Posts

Showing posts from February, 2013

PERGORBANAN IBUBAPA

TIADA BANDINGANNYA

Emak seorang yang gigih,masa aku kecil2,emak berniaga di satu tempat jauh dari rumah.Kami tinggal sendirian bersama kakak2 dan abang2 je,Emak,abah akan balik seminggu sekali.Lama juga keadaan kami begitu,aku membesar sendirian,hanya kakak dan abang je memantau pembesaran aku dan yang lain2.Masa tu,kami tak faham apa2 pun,yang kami tau,sampai masa makan,bermain dan tidur.Biasanya,bila mak balik,hari dah lewat malam.Kami dah tidur..kadang2 aku terasa mak mengusap lembut rambut aku,mungkin mak akan buat kepada adik beradik yang lain juga.Begitulah naluri seorang ibu,mungkin rindu buat dia melakukannya walaupun dalam gelap!
Abah?biasalah,lelaki tak akan tunjuk kerinduan.Pada mereka,beri makan pakai yang cukup,itulah kasih sayang namanya.Kami dah terbiasa dengan keadaan begitu.Orang2 kebanyakkan macam kami,tak kisah itu semua.Asalkan perut penuh,semuanya tak bermakna lagi.
Bila mak ada,barulah sempurna hidup kami,mak jadi surirumah tangga sepenuh hari.Mengemas,membasuh b…

CELOTEH ANAK

ADA ADA AJE!
Ibu..masa ibu muda,ayah sayang ibu tak?tanya Aaliya pagi tadi
Sayang....ayah sayang ibu masa muda2 dulu..kenapa adik tanya macam tu?tanya saya kembali
Tak lah,saya tengok ayah macam tak sayang je dengan ibu sekarang ni..katanya lagi
Yalah!ayah dah tak sayang ibu lagi,macam mana adik tau?tanya saya lagi
Ayah tak tanya ibu macam ayah tanya saya hari2 bila balik kerja...katanya lagi
Oh ya lah!ayah dah lupakan ibu le tu...huhuhu...aku pura2 sedih
(Kebiasaannya,suami akan menjerit2 memanggil namanya sebaik masuk rumah sekembali dari kerja,rupanya..dalam diam dia memerhati gelagat kami)
Tak pe..nanti saya marah ayah tau...katanya lagi sambil memegang pipi saya
Ok...nanti adik marah ayah tau...ibu sedih tau...mentang2 ibu dah tua..rayuku lahan,nampak wajah dia sugul sungguh!hehehe
Saya cuba pancing dia pula...
Adik sayang ayah?tanya saya kembali
Sayang!tapi..saya sayang ayah sebab nak suruh dia sayang ibu,kasi ibu duit,boleh beli baju cantik2,boleh beli kasut cantik2..jawapnya l…

UBAT PENAHAN HAID

MACAM2 PENDAPAT YANG KITA DENGAR...
Semua orang bercita2 untuk menjejakkan kaki di hadapan kaabah,semua orang juga mempunyai impian untuk menjadi tetamu yang Esa.Perasaan bercampur baur,suka,takut dan gementar!Dulu2,tak terfikir bab ni,langsung tak terfikir untuk ke sana, memandangkan kewangan sentiasa tak cukup!Ada sahaja yang kita nak buat sehingga impian tu rasa2 macam payah nak di capai.Tapi..jauh di sudut hati setiap manusia,ingin menjejakkan kaki di bumi Mekah dan menyusuri sirah Nabi.Bila baca sirah nabi,tergambar semuanya di hadapan mata,wpun tak semestinya apa yang kita fikirkan dan reality nya sama.Namun,aku sangat merinduinya dan memasang cita2..suatu hari aku pasti akan ke sana!aku pasti!
Hujung tahun 2012,aku nekad untuk kesana,entah bagaimana..tup2 Jom kita buat Umrah?tanya ku pada suami Boleh juga..jawapnya Antara sedar dan tidak,semua persedian untuk ke sana berjalan dengan lancar sekali.Korek duit sana sini,terkumpul sehingga boleh ku bawa anak2 dan emak.Syukur...aku …

KISAH DUKA

SEORANG ANAK KECIL

Mak!mak!..panggil si anak di pagi sepi
Ya...sayang?ada apa?hari masih malam..tidur lah...Pujuk si ibu sambil membelai manja si anak
Mak...Nina lapar..mak buatkan lempeng boleh tak?..tanya si anak
Mak merenung sepi muka si anak yang mengharap simpati
Tidur lah ya..esok mak buatkan..kata emak sayu
Tapi...Nina lapar mak..mak buatlah apa2 pun..asalkan Nina boleh makan..pinta si anak lagi
Tak ada apa yang kita boleh makan sayang...emak menjawap sambil memeluk si anak yang tak mengerti apa2

Mak...Nina lapar sangat..dari siang Nina tak makan..mak masakkan nasi,mak goreng belacan pun Nina boleh makan..pinta si anak lagi
Ya,,mak tahu,Nina boleh makan apa pun,Nina anak baik,tak pernah cerewet dan susahkan mak..tapi mak minta maaf,mak tak dapat bagi apa pun sbb kita tak ada apa lagi...emak menangis sedu sedan sambil memeluk si anak,Nina hanya memandang penuh kehampaan.Di usai air mata emak,walaupun dia kecewa,selepas melihat emak menangis teresak2,Nina tak berbunyi lagi.Emak d…

GOSSIP YO!

Image
FIZZ BERTUNANG DENGAN ISTERI ORANG

Tunang Saya Isteri Orang- Fizz Fairuz
Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang. Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-seoalah diatur oleh dia sejak kami berkenalan setahun lalu. Khamis lalu, saya dikirimkan mesej oleh kawan adik wanita itu dan dia menjelaskan status sebenar tunang saya. Malahsaya juga sudah berjumpa suami wanita itu, Sabtu lalu.
Sepanjang setahun mengenalinya, saya tidak pernah tahu latar belakang tempat kerja, pendidikan termasuk keluarganya. Sedar-sedar saya sudahpun bertunang dengan dia dan hanya mengenali keluarganya ketika majlis berlangsung. Kepada semua, saya mohon maaf terutama kepada Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Saya turut berasa pelik kerana tujuh tahun mengenali Almy Nadia, saya sukar mengikat tali pertunangan tetapi setahun bersama wanita itu saya terus bertunang.






Minggu lalu,terbaca artikel mengenainya pertunangan ala koboinya,tak pernah di …

BUANG BAYI

Image
HARI2!ADA SAHAJA BAYI TERCAMPAK DI TEPI JALAN..
Keheningan pagi itu,di riuhkan dengan terjumpanya seorang bayi di dalam longkang.Nak di jadikan cerita,pagi itu Selamat,tukang kebun kami datang awal.Dari kejauhan pagi yang hening itu,sayup2 dia mendengar bunyi seolah2 suara anak kucing!Mula2 di tak mengendahkan bunyi itu.Lama2..dia mula sangsi bila bunyi itu semakin kuat di pendengaran.

Dia memasang telinga mencari arah bunyi anak kucing itu.Puas di jenguk ke sana ke mari,namun kegelapan pagi itu buat pandangannya terbatas.Bila hampir dengan bunyi itu,di terpandang sebatang penyauk sampah di letakkan di dalam parit,di cuba mengangkatnya,tapi terasa berat.Sebaik dia berjaya mengeluarkan penyauk itu,di mendengar punca bunyi aneh itu.Wah!seorang bayi ada di dalamnya.Berbogel tanpa seurat benang,comot berlumpur dan mula di naiki semut.Selamat mengangkatnya dan memberi pada kakitangan kami.Bayi putih berjantina lelaki itu,di bersihkan sebelum dihantar ke klinik berhampiran.

Seharian,Selamat…

CELOTEH ANAK

RAGAM ANAK2 KU..
Kelazimannya,pergi mengerjakan Umrah bersama anak2 yang kecil banyak dugaanya.Sebagai persedian untuk itu,kami memastikan jika ada kesempatan utk beriadah di padang berumput hijau yang luas terbentang sebagai persediaan fizikal luaran kami.Aku melatih mereka agar dapat berjalan sejauh yang termampu.walaupun tiada paksaan,aku tetap kena fikir jauh ke depan!seandainya mereka buat hal!habislah aku kena dukong keduanya sekali!Pengsan,pengsan...

Petang tadi,hari ke tiga kami ke sana..Dengan gaya atlit,aku pimpin kedua2 tangan buah hati pengarang jantung aku ni perlahan2 menyusuri padang.Setengah jalan,si abang dah mula buat hal!si adik masih bertahan,sesekali berlari anak mendahului kami.

Alif ni...tak boleh le macam ni,tengok adik tu...steady je..siap boleh skip!kataku pada anak lelaki yang dah macam orang patah kandar tu.
Alif penat lah..ibu ni suka memaksa!jeritnya
Bukan memaksa,tapi..kita kena berlatih le,nanti kat Mekah,kita kena  jalan jauh tau..terangku panjang leba…

HARI INI DALAM SEJARAH

JANGAN DILAYAN ORANG YANG BODOH,MEREKA HANYA AKAN MEMBUAT HARI2 KITA HAMBAR!

Pagi aku bermula dengan pesanan ringkas dari seorang rakan yang amat menyakitkan hati.Berbagai2 tuduhan di lemparkan pada aku.Masa tu,aku tengah mendengar ceramah Haji di Masjid.Tiada tumpuan langsung!hati berbaur seribu kekesalan.Sebelum ni,dia dan aku sangat akrab bagai isi dengan kuku.Kalau pun bergaduh hanya sementara,itu pun kerana rakan ku itu angin banyak satu badan!Suasana itu akan berakhir dengan kegembiraan semula.Tetapi hari ini,aku dapat rasakan persahabatan itu tak mungkin bertaut kembali.walaupun tak suka dengan apa yng berlaku,aku pun tak boleh nak memaksa dia datang pada aku semula.Aku jumpa dia sekitar 2011,hampir 2thn kami berkawan,dan hari ini semuanya berakhir hanya kerana orang ke tiga,ke empat atau ke lima!

Bahaya orang2 keliling  ni,mungkin kita cakap A dia sampaikan B,walaupun bunyi ayat sama,tapi nada mungkin tak serupa.Sebab tu ALLAH murka si pengadu domba!Apa puncanya?
Status FB lah…

NASIB RAKYAT MALAYSIA

PENDAPATKU SAHAJA

Aku sekadar rakyat  biasa,dilahirkan di tengah2 klrga serba kekurangan.Tiada apa yang aku dapat banggakan kerana kami adalah rakyat kebanyakkan je.Siapa pun yang memerintah!kami tetap kami...tidak berubah nasib kami jika tidak kami sendiri yang mengubahnya.Apa2 pun,kami sentiasa bergantung pada ilahi untuk memohon keberkatan dalam hidup ini.

Sebagai rakyat biasa,aku hanya layak guna kuasa pada Pilihanraya nanti.Masa tu,setiap rakyat berkuasa!Jarinya sangat berharga untuk menentukan masa depan Negara.
Malaysia sebuah negara yang mempunyai berbilang bangsa dan agama.Masyarakat  majmuknya sepakat dan harmoni walaupun ada sesetengah pendapat bertentangan namun kami rakyat Malaysia masih mampu  minum semeja ate tido sebantal sekali pun.

Berbagai2 isu sensitif di canang,namun setakat ini,rakyat Malaysia masih bertahan duduk  dan mencari rezeki bersama.Tiada masalah bagi kami rakyat kebanyakkan.Kami tak ambil hal lah tentang semua agenda politik yang semakin kusut masai sek…

HARTA PUSAKA

BAKAL JADI PUAKA!

Ramai orang bergaduh kerananya,ramai saudara mara bermusuhan kerananya,ramai yang sasau juga kerananya.Pendek kata harta pusaka boleh di anggap berpuaka jika tidak di laksana dengan adil dan saksama.Mujurlah abah tak de harta walau sesen pun,kalau ada,pasti kami juga akan berperang saudara kerana merebutkannya.

Masih tergiang di telinga,Abang Jampa bertanya..
Abah ada tinggalkan apa2 tak?tanyanya sebaik abah pergi mengadap ilahi
Maksud abang?saya tak faham...tanya saya untuk kepastian
Harta...duit atau apa2 juga yang kita kena bagi pada Atok Halimah..terang Abang Jampa lagi
(Kebetulan emak abah masih hidup ketika itu)
Oooo...tak de,hanya rumah murah tu je yang ada...kataku lagi
Kalau macam tu,baiklah...kita ketegorikan tiada je ya..Rumah tu emak masih duduk,tak boleh buat apa2..terangnya lagi

Begitu teliti orang yang nak membantu,walaupun pada awalnya kita tersentak juga bila di ajukan soalan sebegitu.Namun,kita faham Abang Jampa hanya hendak membantu kami.Abang Jamp…

RAKAN FB TERLAMPAU

Image
YANG BUAT KITA BENGGANG

Hello..kamu kenal tak mamat ni?kawan sekelas kamu ke?tanya seorang sahabat
Tak lah...saya pun kurang kenal dengan dia tu...jawap saya jujur
Ooo...saya ingat dia kawan baik kamu...gurau sahabat tu lagi
Kenapa?tanya saya dengan perasaan pelik
Dia tu suka betul like gambar gambar lucah!terangnya dengan suara yang kuat(manakan tidak,sahabat saya ni dah jadi pak Haji dan menjejakkan kaki ke bumi Mekah hampir setiap tahun!)
Ya ke?saya tak jumpa pun...(seingat2 saya memang saya tak jumpa gambar2 yg dia maksudkan itu)

Hari ini...buat julung2 kalinya...buka je FB terpampang gambar perempuan paling lucah!Saya skodeng satu2 gambar yang terdapat dalam wall mamat tu..Sah!semuanya sangat memalukan.Wall kita kan di kongsi oleh anak2,suami,saudara mara dan rakan2 rapat.Bayangkan...bila mereka terlihat?Paling saya takut kemungkinan besar di terlike gambar kemaluan perempuan yang paling jelas!liang bulu roma pun kita boleh nampak,inikan pula isi perutnya...Aduhai...letih betul d…

AKU DAH GEMUK!

GEMUK MACAM KOTAK!

Benci bila orang panggil kita gemuk!rasa nak sepak2 je,rasa nak pelangkong je....perkataan tu buat kita rasa kurang berkeyakinan.Gemuk berpunca daripada banyak punca:
keturunan
metabolisme yang kurang aktif
memang kuat makan
punca paling bodoh ialah MALAS!

Kadang2 bila kita cuba kuruskan badan,berbagai2 pula dugaannya.Agaknya,selagi nyawa di kandung badan..nafsu makan tak akan hilang!nampak apa aje,tekak pasti nak menjamah walaupun sedikit.Biasa lah kan....,mula2 sikit lama2 jadi bukit!

Aku pernah menjadi pelanggan satu produk paling hebat di Malaysia.Dengan kos hampir 5k,aku mula sesi dengan hanya bercoli dan berseluar dalam sahaja.Perunding imej akan meneliti setiap inci badan kita untuk mengetahui ketegori kegemukkan kita.Selepas itu,aku di balut serupa mumia dan duduk setengah jam dalam bilik kecil sorang2.Untuk mencapai cita2 tersebut,kain balutan itu di rendam di dalam air batu bersama ubat untuk kurus.Proses itu,berjalan beberapa kali sehingga aku rasa macam …

ESOK LAYA CINA MAAA

KONG CI FA CHAI

KONG XI FA CHAI!buat semua rakan2 yang meyambutnya.Oleh kerana kita di besar dalam masyarakat majmuk,CNY,DEEPAVALI  dan CHRISTMAS dah tak pelik bagi kita.Setiap tahun bila sampai sahaja hari bahagia buat mereka,kita juga turut gembira sebab dapat cuti!Kita tak boleh sambut hari2 bahagia yang berunsur keagamaan,tapi..sekadar hanya untuk menghormati mereka,boleh le....cuma jangan le lebih2!

Teringat masa aku menguruskan pemandu2 lori di tempat kerja lamaku.Aku bergaul dengan ramai pemandu berbangsa Cina,india dan lain lain.Bila tiba hari besar ini,poket pasti berisi!Mereka baik2,sentiasa bermurah hati untuk buat kita gembira.

Kebetulan aku ada iras Ah Moi!ramai lah lelaki hidung belang yang nak mengoda.
Ah Moi!bikin ini macam(tanda hormat pada seseorang)
Apa pasat?tanyaku kembali
Bikin saja maaa...pintanya
(aku pun buat macam di suruh...sekadar suka2 je)
Nah! ang pow....huluran sampul merah ku sambut dengan girang
Terima kasih,terima kasih....kataku dengan gembira.

Bias…

AZAM 2013

TERLAKSANAKAH?

Sebut je azam,semua orang pasti ada list panjang untuk azam setiap tahun.Aku juga demikian...siapkan senarai azam2 yang nak di tunaikan.Azam atau apa juga perkataan seangkatan dengannya ialah pemberi semangat untuk kita mulakan apa jua yang kita impikan.Tapi...ada limit.Sebagai contoh:
Azam aku tahun 2013 ialah banyak bersenam untuk kuruskan badan!
Azam aku untuk 2013 ialah kahwin!
Begitulah seterusnya...

Zaman kecil,kita tak de azam apa2 pun.Orang kampung macam aku ni...mana tau semua tu,yang pasti hidup harus di teruskan.Tiada azam,tiada list azam...yang penting!dapat makan atau dapat sesuatu yang berbentuk meterial.Itu sudah memadai.

Zaman remaja,aku duduk dengan atok.Azam aku untuk tahun2 berikutnya ialah nak tinggal dengan emak,Tinggal dengan atok,banyak duka daripada suka.Mungkin atok ok,cuma orang lain tak ok.Mungkin atok tak berkira,tapi...orang lain berkira,begitulah seadanya.kalau dulu,aku tidak pernah mengharapkan sesuatu yang di luar jangkaan.Aku cuma beraza…

CELOTEH ANAK

MACAM2 RAGAM..

Ibu:Alif!kakak nak belajar bahasa Mandarin tau,nanti dia boleh berbual dalam bahasa  
mandarin...kataku pada Alif

Alif:Biarlah......balasnya lemah

Ibu:Tak cemburu ke?nanti dia dah boleh cakap mandarin..umpanku lagi

Alif:Biarlah...balasnya lagi

Ibu:Kalau kakak jadi peguam,ibu nak Alif jadi Doktor lah...kata ku lagi

Alif:Tak mahu lah....Alif nak jadi macam ayah...jawapnya bersahaja

Ibu:Dulu2,ibu tak dapat nak jadi peguam,sebab tu..ibu cadangkan agar kakak sambung minat ibu tu...jelasku panjang lebar

Alif:Abang?jadi apa pula?tanyanya

Ibu:Abang tu tak minat nak belajar,biarlah dia jadi peon je..kataku lagi

Alif:Angah?jadi apa pula?tanyanya lagi..

Ibu:Angah?biarlah dia kerja kerani yang boleh uruskan boss2 besar!..terang ku lagi

Alif:Adik?jadi apa pula?tanyanya lagi

(Dalam hati dah tak tau nak jawap apa)

Ibu:Oklah...adik tu kan cantik,lemah lembut...comel...ibu rasa nak kahwinkan dia dengan SULTAN lah!kataku selamba

Alif:Apa?kahwin SULTAN?ibu jangan haraplah.......katanya s…

HUBUNGAN TERLARANG

TAK SESUAIIII!!

Tajuk?poyo je...hubungan terlarang yang tak patut di buat oleh seorang manusia.Perlakuan ini salah di sisi islam atau juga kemanusian.Kita bukan di zaman batu!kita dah berada di zaman moden!,Namun masih ada lagi manusia yang tergamak melakukannya.Bila baca di dada akhbar,kita rasa fitrah hidup kita telah bertukar.Samada sengaja di tukar atau ALLAH bagi bencana pada kita.Kita sendiri tak pasti.Nilai kasih sayang dah hancur!Semua pasangan mementingkan kebendaan tanpa fikir susur jalur keturunan.Sex rambang,sex segala sex telah berlaku di tempat terbuka!Jika dahulu nak berpimpin tangan pun malu?inikan pula nak bercumbu rayu...Semua rasa cinta kita kemam dalam hati,kita tak tunjuk secara berdepan.Kita rasa perasaan itu tuntutan agama dan tuntutan kehidupan dalam mengatur langkah kehidupan hakiki.Maka...semua nya berlaku secara semulajadi.Jika belum bernikah,kita tak boleh lebih daripada itu.Kita kena ada batas pergaulan.Tak boleh cuit2,tak boleh pegang2..jika mahu bertemu …

APA?KENAPA?MENGAPA?

PERASAAN SAHAJA

Sedang asyik mengangkat hidaian kain,mata terpaku melihat 2 helai daun pandan bergerak2.Hanya 2 helai sahaja.Tanpa angin atau tanpa sebarang punca,aku lihat 2 helai daun pandan itu bergerak laju!hati terasa cuak juga,dada berdebar dan badan jadi seram sejuk!

Untuk memujuk hati,aku baca ayat kursi,aku selawat dan aku baca apa juga yang aku tau.2 helai daun tu,makin rancak bergoyang..Aku cuba menafikannya dengan cara buat tak tahuAku teruskan mengangkat baju sambil berzikir.Mata tak berhenti2 menjeling keadaan 2 helai daun tu.

Tak boleh jadi ni,getusku dalam hati...Aku panggil anak dan suruh dia memanggil suamiku.Hati mula takut wpun aku ni jenis wanita besi!Jarang takut pada sesuatu yang tak masuk dek akal.Cuma untuk malam ini,di sebabkan hanya2 helai sahaja yang bergoyang!Hati mula rasa tak sedap.

Dia bergegas turun,bila aku katakan apa yang aku nampak,dia tak percaya dan mula mengeluarkan semua teori yang dia ada.
Pandai le kamu cakap,dok sini teman kan saya angkat ba…

FILEM PANAS

TAJUK JE PANAS!

"Hello!ada cerita panas tak?:tanya aku pada seorang penjual VCD.
"Apa?cerita panas?tanyanya kembali sambil memandang aku penuh kehairanan
"Yalah,cerita panas tu.."tekan aku lagi
Sambil memandang aku atas bawah,dia berlalu dan kembali dengan beberapa VCD di tangan.
Tetiba suamiku menyapa.
"Hello tokey!bukan cerita blue maa...ini kakak minta itu cerita melayu tajuk Panas maa.."terang suami sambil menjeling kearahku.
Aku yang dah tergamam pun menyampok
"Yalah..bukan citer kotor le,itu cerita melayu tajuk panas je,cerita melayu yang bersih!"terang aku penuh yakin.
"Ooo..itu macam kah?saya pun terperanjat maa..bila u minta cerita panas,saya fikir u orang kerajaan maa"terangnya lagi
"Tak kan lah saya ini macam rupa mahu cari cerita tak senonoh tu!"terang aku lagi
"Siapa kata tak boleh?ramai oo cari cerita ini macam"katanya lagi
"Ya ke?tak malu lah...saya bukan itu macam punya"kataku lagi
Bila VCD…

SAHABAT

BERKAWAN BIAR SERIBU..

Berkawan biar seribu berkasih biar satu.
Pepatah ni,dah kerap kita dengar,sejak dulu lagi,bait ayat ni lah yang kita selalu sebut sebut.Berkawan biar seribu membawa makna kita patut hidup bersama ramai kawan,jangan jadi umpama katak bawah tempurung,tiada kebaikkan yang kita dapat daripada duduk sorang sorang.Ramai kawan banyak akal,ramai kawan boleh bantu kita di kala kita susah!Tapi,bila kita tak de ramai kawan?siapa yang akan datang di kala kita memerlukan seseorang.Hidup kita bukan cerah sentiasa,adakala mendung datang juga.

Mungkin menulis sesuatu tidak semudah melakukannya.Aku antara orang yang tak punya ramai kawan.Kalau ada pun,seorang dua yang boleh di kira Kamceng!selebihnya,hanyalah sekadar jumpa,senyum dan berlalu pergi.Walaupun demikian,aku mudah berkawan,mudah ramah kerana aku tak berat mulut dan murah senyum.Kemana sahaja,aku masih boleh berkawan apatah lagi di usia begini.Wanita seusia aku,mudah mendapat kawan walaupun lain kastanya,walaupun ada y…

TASKA

APA YANG PERLU KITA TAHU

Taska membawa maksud Taman Asuhan kanak kanak.Setiap Taska mesti berada di bawah pemantauan 4 jabatan iaitu
Jabatan Kebajikan Masyarakat,
Jabatan Kesihatan,
Jabatan Bomba dan Pihak Majlis setempat.(PBT)

Masa mula2 tertubuhnya Taska kami.Berbulan bulan kami buat penyelidikkan sendiri,
Tujuan dan perkara2 asas dalam tumbesaran sihat kanak2.
Kami lakukan secara terperinci.Persediaannya pun lama,hampir setengah tahun baru kami berani membukanya.Dari A hingga Z,kami lakukan sama sama.Kami tiada pengalaman,kami hanya berpaut pada pengalaman sendiri menjaga dan mengasuh anak anak.Apa yang kami mahu,itulah yang kami terapkan dalam Taska kami.

Apa yang kami lakukan hanya untuk melihat kanak kanak membesar di persekitaran yang sihat.Walaupun Taska,kami menitik beratkan semua aspek agar kanak kanak kami membesar bagai di rumah sendiri.

Permulaannya,anak2 kami menjadi perintisnya.Apa juga sistem yang kami ada,merekalah yang mempraktikkan terlebih dahulu.Daripada bukanya p…

CELOTEH ANAK

PRINSIP!

Ibu!Alif kan makan MCDonald!kata si kakak ptg itu
Kenapa?saya bertanya pelik
Mak lang beli... kata si kakak lagi
Ya ke Alif?makan MCD?tanya saya pada Alif
Alif makan sikit je,kalau Alif tak makan takut Mak Alang kata mengada ngada pula, jawap Alif
Tapi..jika Alif pertahankan prinsip diri orang lagi hormat  Alif...kata saya lagi
Tapi...Alif makan sikit je,Alif pun rasa serba salah ..katanya lagi
Ok..lain kali jangan makan lagi,kalau orang bagi pun jangan le makan..setiap sen hasil jualan MCD adalah sumber untuk membunuh orang islam...terang saya lagi
Ok..maaf ibu,lain kali Alif tak makan lagi..rayunya sayu

Walaupun remeh,aku cuba menanam semangat untuk anak2 kecil aku ini,memahami peranan mereka sebagai khalifah di muka bumi ini.Jangan pentingkan diri,kena kongsi perasaan duka dengan kanak2 malang di luar sana.

MUNAJAT MALAM

TAHAJJUD!

Entah mengapa,pagi ni aku tersedar daripada mimpi yang indah.Selepas kebilik air,aku berbaring malas...mata tetap bulat memandang ke syiling,terdetik di hati,mengapa tidak aku solat? sementelah aku dah bangun?Hati berkata sendirian...buruk sungguh sikap aku ni..dah bangun tapi...cukup malas nak buat ibadah!

Tanpa berfikir panjang aku bingkas bangun untuk ambil wuduk dan solat di dinihari yang indah ini.Jelingan ke arah jam menunjukkan baru pukul 2.10 pagi.Wah!awal ni...tapi...tak pe lah,aku patut lakukan sesuatu untuk diri sendiri.Terngiang ngiang di telinga,ustaz kata jika kita tersedar pagi2 gini,maknanya ALLAH suruh kita tahajjud.Atau sembahyang malam yang mana kita mampu buat.Ustaz kata lagi,doa dinihari,akan buat ALLAH dekat dengan kita dan doa kita juga mudah tercapai.Ustaz kata lagi,orang yang rajin sembahyang malam akan dapat banyak kebaikkan.Ustaz selalu kata..semua ini bukan ustaz yang kata tapi...kitab yang kata.Nabi insan istimewa pun bangun malam untuk beribadat…