PERCUTIAN HUJUNG TAHUN

UNTUK MENGERATKAN SILATURAHIM ANTARA KAMI

Seperti biasa,kami bercuti ikut bajet yang ada je,dalam sethn cuti kami sebenarnya ikut hati dan kaki dan money!hahaha
Sejak tinggal di utara tanah air ni,selalu juga kami bercuti ke Penang dan Ke KL.Bukannya apa...pergi KL sebab menziarahi anak yang belajar.Jika  anak kami tak dapat balik,kami yang akan menjenggah dia di sana.Pergi Penang kerana dekat dan seronok untuk naik Ferry.Anak2 suka dan kami pun turut gembira.
Tahun ini,niat hati nak buat Umrah,tapi...atas sebab2 teknikal di Tabung Haji,visa tak di keluarkan oleh pihak di sana.Walaupun kecewa,kami tak dapat nak buat apa2..kita mentimun je,mana boleh mengubah keputusan orang lain.
Jom kita pergi luar negeri...Australia,Beijing atau mana2 pun...pinta aku pada suami
Tak boleh!kita niat nak gi Mekah,kita kena pergi sana dulu...kalau nak bercuti juga,pergi dalam negeri je...
Ok...(kalau boss dah kata gitu,apa nak buat..bajet boss yang luluskan..cakap banyak nanti,langsung tak dapat pergi...getus di hati)
Kalau macam tu,kita pergi Langkawi..Pinta ku lagi
Ok...kalau Langkawi,saya setuju...kata suami
Kita pergi Awana Porto Malai nak tak?tanyaku
Ok...saya ikut je...nanti saya tempahkan..katanya
Sebut Awana Porto Malai..aku teringat sesuatu..
Pada tahun 1992,kami ada ke Langkawi.Masa tu,kami baru kahwin..almaklum le...orang baru nak hidup bukan ada duit banyak.Kalau ada pun cukup2 makan je...nak duduk di Awana Porto Malai hanya dalam mimpi je...memang tak mampu!tempat ni sangat mahal ketika itu.semalam jejak RM300++
Mana le kami mampu..yang kami mampu hanya lah chalet yang biasa2 je.
Ketika itu,kami ada juga ke kawasan hotel ini...mewahnya,cantiknya dan meriah sungguh!
Bertahun2 lamanya...kami masih tak berkesempatan ke sana...nak juga menikmati hotel yang dulu kami pernah impikan.walaupun sekarang kami mampu untuk menyewa hotel lain,sebagai memenuhi impian zaman silam,2012 telah memberi kami rezeki untuk ke sana.Kami pergi hanyalah kerana hotel itu pernah menjadi tempat yang pada kami sangat mewah!Dari jauh je kami lihat hotel ni.Dalam hati bertekad,aku akan ke sini pada satu hari nanti.
Seperti di janjikan,kami ke Langkawi menaiki Firefly dari Penang.Mudah dan cepat!hanya 30 minit kaki kami telah memijak bumi sumpahan mahsuri ini.Langkawi  tak luas pusing kiri kanan,tetap bertemu di garis pusat!kecil sahaja,tapi..orang ramai suka dtg ke sini untuk membeli belah pinggan mangkuk periuk belangga,coklat..kata orang harganya murah2! Tapi...aku tak dapat nak komen sebab aku tak berminat untuk membelinya.
Aku tak beli apa2 pun kecuali coklat.Nak beli pinggan,pada aku membazir je..Pinggan di rumah tu cukup untuk aku gunakan walaupun banyak corak!bersyukur ke hadrat ilahi memberi aku rezeki...Walaupun pinggan tak hebat!tapi...hati aku tenang.
Kami hanya pusing2 je,keadaan Langkawi telah banyak berubah.Jika dahulu,hanya gerai2 usang..sekarang dah ada kedai dan mall hebat2.Semuanya telah berubah dari dahulu.Kemajuan terserlah dengan jayanya.
Awana Porto Malai,seindah namanya.Hotel ini,pada hemat aku amat sesuai untuk pasangan pengantin baru,untuk kita yang dah ada anak ramai ni..Hotel ini bukan tempatnya.Di sini tiada pantai,cuma laut dan tempat pemilik boat2 meletak boat2 mewah mereka.Cantik,damai dan amat sesuai untuk merehatkan minda setelah setahun bekerja.
Bilik yang aku sewa ni,besar dan selesa walaupun semuanya barang2 lama.TV pun masih jenis lama.Kalau sekarang dah ada LCD namun mereka masih mengunakan TV kotak macam dulu2 lagi.Tiada yang menarik untuk aku kongsi bersama.Yang pasti...Awana Porto Malai bukan hotel sesuai untuk kami.Sunyi dan jauh sangat dari kesibukkan.Di saat anak2 membesar,mereka sangat aktif,pilihan yang terbaik ialah hotel yang ada pantai dan aktiviti sendiri.Di Awana,semua tu sangat mahal kerana mereka akan menyewa untuk kita di luar,jika kita mau berkayak,mereka akan tempahkan untuk kita dan sudah pasti harga melambung tinggi!
Walaupun 2 malam kami di sana,tidak sekalipun aku mencuba makanannya, jadi,aku tak boleh komen banyak pasal makanan yang terhidang.Aku makan di luar,banyak kedai2 makan di sepanjang Pantai Cenang.Salah satu ialah Breakfast Bar..mula operasi lbhkrg okl 7.30 hingga 1.30 sahaja.Kedai ini hanya menghidangkan sarapan ala Amerika.Roti,telur resepi wajib!Satu lagi ialah..Sandy Restoran..kat sini ada mcm2..depannya macam kedai warga asing,tapi...belakangnya melayu tulen!
Dik!kedai sebelah ni...halal tak?
Halal kak..kedai orang kita ni,belakang semua melayu.Akak cuba lah ke belakang
Ok...kami pun menuju ke bahagian belakang.Sah!melayu dan halal.
Selain daripada makanan,mereka juga mengendalikan chalet2 yang mampu untuk semua.Suka air pun ada..pendekkata,tempat ni lebih baik daripada Awana.Jika di pusingkan jam,aku pasti pilih tempat ini sebagai tempat istirehat kami.Murah dan menyenangkan.
Semua orang tak percaya bila aku kata,tak beli apa2...semua orang geleng kepala.Kenapalah ko tak beli pinggan mangkuknya tu.Murah dan cantik!itu kata kamu,bagi aku...tujuan kami nak berehat dan bukan berssh payah nak ngangkut kotak2 pinggan tu.Letih dan memenatkan.
Esoknya,sebelum kami ke airport,kami singgah makan di gerai tepi jalan.Tak tau lah nak habaq cam na...tak sedap pun diorg berani berniaga.Kenapa lah mereka tak rasa kuah laksa tu,kenapa kah mereka tak cuba merasa mee hoon sup tu sebelum pelanggan makan.Buat marah orang je...
Kami bertolak balik pada hari yang sama.Kesimpulannya...Awana hanyalah impian kami.Awana hanyalah untuk kami mengimbau zaman silam kami 20thn lalu.Hakikatnya...dengan anak 5 ni,Awana bukan lagi pilihan hati.Kami kena mencari hotel2 yang lebih ceria dan tak kusam.



Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH