PUTUS CINTA

PERNAH TAK?

Tak pernah rasa.Tak pernah mengalami dan tak pernah ambil tau.
Kalau zaman dulu2,istilah berkawan biar seribu berkasih biar satu!dah jadi slogan kami.
Tak menjadi masalah jika kita berkawan ramai kerana hak kita untuk memilih siapa yang kita serasi bersama.Kadang2,orang yang mengusung kita kesana ke mari,bukan jodoh dari azali.Setengah jalan,ada sahaja punca membawa kepada keruntuhan hubungan.

Mungkin dulu,keadaan berbeza.Tapi,kini dunia tanpa sempadan!hari2 blh berbual,hari2 blh bertemu..Dulu2,kami hanya bertemu setiap minggu sekali je,kalau telefon pun pakai telefon awam.Bila nak telefon kawan istimewa atau tak istimewa,duit syiling berkilo!berat gila!Kreng,kreng,kreng...bila 3@4 kali tak berjawap,kita kena ketepi dan beri laluan pada org lain yg beratur panjang.Untuk berbual mesra,bukannya mudah!cakap lahan2 takut orang belakang dengar.Jika nak berbual mesra kena keluar malam2 sikit,masa tu,org dah tak ramai dan bebas utk berbicara.


Bila ada kemampuan,mak pasang telefon di rumah.Wah!seronok betul!bergayut hingga ke pagi!tup2!bercinta dengan orang lain,kahwin dengan orang lain.Tapi...tetap bukan putus cinta tahaf bodoh le kan..kami steady je,tiada tangisan sebab aku ni jenis tak percaya sangat dengan cinta lelaki.Aku tak layan sangat2 pun,ada jodoh kahwin,tak de...dok je diam2.
Bila lihat,kawan2 putus cinta,ada yang sampai tahaf kena pergi pakar terapi jiwa le.Teruk betul!muka layu dan uzur..mata bengkak dah mcm kena gigit lebah!badan tak terurus..pendek kata dah macam kain buruk!

Kami yang waras ni,hanya blh nasihat je le.kalau tak di bantu,kerja2 dia kita kena buatkan.Kalau dah MC manjang,bagaimana nak buat kerja?semua terbengkalai.Mujur le aku tak pernah begitu..
Setakat kawan2 tapi..tak kemana tu adalah,cuma kita tak sampai bercinta tahaf gaban le.Saja suka2 je,jalan2 tgk wayang,makan2 dan teman borak2 je.
Sebab tu,aku pesan dengan anak2,jangan bercinta awal,nanti kamu yg sakit..berkawan dulu tanpa perasaan.Jika dah berkenan,kita tak selesa.Semua perbuatan kita akan di perhatikan,pendekkata,selangkah je kita ke depan,kita di soaljawap mengalahkan polis pencen!
Tak bebas!dikongkong dan membosankan!!

Bila dah bercinta kemudian putus cinta..kita akan leka melayani perasaan tu.Apa yg kita nak buat semua tak menjadi.Oleh sebab tu,aku selalu berpesan dengan anak2 atau sesiapa sahaja.Jangan bercinta kerana perbuatan itu hanyalah membuang masa muda anda!


Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MISTIK