CELOTEH ANAK

RAGAM ANAK2 KU..
Kelazimannya,pergi mengerjakan Umrah bersama anak2 yang kecil banyak dugaanya.Sebagai persedian untuk itu,kami memastikan jika ada kesempatan utk beriadah di padang berumput hijau yang luas terbentang sebagai persediaan fizikal luaran kami.Aku melatih mereka agar dapat berjalan sejauh yang termampu.walaupun tiada paksaan,aku tetap kena fikir jauh ke depan!seandainya mereka buat hal!habislah aku kena dukong keduanya sekali!Pengsan,pengsan...

Petang tadi,hari ke tiga kami ke sana..Dengan gaya atlit,aku pimpin kedua2 tangan buah hati pengarang jantung aku ni perlahan2 menyusuri padang.Setengah jalan,si abang dah mula buat hal!si adik masih bertahan,sesekali berlari anak mendahului kami.

Alif ni...tak boleh le macam ni,tengok adik tu...steady je..siap boleh skip!kataku pada anak lelaki yang dah macam orang patah kandar tu.
Alif penat lah..ibu ni suka memaksa!jeritnya
Bukan memaksa,tapi..kita kena berlatih le,nanti kat Mekah,kita kena  jalan jauh tau..terangku panjang lebar
Dah tau,nanti kena jalan jauh,simpanlah tenaga!jawapnya lagi
Bukan macam tu,kita kena berlatih agar kita dah terbiasa dengan keadaan tu.Kalau esok pergi baru nak berjalan..memang kita akan penat..terangku lagi.Untuk melekakan mereka,aku ceritakan sejarah Siti Hajar,Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.Sesekali dia menyampuk sementelah dia dah belajar di sekolah kisah2 ini.
Dalam leka mendengar cerita,dia merungut lagi.kecuh!
Ginilah,ibu akan beri hadiah jika kamu berdua berjaya buat Umrah dengan sempurna.Tak kacau ibu,tak ngada2 dan tak buat hal!amacam?aku memberi cadangan agar mereka boleh melakukan latihan ni seperti yang di rancang.
Alif nak PS3!jerit si abang
Ok!Alif PS3!ibu janji...sambil bersalaman tanda setuju
Saya nak IPad sendiri!pinta si adik
Wah!adik nak IPad...kataku separuh ketawa
Kenapa nak IPad?tanya aku pada si kecil tu
Saya tak mahu bergaduh dengan abang...jawapnya
Ok!Adik ibu belikan IPad..janji aku sambil bersalaman tanda jadi!
Dengan senang hati,kami berjaya merentasi padang seluas itu tanpa letih!

Aduhai..anak2,agak2 esok nak citer apa ya?
Pening ibu nak fikirkan..HUH!


Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK