PINJAM DUIT SIKIT?

BERI ATAU BUAT TAK TAHU?

Panik?hati berbelah bagi?dada kencang?tak tau nak kata apa?atau..buat bodoh saja
Semua orang pasti pernah mengalami keadaan begini.Rasa tak selesa,rasa gelisah menusuk ke jiwa!Berbagai2 persoalan menujah di fikiran.Dapat balik ke?berbaloi ke?atau kita juga yg bakal dapat susah!
Aduhai....hidup kita ni perlu di kongsi dengan semua orang.Masalahnya,kawan2 tu....bila tengah senang,kita pun tak di pandangnya tapi....bila mereka susah!pandai pula mencari kita untuk berpaut.Adakalanya,pertolongan kita tu umpama telur di hujung tanduk je.Untung sabut timbul,untuk batu tenggelam.
Apa yang aku hadapi ni,mungkin biasa kat orang lain.Cuma,jalan cerita aje yang berbeza.kebanyakkan kawan2 yang bermasalah ni,muncul sekitar 2011.Selepas reunion sekolah,barulah aku 'terkena' dengan mereka.Mula2 berjalan mcm biasa..lama2 mula menjadikan kita tempat mencurah hati...kemudian baru masuk bab pinjam meminjam ni..Ada kawan yang berani nak pinjam hingga 5 ribu!konon nak berniaga,kita yang tak de kena mengena ni yang diharap untuk bantu dia membina kehidupan.Aku ni,memang agak lambat untuk menepis!bila duduk sorang2 baru ingat...kenapa aku?bekerja pun tak.....mana aku nak dapat duit kecuali dari suami.Ada yang bermasalah dengan suami yang nak poligami,sehingga nak beli cili pun tak berduit!belum lagi...anak2 demam dan itu ini.Aduhai...kawan2...aku bukan lokek,tapi...aku tak kaya nak simbah hamboh memberi pinjaman pada kalian(bukan pinjam tapi...bagi sahaja sebab laaa ni tak nampak bayang pun)
Ada tu,telefon pagi2 buta....tercunggap2 bercakap nak pinjam konon2 kereta rosak.Aku yang bodoh2 alah ni..terus masukkan duit yang di pinta.Bayangkan...separuh jalan,member siap suruh aku pusing utk tambah lagi duit tu sebab tak cukup seperti yang sepatutnya.Tang ni,mujur aku sedar...aku tak mengikut kata2nya itu.Tapi...hingga sekarang,bayang suara pun tak kedengaran lagi.
Namun begitu,setelah beberapa kali di permainkan.Akhirnya,aku dapat kekuatan untuk menjawap setiap permohonan mereka.Ada yang terpaksa aku bagi,tapi...aku luahkan dulu apa juga perasaan dan isi hati ini.Tolonglah...jangan tipu aku,kau minta tolong..sebab terdesak tapi..bila aku bantu dan kemudiannya kau menipu!aku pasti kecewa dan marah..tolong lah.....jangan buat aku kecewa dengan kau orang semua.Pendek kata,kita yang merayu2 agar tidak di tipu oleh mereka.Biasalah,berjanji bersumpah sebanyak2nya demi utk meyakinkan kita.Gigi lembut dari lidah!
Buat masa ini,aku sedang menunggu kawan memulang RM3000 yang dia pinjam tempohari.Hari2 aku berdoa agar dia tak tipu aku,hari2 aku berharap agar ALLAH tak beri dugaan paling besar untuk aku.Duit tu aku nak gunakan untuk anak belajar hujung bulan ni.Jika dia mainkan aku...aku tak dapat nak bayangkan kekecewaan hati ni.Mohon agar dia jujur dan memahami pengorbanan aku ini.
Hidup ini,sememangnya sukar...kadang2 kita fikir...jika kita tak bermurah hati membantu orang lain.Orang juga akan berfikiran begitu terhadap kita.Cuma..bila orang yang kita bantu itu menipu. kita..kita tak boleh buat apa2 kecuali menahan marah di hati.Duit?tetap kita sendiri yang kena mencarinya.
Wahai kawan2..aku tak bekerja..jangan le kamu semua mengharapkan aku untuk bantuan kewangan kalian.Bila kome minta utk berhutang,ada 2 perkara yang aku selalu fikirkan iaitu...antara menjaga hati kome atau aku sendiri yang akan menangis.Tolong le...aku jadi muak dengan drama kome semua.Berdandan mengalahkan Siti Nurhaliza!cakap bagai dok di awang awangan..tidak berpijak di bumi nyata!
Nak beli itu ini yang hebat2 tapi...pinjam duit dengan aku siutttttt!aku yang dok rumah sekangkang kera ni juga yang kau cari.Patut ke?
Aku masih menunggu dengan penuh debaran 26hb ini,jika tiada lagi suarannya....Sah!aku kena kencing dengan seorang wanita 'TUT'...tapi...aku tak akan berdiam diri,aku akan bertindak demi menuntut hak aku!
Huh!

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH