.

Banyak kali aku mendengar keluh kesah rakan2 tentang perhubungan terlarang ni.Pada aku,bila kita kahwin je.Kita kena letak diri kita umpama lilin.Kita nyalakan cahaya untuk anak2.Kita yang memulakan kewujudan mereka,atas dasar kasih sayang..mereka di lahirkan.ALLAH beri nyawa dan anak2 hidup sihat.Bila kita fikir gembira sendiri tanpa fikir hati mereka.Itulah puncanya,kerosakkan generasi mendatang.Mereka umpama mangsa keadaan.Kita abaikan mereka,kita tak pedulikan mereka dan mereka hidup melata!Siapa salah?bila generasi itu membesar menjadi manusia yang tiada pegangan agama.Semua undang islam mereka pandang remeh je.Jika kita tak abaikan mereka dan mendidik mereka dengan baik.Mereka pasti mewarisi sikap terpuji kita juga.Seandainya,kita pun lintang pukang!itulah puncanya berlakunya masyarakat yang tak tahu dosa pahala.Hubungan songsang di anggap biasa,hubungan songsang di anggap perlakuan moden yang tak merosakkan keturunan.

Sedih?sangat sedih...hati merintih sedih bila membaca berita seorang ayah sanggup melakukan maksiat di depan anak2,melakukan sumbang mahram dengan anak2.Jika jahat sekali pun,anak2 wajib di lindungi bukan di tunggangi.Bayangkan...mereka lahir dari kecintaan kita.Tergamak kah kita menodainya.Entahlah...semuga tidak berlaku di dalam keluargaku sendiri.AMIN.

Siang tadi,Mahkamah menjatuhkan hukuman pada seorang lelaki penjara selama 115thn!berserta hukuman lain.Bayangkan hanya 4 kes dia bersabit.Tapi..kesannya..dia terpaksa merengkuk di penjara selama itu.Contoh terbaik hubungan terlarang!Mengapa jadi begini?Jangan salahkan ibu mengandung tapi salahkan diri sendiri kerana mengikut kata hati.Tidak takut kemurkaan ALLAH,mabuk sehingga tak sedar apa yang di lakukan.Sedar2,perkara telah berlaku,akhirnya diri terpenjara di tembok gelap bejeriji besi.Aduhai...

Hubungan terlarang sangat menayakitkan,salah langkah dosa pahala terus di lupakan.Sekali melangkah mereka akan terus melangkah bak kata pepatah alang2 meyeluk pekasam biar sampai kelengan!Akhirnya......kehidupan porak poranda,usia di buang begitu sahaja.Mati tiada siapa yang  meratap hiba...yang ada hanya kekesalan tidak terperi.Tinggal di rumah kekal abadi hanya di temani keseksaan yang telah ALLAH janjikan.Subhanallah...

Peringatan untuk diri sendiri,jauhilah hubungan terlarang.Hargai apa jua yang kita miliki kerana itu yang terbaik untuk kita.Jangan sesekali kita melakukan kesilapan dalam menjalin perhubungan.Manusia semua sama,tiada yang istimewa.Jangan hidup bertongkat nafsu,kelak binasa badan.








Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK