KEJADIAN YANG TAK INGIN DI LIHAT

ADEGAN SUAMI ISTERI
Semalam,kami ke Jusco baru di Pekan kecil ini.Sebaik keluar kereta,terlihat kelibat sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki berjalan untuk sama2 ke Jusco dlm keadaan tergesa2.Tetiba......si isteri mendahului mereka ,berjalan laju jauh dari si suami.

Oi!kang ada yang kena pijak ni....Pekik sang suami garang sambil melangkah laju mengejar isteri.Gedangan!bunyi tolakkan kerusi ke dinding,kelihatan isteri  tersandar di kerusi dan di kepung oleh sang suami lagak samseng Kg Dusun!
Antara tutur kata suami gagah perkasa itu...
Oi!ko tengok muka aku ni...Oi...ko pandang aku..Oi...ko tenung mata aku ni...jerit Si suami lantang bagai halilintar!Jari telunjuk di tunjal2kan ke dahi isteri malang itu.
U malukan I...terdengar bisikan isteri sambil menjeling ke arah kami.Kebetulan aku memang tersangat le kepohnya untuk tau apa punca sebenar pergaduhan mereka walaupun di tegah oleh suami dan anak bujang.Anak2 perempuan sependapat denganku untuk cuba mengetahui apa kehenya mereka bercokak!Mana tau aku boleh membantu mneyekelkan kepala suami yang panas baran tahaf gaban tu.
Masa aku lalu di sebelah mereka,aku lihat isteri menjeling2 sambil membetulkan tudung di kepala yang telah sedia rapi.Anak lelaki duduk di sebelah ibu sambil menundukkan muka tanda sedih..
Ooooo..malu kau aje ko kira,aku yang dok tunggu ko kat luar ni setengah jam dengan budak ni...ko tak kira?katanya lagi..
Kenapa ko tak angkat telefon?kenapa ko tak angkat telefon?tanya suami berulang kali..
Isteri tak berbunyi lagi...diam je menahan malu...
Kiri kanan mata melihat...bukan tak nak tolong tapi...tak berani,bila lihat keganasan si suami tu.Aku percaya,jika aku tunjuk pandai aku pasti kena amput lagi teruk dari itu.
Kami masuk ke dalam,hati terdetik...aku mesti cari seseorang..MESTI!
Aku bergegas ke dalam,sebaik jumpa Pak guard, aku terus suruh dia keluar untuk melihat drama swasta malam minggu ini.

Adik,kat luar ada pergaduhan suami isteri,sila leraikan..malu di lihat orang,lagipun...akak takut mereka berbunuh pula...
Pak Guard bergegas pergi...laju tanpa mengucapkan apa2 pun kat aku
Suamiku bertanya...kamu gi mana?
Saya cari Pak guard le...nak suruh leraikan org tu...kataku lagi
Apasal kamu menyebuk?biarlah mereka....kata suami tanda tak suka
Tak kan lah kita nak biarkan...kataku memujuk
Biarlah mereka selesaikan mesalah mereka.Kita tunggu dan lihat je...kata suami lagi
Tak baik kamu kata gitu....kalau dia bunuh isteri tu amacam?tanyaku
Tak mananya...kalau dah berdarah2 baru le kita tolong....terangnya
Ooooo..gitu...tak baik kamu kata mcm tu...perempuan tu kan tak kuat macam orang lelaki,kenapa suami dia buat lagu tu?
Itulah contoh suami tak berakhlak..kata suami penuh makna!

Kesimpulannya...kawal emosi,kalau marah sekali pun,jangan le sampai terpekik terlolong di khalayak ramai.Malu bukan kat bangsa kita je,tapi...bangsa asing pun melihatnya.Islam itu indah,ajar kita semua yang baik2..kalau marah pun kena jaga air muka orang dan air muka sendiri juga.Jangan le mencarut anggota badan isteri.Malu....Jangan le sebut luar dalam kain.Malu....
Kami orang luar terdengar walaupun kami sebenarnya tak ingin pun nak dengar.Masalah kami pun dah terlebih dari kepala!Tapi..dek sebab perihatin kami hanya mampu intai dan pasang telinga je...hehehe(taulah kepoh!!)

Semuga pasangan itu,kekal hingga ke anak cucu..amin..

Popular posts from this blog

JERAGAT

MINYAK TURUN NAIK

PERSIAPAN SEKOLAH