RIWAYAT SANG KANCIL

YANG MENGINSAFKAN..

Aku ni,org biasa2 je.Tak kaya tapi tak papa.Abahku hanya seorang Buruh Am.Masa cikgu tanya seorang demi seorang,aku dengar macam2 pekerjaan yang terdapat di dunia ni.Ada cikgu,doktor,jurutera,nelayan,tukang kebun dan berbagai bagai lagi pekerjaan halal yang kita boleh jadikan sumber pendapatan.Masa kecik2 dulu,mana lah tau tentang semua ni.Pada aku,bila cikgu tanya abah kerja apa?laju je aku jawap BURUH KASAR cikgu!aku bangga dengan pekerjaan tu sebab itu aje kerja yang abah boleh lakukan demi kami.

Masa berlalu silih berganti,bila aku besar sikit,aku dah faham,pekerjaan abah bukan lah yang terbaik.Abah terpaksa berhempas pulas untuk mencari nafkah bagi menanggung 9 anak2nya.Tapi,abah lelaki hebat!berbagai2 usaha dia lakukan untuk menampung hidup kami.Jual kain dari rumah ke rumah,jual ikan ,sayur dan jual buah2an.Pendekkata,tiada mengenal erti putus asa buat abah.Aku yang tak mengerti apa2,hanya tau makan dan suka2 je.

Masa berlalu lagi,aku semakin dewasa,aku mula mengerti perit jerih abah mencari rezeki untuk keluarga.Abah memang gigih!di tipu orang,abah tetap senyum.Tak pernah abah mengeluh walaupun cukup payah perjalanan hidupnya.Kami tak mewah,kami makan apa yang ada aje.Biasanya,orang macam kami akan makan mewah awal bulan je.Pertengahan bulan hingga ke hujung bulan,kami akan makan apa sahaja asalkan hidup!

Tup,tup,tup..abah sakit masa aku baru lepas SPM.Strok atau angin ahmar.Masa tu,abah baru memasuki usia 40an.Cukup perit bila aku tau dia sakit.Ini bermakna,satu sumber pendapatan kami akan hilang.Sepanjang kehidupan itu,banyak sungguh liku2 yang sangat menyenak dada.Tiada pilihan,aku kena keluar bekerja.Dengan gaji lebih kurang RM300,aku bangga kerana aku telah membantu keluarga.Bila dapat gaji,tolak kiri tolak kanan,wang lebihan cuma ada RM10 je.Sedih?Tak lah..aku bahagia dalam derita.Aku berjalan kaki ke tempat kerja setiap hari.Masuk kerja pukul 8 pagi,dan balik pukul 5ptg atau ikut keadaan,jika kerja banyak,adakalanya kena kerja sampai ke pagi.Masa tu,aku jadi kerani je.Lepasan SPM hanya layak jawatan tu je.Sebut je kerani tapi..sama macam kerani cabuk!Tempat aku bekerja tu merupakan kilang pengeluaran minyak sawit.Kebetulan aku di tempatkan di bahagian pengeluaran.Itu yang adakalanya kena kerja lebih masa!Bila ingat balik..macam tut je kilang tu...cekik darah!kerja lebih masa hanya boleh dapat cuti dan bukan duit!Hari sabtu,kerja sampai pukul 5ptg.Banyak betul diaorg makan tenaga kami.Masa tu,kami ni manalah tau nak perjuangkan hak!dapat boss pun mementingkan diri je.Lepas tembolok sendiri,terus senyap.Kami yang baru setahun jagung ni di kerah bagai orang gila.Apa nak buat,masa tu yang aku tau...kerja demi keluarga.Itu aje.

Dalam tak sedar,hampir 7thn aku berkhidmat di situ.Setelah aku kahwin dan punya anak satu,aku berhenti atas sebab2 tertentu.Tak de apa yang indah untuk di kenang,namun,kat situ lah aku kenal dunia.Aku kenal manusia luar dari keluarga.Buat aku,manusia luar lebih kejam daripada yang di sangka2kan.Tiada orang yang akan sayang atau bantu kita sepenuh jiwa raga.kebanyakkan hanya mencari peluang untuk diri sendiri.Jika kita leka,kita akan terkena balik!Huh!patut le ada syurga dan neraka.

Bila kita mula bekerja,kita tau,bukan senang nak hidup.Nak beli sesuatu yang kita inginkan pun tak tentu dapat selagi kita tak menang loteri.Nak dapat duit selepok pun jangan harapkan sangat selagi kita tak mencuba nasib memasuki peraduan2 yang boleh bagi kita duit yang banyak!Atau...kahwin dengan orang2 tua yang kaya raya!Untuk dapat kesenangan,kita tak boleh dok diam,kita kena berusaha kearahnya.Mujur ALLAH bagi aku jodoh yang baik.Syukur pada ALLAH.Dapatlah aku rasa senang.Memiliki seorang suami yang baik juga satu rahmat dalam hidup.Hidup bersamanya,pada awalnya pun tak sesenang mana,tapi,kami sabar meniti perjalanan dari satu tangga ke satu tangga.Menapak perlahan hingga kami boleh makan seperti orang lain.Anak2 pun boleh merasa apa yang orang lain ada.walaupun tak semewah2nya.,setidak2nya kami boleh kesana kemari dengan gembira.Tak lupa aku bersyukur padamu ya ALLAH.

Selepas berhenti dari kilang lama tu,aku dok berehat hampir 4thn!dok rumah sepenuh masa.Oklah juga,dapat jaga anak2 dan memasak utk suami.Sejak aku tak bekerja,hari2 suami balik untuk makan tengahari.Suka sungguh dia, terasa hidup terbela.Bila tak bekerja,mudah pergerakkan kami,nak kemana tak payah nak fikir cuti aku atau cuti dia,terasa nak jalan2,kemas baju dan terus pergi.Masa kerja dulu,cukup payah nak berjanji,awal bulan dah tentu aku tak boleh cuti,report dan report harus di siapkan sebelum 5hb setiap bulan.Tekanan betul!

Bila tak bekerja,banyak kebaikkan wpun tak ada duit sendiri,Mujur suami aku seorang lelaki yang baik,tak pernah berkira atau lokek jika aku nak sesuatu.Syukur....
Bila anak dah 3 orang,aku dan adik beradik mula mencari akal.Buat sesuatu untuk diri sendiri.Suami tak galakkan kami keluar bekerja.Maka itu,tertubuhlah sebuah Taska untuk kami.Hari berganti hari,dengan susah payahnya,akhirnya...Taska itu berjaya berdiri kukuh dan gah hingga kini.Wpun aku tak lama di situ,hanya 8thn sebelum aku berpindah ke utara tanahair mengikut suami bertugas.Pada awalnya,suami janji hanya utk 2thn tapi...kini,hampir 7thn kami telah keluar tinggalkan kampung halaman aku.

Pada awalnya,aku nak keluar bekerja,tapi...anak2 tak benarkan,mereka mau aku tinggal di rumah melayani mereka setiap hari.Kebetulan,aku pun rasa dah tak minat nak bekerja,maka tuntutan anak2 aku turutkan tanpa bantahan.Seronok juga menjadi surirumahtangga sepenuh masa ni,tak perlu kejar masa.Buat kerja ikut suka,tiada orang yang memerhati gerak geri kita.Pendekkata,bebas untuk lakukan apa sahaja.

Sehingga kini,aku seperti ibu2 yang lain,menguruskan anak2 kesekolah,memasak,mengaji,kekelas agama dan bersantai bersama teman2.Jadual waktu aku lebih padat tapi,tidak ada paksaan.Jikalau malas memasak,aku beli sahaja.Semuanya ikut keselesaan aku sahaja.Suami pun tak melarang atau membantah.Pastinya,setiap kali dia balik,semua tugasan aku telah selesaikan.

Apa yang buat aku cepat dan pantas melakukan semua kerja mengikut waktu yang sepatutnya ialah...aku seorang yang tidak suka menonton TV,pada pendapat aku,menonton hanya akan buat aku tak bergerak dan membuang masa sahaja.Pilihan paling tepat untuk aku ialah mendengar radio.Kesana ke sini,sambil mendengar aku masih boleh melakukan kerja tanpa gangguan.
Setiap pekerjaan di mukabumi ini,memerlukan kesungguhan dan semangat yang kuat.Jika kita malas,kita akan gagal dan jauh ketinggalan.Abah memberi contoh terbaik!daripada seorang buruh kasar,abah berjaya membiayai kehidupan kami dengan sempurna.Ada rumah wpun kecil,anak2 pun di hantar ke sekolah hingga keperingkat apa sekali pun.Beliau akan cuba untuk memberi yang terbaik buat kami.Namun,rezeki kami setakat yang termampu.Pada aku,kesukaran abah buat kami berfikir banyak kali untuk sambung belajar.Cukuplah setakat itu sahaja,jika kami nak menyambung keperingkat tinggi pun,kudrat abah tak kan terdaya untuk mencapainya.Biarlah kami berhenti setakat ini sahaja.Bila abah sakit,kami tiada pilihan,semua ada bahagian tersendiri untuk ringankan beban mak.

Syukur pada ilahi,kehidupan itu tak kan selalu sedih,bila kita sabar,lambat laun kita akan jumpa sinar yang akan menyelubungi awan mendung yang pastinya berarak pergi.
Abah tinggalkan kami pada 10hb Jan 2004,setelah sekian lama kami membelainya,menjaga sakit peningnya.Akhirnya,ALLAH ambil abah untuk berehat lama2 di sana.Semuga abah akan di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.Al fatihah untuk abah.
Emak masih ada,sihat dan gembira bersama kami hendaknya.Jikalau dulu dia susah,kini..dia bahagia bersama kami yang sentiasa meyayanginya.

Dalam usia menginjak ketua,aku selalu ingatkan anak2 agar menghargai kesempatan yang datang.Kesempatan hanya akan datang sekali dalam hidup,jika kamu tidak merebutnya,kamu akan menyesal seumur hidup.Hari2,jika ada peluang..aku selalu bercerita tentang hidup yang sukar,tentang kisah silam yang gelap agar mereka sedar,perjalanan mereka masih panjang lagi.
Kami dah tua,esok lusa kami akan pergi meninggalkan kalian,ingat,untuk meneruskan hidup ini,pelajaran amat penting.Lihatlah betapa sukarnya atok boy dan ibu cari duit,berbagai kerja di lakukan demi sesuap nasi.Hidup ini memerlukan byk pengorbanan....
HUH!...


Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH